MARI BACA DOA

gif islamic

Monday 23 May 2011

Mmm nasib kau lah blog...



Sebenarnyer sebelum ni aku ada tulis mengenai suatu cerita ni.....tapi tak tau kenapa suddenly entry tu hilang macam tu jer....masa tu bila aku sign in....dapat message "blogger is not available"....selepas sehari tu......entry tu pun hilang.....huhu......tak taulah sebab apa....penat ooo mengarang.....disebabkan aku frust dan tak berapa sihat....makanyer aku biarkan blog ni berdebu-debu dan bersawang.....haha....padan muka....Mmm nasib kau lah blog.....buat perangai lagi....huhu....

Tetapi ada juga pembaca yang sempat membaca entry tu.....dapat juga ucapan tahniah dan komen...hehe..kesiann....anyway terima kasih Nadiah kerana menjadi pembaca setia blog DIARI HIDUPKU....

Sorry Nadiah...kak yati lambat reply komen ni....


Komen dari Nadiah...


tahniah kak yati! moga baby sihat2 aje sampai 9 bulan nnt.



rahim kak yati tak kuat ke cmne? mcm mak nadiah dulu mmg rahim tak kuat. sejak mula pregnant adik nadiah (lps dpt nadiah, mak keguguran. kiranya adik nadiah ni anak ke-3 la) sampai kandungan 5 bulan kena inject sbb doktor kata rahim tak kuat. pastu doktor tak bg mak buat apa2 kerja pun. doktor suruh mak byk baring je




Sebenarnyer kak yati pun tak pasti....sebab masa tiga bulan pertama tu memang masa yang paling kritikal  untuk berlakunya gugur tu tinggi...Jadi sebagai langkah berjaga-jaga untuk 2nd pregnancy ni Doktor inject kak yati untuk kuatkan rahim yang membuatkan baby stable....tapi sekejap jer dalam sebulan lebih jer....mungkin yang 1st dulu....kak yati gugur sebab hormon kak yati tak berapa cukup untuk baby....mungkin masa tu belum ada rezeki nak dapat baby....

P/S: Insya Allah jika ada masa, diberi kesihatan yang baik dan mood yang bagus, aku akan cuba karang semula entry tu....

P/S/S: Aku bersimpati dengan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Rumah Anak Yatim di Ulu Langat, Selangor....kira-kira 16 orang terkorban....semoga roh-roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat....Al-Fatihah....
 



Friday 6 May 2011

Awasss...


Opss...mesti kalian terkezzut kan bila tengok tajuk entry kali ni.....hehe....sajer nak syer dengan kalian....jangan takut....cuma nak kalian berhati-hati dalam pemilihan makanan.....dalam minggu ini aku ada test asid benzoik dalam pelbagai sampel sos....untuk itu mari kita ketahui dahulu apa itu asid benzoik dan apa kegunaannyer dalam industri makanan....

Asid benzoik sebagai bahan pengawet dalam makanan dan kesan apabila berlebihan.
Kita tentunya pernah mendengar penggunaan bahan-bahan pengawet seperti asid benzoik dalam pembuatan makanan yang bertujuan untuk mencegah pertumbuhan bakteria, kulat dan ragi yang boleh menyebabkan makanan menjadi basi dan berbau busuk.


Lumrahnya asid benzoik disediakan secara sintetik walaupun boleh didapati secara semula jadi. Ianya berupaya bertindak sebagai ajen antibakteria dan antikulat. Pengawet seperti ini biasanya digunakan dalam sos cili, sos tomato, jem dan sebagainya untuk membolehkan tahan lama.


Bahan ini juga terdapat dalam berbagai bentuk seperti natrium benzoat, kalium benzoat, kalsium benzoat atau dalam bentuk benzoat yang lain seperti hidroksibenzoat. Minuman ringan, kicap, sos daging panggang dan majerin merupakan sebahagian makanan yang menggunakan garam netrium benzoat sebagai pengawet.


Bahan-bahan awet yang dinyatakan tadi boleh menjejaskan kesihatan pengguna jika digunakan secara berlebihan terutama kepada mereka yang alah kepada ubat aspirin kerana struktur kimianya adalah berkaitan.


Selain dari itu bahan ini akan memburukkan lagi keadaan kepada pengidap penyakit lelah dan pesakit ruam kulit. Asid benzoik yang digunakan secara berlebihan juga boleh mengakibatkan kerengsaan perut bahkan terdapat laporan menyatakan bahawa sistem saraf juga boleh turut terjejas.
 
[Sumber: http://groups.yahoo.com/group/Pengguna/message/537].
 
Berdasarkan ujian yang aku jalankan....didapati:
  1. Sos termasuklah cili sos, tomato dan sos cili thai mengandungi asid benzoik sebanyak 400 hingga 900 mg/kg....manakala sos oyster mempunyai asid benzoik yang agak tinggi...
  2. Kicap pula di antara 200 hingga 800 mg/kg.
  3. Sos tauchu di antara 500 hingga 1200 mg/kg.
Nilai yang diperolehi bukan untuk semua produk makanan yang berada di pasaran...

Berdasarkan kepada Malaysia Food Act regulations.....had penggunaan bagi asid benzoik bagi kebanyakan makanan adalah 1000 mg/kg...tetapi ia bergantung kepada produk makanan....manakala negara Jepun pula adalah 600 mg/kg...