MARI BACA DOA

gif islamic

Sunday 31 January 2010

Jalan-jalan snap gambar

Pada hari minggu yang lalu, aku dan suami ditemani Njang dan Adik Nor...berjalan-jalan di sekitar rumah Njang..boleh dikatakan semua tempat di sini mempunyai pemandangan yang indah-indah...ternyata aku sungguh bertuah..dapat menghayati suasana kampung..jauh dari hiruk-pikuk kota..insan seperti aku...sangat sukakan keindahan alam semulajadi..apabila melihat keindahan alam segala permasalahan hidup dapat diredakan buat seketika..


Walaubagaimanapun, keindahan alam kini kian terhakis dek kerakusan manusia mengejar keindahan alam ciptaan mereka sendiri..yang berorientasikan konkrit..dan kepura-puraan..

Saturday 30 January 2010

Me and Wonderful blog

Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya..blog DIARI HIDUPKU telah dianugerahi sebagai wonderful blog..terima kasih Farhana..


1. 1st insert this badge or the pic above to inform u have been awarded.

2. Make sure u take the pic n said it is from
-Cik Oriza a.k.a Cik Farhana

3. You should tell 10 facts or hobbies about yourself.
  • aku selalu bayangkan tempat keje aku hanya depan umah...
  • kadang-kadang aku tak boleh fokus bila orang bercakap dengan aku..aku hanya mengangguk...beriyalah orang bercerita..bila ditanya apa yang dicerita..aku jadi blur...
  • buat sesuatu benda tak sepenuh hati..
  • bercita-cita nak drive kereta sendiri balik ke Pahang..Penang dan Kedah dah lepas...
  • mengumpul resepi semua jenis makanan..
  • cuba tak nak jadi cerewet
  • selalu berfikir cara nak bayar hutang PTPTN
  • nak tukar sumer sistem pengeluar makanan..biar dimonopoli oleh orang islam
  • selalu berangan nak beli baju renang muslimah
  • nak jadi yang terbaik untuk semua orang.
4. You should choose 5 other bloggers (easier the ones who follow you) and tell their names in your blog :
  • Along
  • Suzi
  • Kak Long
  • Mizi Ukhuwah
  • Sape2 yang berani sahut cabaran
5. Dont forget to go to their blog and tell them they have been tagged!!!
-Insya Allah..akan diusahakan...

Saturday 16 January 2010

Ada hikmahnyer..


Kini dah masuk 2 minggu aku berulang-alik dari umah (Sungai Petani, Kedah) ke tempat keje (Georgetown, Penang) menggunakan tiga jenis kenderaan iaitu...kereta..moto dan feri...yang bangganyer..aku drive kereta sendiri..

huhu...Alhamdulillah..akhirnya aku berjaya...untuk pengetahuan semua..aku ni jenis kategori manusia yang paling penakut dalam dunia..huhu..hampir bertahun-tahun lesen memanduku hanya menjadi perhiasan dalam beg...sebenarnya kejayaan ini bukan milikku seorang...ia merupakan usaha gigih suami, ibu, ayah dan kawan-kawan..terutama suami...terima kasih semua kerana sanggup bergadai nyawa duduk di sebelah tempat pemandu..yang mana pemandu itu adalah aku..huhu..

Sepanjang perjalanan dua jam dari umah ke tempat keje..pelbagai pemandangan yang indah-indah boleh dilihat..nilah namanyer, jauh perjalanan luas pemandangan...



Dan hampir setiap hari, aku akan tempohi pelbagai suasana dan gelagat manusia...memang mengerunkan...huhu...terutamanya ketika berpusu-pusu apabila memasuki feri...kalu tak kuat semangat..rasanyer tak sampailah aku kat tempat keje..tetapi demi mencari pengalaman...kukuatkan semangat...




Setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnyer...jadi hikmahnyer tempat keje aku yang jauh ini..telah membuatkan aku boleh memandu kereta sendiri...dan juga memahirkan aku menunggang motosikal..dah terror dalam bab cilok-mencilok ni..hehehe..

Tuesday 5 January 2010

Hobi baru

Gara-gara selalu mengodak blog..dan selalu terjumpa gambar-gambar yang cantik dan unik...maka timbullah satu hobi baru...iaitu snap gambar...salah satu blog yang sering aku kunjungi adalah blog aku dan sekeliling ....bagiku penulis blog ini mempunyai seni snap gambar yang agak unik...dia pandai mencari angle yang cantik..hinggakan gambar yang disnap dapat menceritakan keadaan yang sedang berlaku...hehe...ajaibkan?

Terus terang aku katakan..aku amat mengagumi kebolehannya...termasuklah suami aku..apa lagi..dengan berbekalkan kamera CANON...bermulalah aktiviti snap gambar...dalam banyak-banyak gambar yang disnap...aku terjumpalah beberapa gambar yang menarik perhatianku...semuanyer gambar yang disnap oleh suamiku...yang aku snap tak der...haha...sebenarnya bakat aku masih terendam...

imej pokok dijelaskan dan imej subjek dikaburkan


cincin tergantung


Cincin di atas stering kereta

gambar cincin dihadapan flip-flap

p/s : Husnalah idola kak yati.. :-P

Saturday 2 January 2010

Sepetang di Pantai Merdeka

Sebenarnya aktiviti ini tidak dirancang...tanpa disengajakan ia telah menjadi aktiviti pembuka aku dan suami pada tahun 2010...aku amat teruja...Aku selalu mengambarkan keindahan Pantai merdeka melalui lagu Cinta Pantai Merdeka dendangan kumpulan Jinbara...senikata lagu ini amat mengagungkan keindahan Pantai Merdeka iaitu ciptaan Yang Maha Esa....baru kali aku berpeluang menikmati keindahan pantai ni...Tidak dinafikan pantai ni memang cantik...memang tidak hairanlah ia mendapat kunjungan ramai...

Pelbagai aktiviti dilakukan oleh pengunjung....seperti mandi-manda, beli-belah, makan-makan, berkhemah..pendek kata macam-macam ada..

Tetapi aku dan suami terus dengan aktiviti berposing...konon2nya nak challege husnalah.. :-P...(jangan marah aaa husna...nanti kena jual...)...ni lah hasil yang tak seberapa dari photographer amatur...




Tetiba tengah syok berposing..terserempak dengan ngah (mak saudara suami)...

Setelah penat berposing..kami melangkah pulang...Aku bermonolog sendirian...Bilalah aku akan ke sini lagi..

p/s: Husna..ok tak gambar?..hehe..