MARI BACA DOA

gif islamic

Friday 28 August 2009

Peraduan Meneka Sinar Baru


kalu sebelum ni..semua entry saya banyak yang menyayat hati...maafkan saya yer...tak sengaja...kalu rombongan SEDIH datang bertamu tu..huhh..tak tau nak buat ape....menitis air mata jer lah...dan yang pasti idea nak mengarang datang mencurah-curah...mungkin itu hikmahnya..hehehe...setelah lama dikunjungi oleh SEDIH..Akhirnya...


Alhamdulillah..

Akhirnyer aku mendapat suatu sinar baru..

Sesuatu yang mampu mengukir senyuman di wajahku...

Sesuatu yang mampu mengembalikan sinar hidupku...

Sesuatu yang mampu mengubah cara kehidupanku...

Sesuatu yang akan mengubah segala-galanya dalam hidupku...

Mudah2an Allah memberikan sinar baru itu kepadaku...

Dan menjadi milik aku selamanya..


Dalam entry ini, saya ingin membuat peraduan meneka "Apakah Sinar Baru yang dimaksudkan oleh penulis blog DIARI HIDUPKU?"...dengan ini saya ingin mencabar sahabat-sahabat blog untuk menjawab soalan ini...hadiahnyer...rahsia...jawab dulu yer..

Silalah menyahut cabaran saya yer...
1. Nadiah
2. Husna
3. Marina
4. Farhana
5. KAMI
6. Kak Sita
7. sape2 yang berminat




Thursday 27 August 2009

Mencari Resipi Masakan!


Hehehehe..macam buat advertisement plak..
kepada sape2 yang ada resipi masakan yang best2..sila2 lah berkongsi dgn saya..tak kiralah masakan barat ker, timur ker, arab ker, apa-apa jer...kuih ker...lauk ker..

Setakat ni saya ada banyak tok guru masakan...

Tok guru masakan yang paling hebat bagi saya adalah Mak dan Ayah saya...

Mak dan ayahlah memperkenalkan saya dengan dunia masakan..walaupun, mak dan ayah memasak masakan yang sama..tetapi memberi rasa yang berlainan..kedua-dua pun sedap...inilah salah satu kekuasaan ALLAH...setiap orang mempunyai stail masakan yang tersendiri...mak saya pandai memasak masakan Terengganu..manakala ayah pula pandai masakan Kedah..mmmm bleh rasa kepelbagaian...

Selain itu, saya ada juga menuntut ilmu memasak dengan kawan-kawan..Di antara tok guru saya yang pernah mengajar saya :

1. Farhana (Triffle, daging masak hitam, spaggeti etc),
2. K ila (Rendang Ayam),
3. K ija (Puding roti),
4. Aini (Popia goreng),
5. Azi (Cek mek molek),
6. Nadiah (Pizza, cheese cake)-belum cuba lagi sebab tak cukup alatan..hehehe..
7. Husna (Acah buah)-masih belum lengkap.
8. Banyak lagi..tapi tak ingat..

Terima kasih kawan-kawan kerana berkongsi ilmu memasak dengan saya..mudah-mudahan Allah memberkati hidup kalian...

Wednesday 26 August 2009

Derhakakah aku?


Pada petang hari isnin yang lalu...aku seperti biasa akan menelefon ibuku di Kampung, Pahang..aku akan menelefon ibuku selang sehari..al-maklumlah ekonomi tak berapa kukuh...tambahan pulak..tak lama lagi aku akan bergelar JOBLESS..hehe..tak kisah..yang penting merdeka...

Sejak akhir-akhir ini, hati aku selalu memberontak nak balik kampung..rindu sangat-sangat..iyer lah kali terakhir aku berjumpa ibu dan famili pada hujung bulan 6 yang lalu..itupun hanya beberapa jam jer...sebabnyer...(cerita ni dah dicerita pada entry aku iaitu Tag about 6th...) ketika rancak berbual..tiba-tiba ibuku bercerita pasal arwah nenek aku..."mak teringat masa arwah tuk ada, tuk selalu anta makanan kat mak dia"..perbualan kami berhenti seketika..perasaan sebak mula menguasai diriku..mak aku menyambung lagi, " mak tak dapat merasalah macam tu, mungkin Allah bagi anugerah kat mak cara lain kut"...

Tiba-tiba aku tak semena-mena menitiskan air mata dengan derasnyer..sebak sangat...sebab aku memang tak mampu nak hantar makanan kat mak aku..aku cuma mampu hantar suara jer...melalui phone...niat hati aku memang nak balik selalu..tapi jarak yang jauh memisahkan kami...UTARA dan SELATAN...tambahan pula aku sedang menunggu saat genting nak VIVA master...pastu aku bekerja....huhuhu..apakan daya..aku tak dapat menahan sebak dan menangis semau-maunyer...aku tau ibuku terlalu rindu kat aku...kadang-kadang aku terfikir..adakah aku anak derhaka?...

Aku selalu mendengar lagu nasyid "Anak Soleh" nyanyian kumpulan Aeman...Dan aku selalu menangis juga apabila mendengar lagu ni...


Kami anak-anakmu
Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku wahai ayahku
Redhakan akan diriku

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku

Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin

Wahai Tuhan limpahkan hidayahMu
Untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku

Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya


Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu

Ampunkan segala keterlanjuranku
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan di akhirat


Aku ingin menjadi anak yang baik serta soleh bagi ibu dan ayahku..ingin mengembirakan mereka selagi mereka hidup...kerana redha Allah SWT bergantung kepada redha ibubapa..Mudah-mudahan Allah mengilhamku cara untuk mengambil hati dan berbakti kepada kedua ibu bapaku...


Tuesday 25 August 2009

Aku Mau MERDEKA!

24 Ogos 2009
8.00 pm




Hari ni baru 24 Ogos..bukan 31 Ogos…huhu…ku rasakan masa terlalu lambat berlalu…agak2 masa dok merangkak kut..huhuhu..seakan tidak sabar nak menunggu hari jumaat tiba..Sejak pagi tadi perasaan aku jadi sedih dan sayu… dan sejak pagi tadi jugak lah..hujan turun mencurah-curah membasahi bumi…seakan memahami perasaanku saat ini…walaupun dengan perasaan sedih dan sayu kugagahi jua untuk menyiapkan slide power point untuk pembentangan VIVA Master aku yang dijangkakan dalam bulan September nanti..ku terpaksa sediakan slide ni seawal yang mungkin kerana esok supervisorku DR. Coswald akan datang ke USM..kebetulan supervisorku menghadiri pembentangan VIVA student di UNIMAP, Perlis..Dia menjadi external examiner..tiba2 tepat jam 9.40 pm..handsetku berbunyi menandakan sms masuk..lantas aku membuka inbox..ternyata nama DR. Coswald tertera di paparan skrin handsetku....hatiku jadi tak keruan..iyelah slide power point tak siap lagi…hehehe…lantas aku membaca message yang tertulis…

Salam Yati, sya x dpt dtg awl kat Penang. Mgkn hari jumaat ni kalau x ada halangan.Atau d tunda kpd minggu hadapan…

tiba2 hatiku menjerit keseronokan..yahoooooooo….MERDEKA…hehehe..
merdekalah untuk malam ni…blehlah tidur dengan aman..dah hampir setengah hari ini aku menyusahkan otakku untuk berfikir..kadangkala tak salah kita mereward diri sendiri..hehehe…dan hari ini juga aku dah buat satu keputusan nekad…aku tak peduli apa yang bakal aku terima kelak..aku dah tak tahan..aku nak MERDEKA…sebenarnyer dah lama aku menahan derita..dari sejak mula lagi..tapi aku cuba bertahan..aku melakukan pelbagai cara untuk menimbulkan minat terhadap pekerjaan aku sekarang...tetapi sekarang aku dah tak mampu nak bertahan..mungkin pekerjaan ini tidak sesuai bagi insan seperti aku..aku seorang yang pemalu..rendah diri..kurasakan seperti segala maruah aku dah hilang…kenapa aku harus teruskan pekerjaan ni sedangkan aku tak ikhlas..bimbang2 duit yang aku terima menjadi tak berkat..Nauzubillah...pantas jari-jemariku menaip surat perletakan jawatan…hehehe yang pasti kemerdekaan ni hanya dapat dirai selepas Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 52…iaitu 31 Ogos 2009...masih ada empat hari lagi yang menunggu..huhuhu…tabah-tabahkanlah yer yati…aku bermonolog sendirian…setelah selesai surat dikarang..akupun ambil keputusan untuk pulang ke rumah sebelum pergi berbuka puasa di masjid.. seperti kebiasaan aku pada tahun-tahun lepas… Cuma tahun ni kelihatan suram..ramai kawan-kawanku dah berhijrah ke tempat lain..kak Sita, Nadiah Sidek, Kak Ary, Azi, Nadiah-Dr Nasir dan ramai lagi.. mereka telah tamat pengajian, mendapat pekerjaan dan ada yang mengikut suami..keadaan ni membuatkan aku menjadi bertambah sayu..ibarat kata…kita bertemu untuk berpisah…kali ini aku cuma ditemani oleh housemateku (Aini yang perasan Comel..hehehe..dia memang comel pun..huhuhu) dan coursemateku An..yang begitu comitted….Alhamdulillah..aku bersyukur kpd Ilahi..kerana Dia masih mengirimkan seseorg untuk menemani aku di sini..Sebelum pergi ke masjid..sempat juga aku menelefon ibuku di Pahang…aku meluahkan segala-galanyer kepadanya..dia menyokong tindakan aku..aku tau hanya ibuku yang begitu memahamiku..bertuah aku mempunyai ibu sepertinya..Alhamdulillah…terima kasih atas kurniaanMu…tepat jam 6.35 ptg..aku bergegas ke masjid..apabila sampai di sana..kutercari-cari wajah seseorg yang mungkin aku kenali..tetapi semuanya tidak kukenali..Cuma ada beberapa orang sahaja..hatiku mendengus lagi..bilalah aku nak MERDEKA dari USM ni..dah terlalu lama aku di sini..

AKU MAU MERDEKA…MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Monday 24 August 2009

Perginya tak kembali


Baru2 ini, kita dikejutkan dgn pemergian vokalis kumpulan Rabbani iaitu Allahyarham Ustaz Asri ke rahmatullah..Beliau rebah ketika ingin membuat persembahan nasyid ..akibat serangan sakit jantung...Usia beliau baru mencecah 40 tahun..begitu awal beliau dijemput Allah...bak kata ramai lelaki..life begins at 40...itu adalah takdir yang tertulis sejak azali lagi..di Loh Mahfus...sesuatu yang terjadi telah direncanakan Allah..dan apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya..Hanya Allah yang maha mengetahui...kerana Allah merencanakan sesuatu itu terhadap hamba-hambaNya adalah berdasarkan kebijaksanaanNya bukan disebabkan kezalimanNya..Umat islam disarankan bersabar apabila menghadapi kesusahan...kerana disebalik kesusahan pasti akan timbul kesenangan...dan apabila kita mendapat kesenangan..kita seharusnya bersyukur dan ingat kepada insan-insan yang memerlukan pertolongan..


Hatiku begitu tersentuh melihat rancangan yang ditayangkan di saluran TV3 iaitu ”USTAZ ASRI DALAM KENANGAN” pada petang Jumaat yang lalu.. Sedikit sebanyak aku merasa sayu dan sebak diatas pemergiannya yang takkan kembali...Aku amat mengagumi beliau..walaupun aku tidak pernah berguru atau mengenali beliau secara dekat..tetapi alunan suara beliau yang begitu lunak apabila mengalunkan lagu-lagu berunsur ketuhanan, berzikir dan mengaji al-quran..


Sikap beliau yang amat aku kagumi...beliau begitu bersemangat dalam berdakwah...beliau mempunyai cara berdakwahnya yang tersendiri...iaitu melalui nasyid...bagiku nasyid merupakan salah satu cara yang amat berkesan untuk memunasabah diri...mengembalikan aku ke landasan yang betul..sebab itulah..aku memiliki hampir kesemua koleksi lagu-lagu nasyid.. bila mendengar nasyid..memahami senikata yang disampaikan..membuatkan aku tersedar dari lamunan yang panjang..tak dinafikan...dunia memang mengkhayalkan.. terlalu indah dan mempersonakan..sehingga kita lupa kepada akhirat yang lebih abadi..


Selain itu, beliau dilihat agak open minded... beliau masih boleh menyanyi secara berduet dengan artis-artis glamour seperti Amy Search, Dato’ Siti dsb.. beliau dan ahli kumpulannya juga tidak keberatan untuk menghadiri majlis-majlis Anugerah yang glamour bagi menerima anugerah yang dikurniakan kepada kumpulan nasyid beliau..baginya tiada tembok yang menghalang ukhuwah asalkan tidak melampau batas-batasnya.....Marilah kita beramai-ramai sedekahkan al-fatihah kepadanya..Semoga rohnya dicucuri rahmat...Pemergian seorang Dae’ sepertinya merupakan suatu kehilangan yang amat besar. dan mudah-mudahan dengan pemergian seorang Dae’ ini akan melahirkan ribuan Dae’ yang baru untuk mengajak kita ke arah yang benar.. Ameen..



Friday 21 August 2009

Jelesnyer saya..

Entry ini menunjukkan betapa jelesnyer saya pada housemate (Aini), labmate2 iaitu Husna, Muna, Marina dan sapa2 jer yang dapat balik ke kampung sempena menyambut ramadan..
seronoknyer kamu semua ek..dapat berpuasa dgn famili..huhuhu..aku...cuma ditemani oleh Kak Ila (akak housemate)..nasib baik dia tak balik kampung...kalu tak..lagi meranalah aku..
untuk menghilangkan perasaan sedih dan jeles tu..aku pun pegilah beli tiket balik kampung jugak..huhu..tapi bukan utk balik sekarang..tapi masa raya nanti.. :-P

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1430-H

Alhamdulillah...kita masih berkesempatan untuk mengerjakan ibadah puasa pada tahun ini..insya Allah..Pada esok iaitu 1 ramadan 1430-H bersamaan 22 ogos 2009, seluruh umat islam akan mula bermula berpuasa..Sempena dengan itu, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada sahabat-sahabat dan sesiapa jua yang membaca blog "DIARI HIDUPKU"..maafkan saya sebab tak dapat bagi kad atau tunjuk gambar kad yang lawa macam Nadiah..huhu...

Semoga puasa tahun ini menjadi puasa yang lebih baik dari tahun-tahun lepas..dikesempatan ini juga saya ingin memohon ampun dan maaf jikalau ada yang terkasar...al maklumlah manusia tidak akan lepas dari melakukan kesilapan..

p/s kpd Nadiah : Tabah2kanlah hati yer berpuasa kat perantauan tu...

Thursday 20 August 2009

NGERI...

Pagi tadi semasa mendaftarkan ladtopku untuk kemudahan WIFI hotspot di pusat pengajianku yang tercinta..sementara sedang menunggu..aku berboraklah dengan en R..pelbagai topik telah menjadi perbualan kami..dari satu topik hinggalah ke satu topik..dalam banyak2 topik yang diperbualkan..aku amat tertarik pada satu topik...topik tentang beberapa student post-grad yang mendapat gred 3 dalam pembentangan VIVA baru-baru ni...gred penilaian ini terbahagi kepada 1, 2, 3 dan 4.. jika dapat gred 1 dan 2..kira lepas lah..kalu dapat 3 atau 4..memang bermasalah..huhuhu..dengar2 citernya student2 ni mendapat gred 3 gara-gara tidak mengikut format yang telah diberikan oleh IPS.. husss..NGERInya! aku dengar....macamanalah dgn tesis aku plak..sekarang ni dah nak masuk hampir dua bulan tesis aku di hantar ke IPS..mudah2an Allah melembutkan hati-hati para pemeriksa tesis aku..tesis dan juga pembentangan selama tiga puluh minit ini menentukan kejayaan dan kegagalan untuk usaha yang dijalankan selama tiga tahun..

Tuesday 18 August 2009

Paksa Rela..

Semasa aku sedang rancak berbual dgn marina semalam..tiba2 handset aku berbunyi..menandakan message masuk..lantas aku membuka peti simpanan message aku..rupa2nyer message dari adikku..wo..messagenyer berbunyi begini :

Assalamualaikum.K t ade duit x?.wo nk g bli tket nk blik ktg mse nk rye nti..nk bli lmbt2 tgu duit ptptn tkut dh abs tket 2..

Akupun menjawab dgn menaip : Berapa?
(tak semena-mena aku jadi sakit kepala).

Rm40..nk mtk kt mk kcian lh sbb ari 2 bwu je mk antr.cian lh mak

aku mbalas dgn ringkas : Amboi.kat k ti x kesian. Nak bla?ptptn dpt bila?
(sajer jer aku buat mcm tu..hehe..biar dia tau..susah nak dapatkan duit..jgn mudah nak minta jer..nak kena berjimat..)

ksian lh jgk..tp nk wt cm ne..lau tgu duit ptptn mmg xsempat lh nlik rye nti.

Kalu x sebelum ni..aku dok sibuk nak berenti keje jer....peristiwa ini telah membuat aku tersentak..tiba2 aku terfikir..kalu aku x keje..mcmana?sape y nak bantu mak aku..dahlah aku anak y paling tua...adik2 aku masih bersekolah..sebenarnyer aku pun x betul2 abih belajar lg..kesiannyer kat mak aku..dah tu..mesti nti aku pun akan minta dgn dia juga..x semena2 air mata menitis..aku kena kuatkan semangat utk bekerja..

sebenarnyer..aku plan nak balik kampung..nak balik lama dengan keadaan y releks..nak berpuasa dgn mak dan famili..rindu nak makan masakkan mak..huhu..dah lama aku merantau kat tmpat org..sejak dari degree lg..tahun 2000..dah hampir 9 tahun aku kat Penang..huhuhu..

nampak gayanyer aku terpaksa membatalkan niat aku..

Monday 17 August 2009

Proton berharga RM 10

Kadang kala kita memerlukan lawak utk menghiburkan diri..mgurangkan stress dr tekanan keje..Islam tidak melarang penganutnyer berhibur..cuma cara tersebut hendaklah mengikut cara-cara islam...hehehe..bg khutbah plak..dipendekkan cerita..ketika saya sibuk membaca blog kegemaran saya..saya terjumpa satu cerita jenaka yang agak pendek..saya rasa lucu jugaklah..blehlah membuatkan senyuman menghiasi wajah setelah seharian penat berfikir..tp gelak sikit2 sudahlah yer..

Hari tu memang ceria untuk Ajoi. Beliau sudah cukup duit untuk membeli kereta baru. Baru untuk dia, sebab dia adalah pemilik yang baru, walaupun kereta tu dah dijual oleh penjual kereta terpakai.

Dalam perjalanan ke kedai kereta terpakai, dia singgah sekejap ke Pasar Tani untuk membeli sedikit minuman. Terpandang olehnya seorang peminta sedekah yang cacat anggotanya. Dihulurnya RM10 sebagai sedekah.


Hampir sampai ke kedai kereta terpakai itu, dia mengira semula duit yang ada. Ahhhh... tak cukup RM10 dari harga yang dipersetujui semalam dengan tauke kereta terpakai itu. Tanpa berfikir panjang beliau berpatah balik ke Pasar Tani dan berjumpa kembali peminta sedekah.


Ajoi: Encik... saya minta maaf. Saya macam buruk siku je... rasa segan nak cakap


Peminta Sedekah: Kenapa nak?


Ajoi: tadi saya sedekahkan pakcik RM10. Saya nak minta duit tu balik


Peminta Sedekah: Kenapa nak minta balik?


Ajoi: Saya tak cukup RM10 nak beli kereta


Peminta Sedekah: Kereta apa anak nak beli?


Ajoi: Proton je pakcik


Peminta Sedekah: Oooo... kalu macam tu ambik la balik duit RM10 kamu. Ni duit RM20


Ajoi: Kenapa pakcik bagi RM20 lak. Duit saya cuma tak cukup RM10 je...

Peminta Sedekah: Lagi RM10 tu anak belikan pakcik lagi sebijik la Proton tu.... nak juga pakcik pakai kereta Proton


Di petik dari blog ISUHANGAT..

The moral of the story : Kadang-kadang penggunaan bahasa kita yang tidak betul..banyak mengundang salah faham..jadi kita seharusnya menggunakan ayat yang betul..sekian utk kali ini..semoga terhibur...


Sunday 16 August 2009

Kuliyah Tafsir DR. DANIAL

Aktiviti rutin aku pada setiap hujung minggu..jika tiada y menghalang..jika kalu aku berjaya melawan makhluk Allah yang bernama SYAITAN..Sampailah aku ke Kuliyah tafsir DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN..aku begitu mengagumi DR DANIAL..apbila beliau menyampaikan ceramah..beliau begitu bersemangat..diberikan contoh2 dan juga diselitkan dgn lawak jenaka (hehe)..sedikit sebanyak membuatkan aku sedar y DUNIA hanya sementara..tempat bermain dan sebagai alat ke AKHIRAT..

Di sini baru aku tau bahawa penekanan pemahaman wahyu ALLAH iaitu al-Quran dalam hidup kita amat penting..bukan sekadar membaca..tapi perlu memahami..memahami isi al-Quran tidak boleh dilakukan menggunakan akal fikiran sahaja..tapi memerlukan rujukan dan huraian dari pakar-pakar tafsir..dengan itu saya mengambil inisiatif utk menghadiri majlis seumpama ini..

Di sini, saya ingin berkongsi dgn sahabat-sahabat blog ini..jika ada kelapangan..saudara-saudari bleh layari blog minda super bagi men'download' kuliyah tafsir yang disampaikan oleh DR. DANIAL.

Cabaran!

Semalam H menghadiahkan aku permainan puzzle..sebenarnyer dia bukan bagi hadiah..tapi kebetulan dia beli utk dirinyer..akupun apa lagi menempek jer lah..hehehe..buruk perangai aku..seingat aku..aku jarang buat permintaan..kadang2..x per kan..lg pun x lah mahal..murah jer..nak tengok ek? ni lah rupe puzzlenyer..puzzle kotak..


Sejak dari semalam hinggalah ke ari ni..aku masih x dapat selesaikan masalah puzzle ni..puas aku dok pusing2kan kotak2 kecik tu..sebenarnya H dah cakap dgn aku..dia kata aku x akan dapat selesaikan puzzle ni... melainkan ada methodnyer..huhuhu..aku pun apa lg..pantang dicabar lah..mmmm..jikalau anda sume bleh bantu utk selesaikan masalah ni..sila2 lah kongsi dgn saya..

Friday 14 August 2009

Hanya tinggal kenangan..

Sambutan hari lahir aku pada tahun ni iaitu pada 27 Julai yang lalu,
agak berbeza dari tahun2 lepas..pada tahun2 lepas, kebiasaannya supervisor n geng2 lab y buat surprise kat aku..
macam2 cara y diorg buat..huhu..aku mmg selalu tharu dgn kegigihan mereka...sampai menitiskan air liur...ops..air mata..hehe..sampai x leh nak makan..tharu punya pasal..
sebenarnye aku ni x berapa biasa dgn surprise-mensurprise ni..ni semua agenda gila2 supervisor kesayangan aku,
Dr. Coswald.

Dia Sabahan..dia dah balik Sabah pun..
dan ini plak geng2 lab..y turut berkomplot utk kenakan aku pada setiap besday..

baik ku kenalkan. dari kiri. kelihatan tunduk sambil memandang hset..nama dia azi..dia pun turut ikut jejak langkah DR Coswald...dan y tersengih macam iklan gigi tu..namanya aini..

y ni husna..future food photographer..(pic: credit to husna)

x ketinggalan
Nadiah..y dah kena amik dgn husband dia..
skrg ni ada kat US..


kira kini dah tinggal memori daun pisang..hehehe..Ini juga salah satu faktor y membuatkan kawan baik aku y bernama SEDIH sering datang bertandang..x undang pun dia dtg...Apa2 pun let bygone be bygone..kita x bleh hidup dgn kenangan..tp hidup dgn apa y ada disekeliling kita..kita seharusnya menghargai apa y ada disekeliling kita sebelum kita kehilangannya..dan

KINI aku bekerja di Company kawan DR. Coswald..sementara jer..oklah keje kat sini..fun..sad..sume dalam satu paket..
masa besday aku y ke-.....(rahsia! x leh tau)..second bos (wife bos), anak bos (daniel) dan kak wan buat surprise utk aku..aku x sangka aku dpt kek besday utk thn ni..ingatkan x dpt..

inilah kek besday aku..comel kan?


dan kad besday y special..handmade..dari anak bos (Daelin)..


inilah wajah Daelin y comel..baru berusia 5 tahun..


Di dalam kad, tertulis perkataan



Terima kasih sume..kehadiran kalian membuatkan hidupku bertambah ceria n bermakna..


#Pesan kpd Nadiah: K yt masih x dapat nak imagine apa y ada dalam kotak hadiah y nadiah bg dalam facebook tu..huhuhu..

Mengawal H1N1


Sejak kebelakangan penularan wabak H1N1 makin meningkat dan jumlah kematian juga meningkat..inilah bala bencana y telah direncanakan oleh y Maha Kuasa akibat kedegilan manusia itu sendiri..Akibat kedegilan sebilangan manusia tertentu telah mengundang bencana kepada seluruh manusia di dunia...



Semestinya kita semua bimbang. Jadi kita hanya boleh mengurangkan penularan wabak y sgt berbahaya ini dengan mengamalkan amalan-amalan berikut:


1.Amalan adab batuk yang baik

  • Pesakit mesti amalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci tangan berasaskan alkohol. Buang semua tisu yang digunakan ke dalam tong sampah.

2. Jaga kebersihan diri

Pesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut:
  • Kerap mencuci tangan dengan sabun atau air atau baham cuci tangan berasaskan alkohol.
  • Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli keluarga.
  • Cuci peralatan yang biasa digunakan dan permukaan-permukaan yang kerap disentuh dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa terdapat di rumah.

3. Elakkan berada di tempat-tempat yang sesak.
  • Islam menekankan syariat iaitu menjauhi kemudaratan.
4. Banyakkan minum air masak.
  • Virus suka kepada air manis.

5. Jangan kongsi peralatan peribadi

  • Jangan berkongsi peralatan peribadi.Peralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu dicuci dengan sabun dan air.

6.Menjarakan diri (social distancing)
  • Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka sembuh, lazimnya selama 7 hari.
  • Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggalkan di bilik berasingan.
  • Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil) seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit (sekurang-kurangnya satu meter) untuk menggelakkan jangkitan.
  • Sekiranya pesakit keluar rumah (contohnya mendapat rawatan) beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan adab batuk yang baik dan kerap memcuci tangan.



Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah


Secara umumnya demam selsema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu SEGERA mendapatkan rawatan di hospital jika demam serta batuk atau sakit tekak, DAN mempunyai sekurang-kurangnya satu gejala berikut:
1. Sukar bernafas.

2. Batuk berdarah atau kahak berdarah.

3. Sakit dada berterusan.

4. Kerap cirit birit atau muntah yang kerap, atau kedua-duanya.

5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas 3 hari pulih.

6. Berkelakuan ganjil, celaru, kurang responsive kepada rangsangan, sawan.

7. Pening bila berdiri.

8. Kurang kencing.


(amalan-amalan ini diperolehi dari laman web; iluvislam dan saranan dari Dr. Danial Zainal Abidin menerusi kuliyah tafsir yang diadakan di Surau Batu Uban pada setiap petang Ahad)


Kita hanya berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah. Insya Allah Allah akan menolong kita. Sesungguhnya Allah maha pengasih dan penyayang.

Tag about 6th

Kepada Nadiah..

ma cih coz bagi cabaran kat kak yati.



These are the rules:

1. Go to your photo files…Select the 6th photo folder.

2. Select the 6th photo in that folder (amik jer gambar2 y ada...hehehe).

3. Post that photo along with the story behind it.


Gambar ni diambik ketika aku dan famili menghantar adikku (y berbaju kurung unggu) masuk ke UITM dalam hujung bulan 6. Bila tertenung gambar ni, perasaan nak balik Pahang semakin kuat..huhuhu..bilalah dapat balik..rindu sangat2 kat mak, ayah n adik-adik..x nak citer banyak2..satgi kawan baik aku SEDIH datang ziarah plak..

4. Then challenge 6 blogging friends to do the same!

1. Sape2 y baca blog ni lah. sebab y lain dah kena tag..

Monday 10 August 2009

Warkah buat SEDIH...



Saat ni aku didatangi oleh makhluk Allah y bernama SEDIH....sejak akhir2 ini begitu kerap SEDIH menziarahi aku...aku berterima kasih dan bersyukur ke hadrat Ilahi...sekurang2nyer ada jugak y sudi mggingati aku...apbl SEDIH dtg..aku selalu menghidangkannya juadah air mata...maafkan aku ya SEDIH..itu jer y mampu kuberikan pdmu...byk y perlu kita luahkan bersama...apabila kau dtg SEDIH..barulah aku rapat dgn y Esa...selama ni aku tenggelam dgn kegembiraan dunia...sehingga melalaikan aku...Lantas ku mencoretkan sesuatu untuk SEDIH bagi menghargai kehadirannya...

Terima kasih SEDIH..kerana sanggup bersusah payah menziarahi aku...
kehadiranmu menjadikan aku begitu menghargai kehadiran sahabatmu iaitu GEMBIRA..kirim salam pada GEMBIRA ya..tanya lah kpdnya..kenapa dia dah lama tak dtg menziarahi aku..


Sunday 9 August 2009

Ketahui khasiat peria katak



Penawar ini mungkin berguna kpd sesiapa y ingin menurunkan tekanan darah y semakin meninggi..Al-maklumlah hidup kita ni kdg2 mengamalkan cara permakanan y x berapa betul..ataupun stress dgn kesibukan keje..tp jgn risau setiap penyakit pasti ada penawarnya..jadi boleh lah diamalkan petua ni..Insya Allah dgn izin Allah akan dapat mengurangkan tekanan darah.

Cara-caranya : Ambil sebiji peria katak dan btg saderi. pastu..dikisarkan bersama dan minum jus ni sekali seminggu..


Friday 7 August 2009

Akhirnya...Jumaat datang jua...

Hari ni hari jumaat...

Hari y dinanti2kan..

Hari ni merupakan hari y paling istimewa bagiku...

Sebabnya....
  1. Ia adalah penghulu segala hari...
  2. Hari TERAKHIR bekerja dalam minggu ni..so bleh bercuti dan berhujung minggu...Yahoo..Merdeka..
  3. Paling menyeronokkan..malam ni slot drama NUR KASIH ditayangkan di TV3..Bestnyer..hehehe..
  4. Waktu rehat y agak lama..so bleh lah berwindow shopping di Tesco Extra..berhampiran dgn office..hanya mengambil masa 5 minit berjalan kaki...hehehe..kalu rajinlah..
  5. Bertemu dgn Kak Fauziah (akak naqibah) dan ahli2 usrah..mmm blehlah menyedarkan diri yang x brp sedar ni..huhu..kalu ada kelapanganlah..
  6. Operasi memotong kuku...hari ni kita disunatkan memotong kuku..

Apa2pun, setiap perkara y seronok pasti ada y sedihnya..y x seronoknyer..

  1. Terpaksa menjalani 2 hari (Sabtu n Ahad) y membosankan berkeseorangan..housemate sibuk dgn aktiviti masing2..nak balik kampung..jauh sgt..x berbaloi.
  2. Terpaksa menghabiskan membasuh kain n baju y menggunung..huhu..tulah suka sgt buat koleksi baju kotor..
  3. Mengemas bilik y berserabut..Harap2nyer janganlah Cik T (refer kpd cik tikus) buat macam bilik dia..kalu x jenuhlah..

Apa2pun hari2 ini adalah melengkapi hari2 y lain dalam 1 minggu..tanpa hari sabtu n ahad..tiadalah hari isnin...



Tuesday 4 August 2009

Assalamualaikum...

Pertama sekali, ingin memohon maaf kepada sahabat-sahabat sebab sebelum ni setiap entri dalam blog terdahulu iaitu "Humayrah hayati" hanya dicopy dan dipaste dari pembacaan dalam internet..mungkin matlamat asal penubuhan blog tersebut..tetapi di atas saranan seorang sahabat telah menyebabkan terhasilnya blog ini..mula-mula rasa tak percaya..iya lah diri ini mempunyai banyak kelemahan....
  1. tidaklah bagus dari segi penulisan..

  2. ruang masa yang agak terhad..

  3. tak berapa arif komputer..

  4. tak tau sangat pasal isu2 semasa...

  5. life bese2 jer..tak der y menarik..(takut ada y boring)..

  6. nak luahkan perasaan dlm blog..(takut ada y terasa)..

  7. tak berapa nak rajin..

Apa2pun..itu hanya alasan..kalu tak nak buat sesuatu..macam2lah alasan..kalu nak seribu daya...kalu x nak seribu dalih..so..insya Allah..mudah2an moga diri ini diberi kesihatan yang baik dan masa untuk meneruskan usaha dalam berblogging ni..diharapkan semoga sahabat2 sekalian sudi mengajar...