MARI BACA DOA

gif islamic

Tuesday, 31 July 2012

Nasi Goreng Mak Tok di hari lahir...



mmmm....boleh tahan sedap..



27 Julai....tarikh lahir aku sama dengan tarikh lahir Dr Syeikh Muzaffar...Astranout negara tu....waaa...syoknyer dapat berkongsi tarikh lahir dengan beliau....haha....ntah ape2 jer aku ni kan.....huhu....apa-apapun.....apabila umur baru bertandang....makanyer makin bertambah usia kita...dan semakin "Mudalah" kita.....Alhamdulillah Allah SWT masih memberiku peluang...

Sebenarnyer aku sengaja ingin melupakan hari ni...kerana ia sedikit sebanyak mengingatkan aku tentang pemergian ayah buat selama-lamanyer di saat tiga hari sebelum kedatangan ulangtahun kelahiranku pada tahun lepas....

Namun, kesedihanku terubat sedikit dengan kehadiran suami tercinta dan permata hati ummi, Iman Solehah....Suami bawak aku dan Solehah makan di Taman Telok Air Tawar, Butterworth, Penang...



Ummi sayang Solehah....
Terima kasih Allah di atas anugerah ini....



Terima kasih daun keladi yer abg...lain kali boleh bawak kami lagi....hehe....
Wajah aku di umur baru....



*p/s: Pihak pemaju Eupe dah hantar notis bahawa rumah dah siap...dah boleh collect kuncipun....waaa....syoknyer....


Tuesday, 24 July 2012

All the best Andrew...





Jumaat minggu lepas adalah hari terakhir Andrew di company tempat keje aku....Dia ni student yang buat practical kat sini....selepas ni dia akan terbang ke US untuk habiskan degreenyer...Rasanyer pertengahan bulan depan...Selama beberapa minggu Andrew di sini....adalah pembantu sementara aku....senanglah sikit....Andrew ni memang cekap...cepat...dan aku selalu berpesan...do it slowly...nanti bila tak der keje....aku gak yang pening....fikir nak bagi keje apa....huhu....Andrew....Andrew....

Selama di sini....Andrew memang tak pernah speaking malay....bila ditanya....katanyer...my malay is very weak...


*p/s: Hari ni dah hari ke empat kita berpuasa....Alhamdulillah....




Thursday, 19 July 2012

Selamat berpuasa...




Pada hari Sabtu ini, bermulalah seluruh umat islam menunaikan ibadat puasa selama sebulan....
sesungguhnya kita bertuah kerana diberi peluang sekali lagi untuk merasai nikmat puasa....
Syukur...
Alhamdulillah...
jadi gunakanlah peluang ini sebaik-baiknyer....



*Tahun ini adalah tahun pertama aku berpuasa dengan gelaran Umi...sudah pastinyer ia memberi sedikit cabaran...dan tambahan pulak aku masih menyusukan Solehah.....Semoga Allah mempermudahkan aku...Ameen...






Solehah kena tahan wad buat kali kedua....

Opsss...kalian jangan terkezut ye...peristiwa ni berlaku hujung bulan lepas...masa tu tak sempat nak update....

Kali  ni dah masuk dua kali Solehah kena tahan wad....mmm kali pertama dulu....masa awal bulan Mei....iaitu dalam entry "lepak-di-hospital-pada-cuti-hari"

Kali ni demam Solehah lebih teruk.....sampai suhu badan mencecah 40.2 degree....risaunyer umi masa tu....Solehah start demam hari rabu iaitu 20 hb June...seperti biasa setiap petang aku akan ambil Solehah dari nursery....masa tu bila pengasuh bawak Solehah....aku lihat dah bertempek cool fever di dahi Solehah....aku dah terdetik di hati....aiii demam ke....mmmm bila aku pegang badan Solehah....ternyata memang panas....kelam kabutlah aku pegi cari ubat kat farmasi....Kak Bos Nursery atau aku panggil Kak Rosliza mengajar aku bagaimana memasukkan ubat buntut...Alhamdulillah...selepas tu suhu badan Solehah turun.....

Hari khamis tu aku terpaksa EL....sebab nak monitor kesihatan Solehah....rasanyer dah banyak kali aku terpaksa ambik EL....kalu tahun lepas-lepas aku digelar "MC Queen"....mungkin tahun ni gelaran aku dah tukar jadi "EL Queen".....huhu....apalah dayaku....Dah lah hari Jumaat tu aku kena present untuk group presentation...memang mencabar sungguh...punya tak berapa cukup masa....hinggakan masa drive pun aku boleh study...






Pada hari Khamis tu aku teruskan memberi Solehah ubat demam....Alhamdulillah hari Jumaat Solehah sihat....tapi sihatnyer tak lama....hari sabtu demamnyer datang semula....berulang-kali aku dan suami check suhu badan Solehah...termometer memberi nilai suhu yang tinggi iaitu 40 lebih....aku dan suami beranggapan bahawa termometer ni dah rosak....huhu....end up...dah buntu....kamipun buat keputusan pergi ke hospital....






Petang sabtu Solehah dimasukkan ke wad....kali ni Solehah kena drip....dua botol jugaklah....Ya Allah kesiannyer kat anak umi....aku menitis air mata jugaklah....huhu....bayangkan Solehah sampai jadi fobia bila tengok nurse dan Doc..mesti dia menangis.....jika sebelum ni saper nak dukung Solehah memang tak der masalah...Solehah suka jer....tapi kali ni....



Wajah-wajah ceria Solehah....


Tangan sebelah kanan terpaksa dibalut sebab Solehah dok sibuk-sibuk nak tarik tiub kat tangan sebelah kiri....huhu....memang kesian....sabar yer Solehah...sesungguhnyer demam adalah makhluk Allah jugak....Anak umi ni walaupun demam dia masih aktif....masih ceria...Solehah...Solehah....Sayangggg anak umi....



Wednesday, 18 July 2012

WW: Bila Solehah bertemu rakan sebaya...

Solehah selalu excited bila jumpa orang yang lebih besar dari dia...adakah Solehah juga happy bila jumpa dengan baby yang hampir sebaya dengannyer?







Rupanyer tidak sama sekali....mungkin Solehah jelez.....



Monday, 16 July 2012

Kitab Cinta...



Cintaku buatmu bagaikan huruf-huruf yang terpateri di setiap helaian kitab "



Kata-kata puitis dan watak-watak para pelakon telah memperlihatkan bertapa indahnya hidup jika berlandaskan syariat islam membuatkan aku jatuh cinta pada drama ni....Drama Kitab Cinta lakonan Nur Fazura dan hero dari seberang Hardy Hartono ni telah ditayangkan di tv Al Hijrah tahun lepas. Drama arahan Erma Fatima ni adaptasi dari sebuah novel Kitab Cinta tulisan Taufiqrahman.  


Sinopsis Kitab Cinta dari Novel Taufiqrahman



Kisah bermula dengan kehadiran tujuh orang mahasiswa dan mahasiswi untuk membuat kajian di Kampung Telagasari. Kumpulan tersebut terdiri dari Rindu,Dewi, Intan, Zulaikha, Dicky, Doni dan Rangga. Di sana mereka telah bertemu dengan dua orang sahabat yang cukup akrab Umar dan Yusuf. Umar merupakan seorang mahasiswa sebuah universiti di kota manakala Yusuf hanyalah seorang pemuda yang mengabdikan diri pada kampung sahaja oleh kerana dihimpit kemiskinan.
Cinta Zulaikha terhadap Yusuf dinyatakan melalui surat-surat Zulaikha yang dikirimkan kepada Yusuf sekembalinya ke kota. Namun Yusuf dengan berhati-hati membalas surat tersebut agar tidak memberikan pengharapan mahupun tidak melukakan hati Zulaikha.
Namun begitu tanpa disedari, Atikah teman sekampung serta jiran Yusuf turut mencintainya secara senyap-senyap. Perkara ini menjadi buah mulut orang kampung mengenai dua gadis yang mendambakan cinta Yusuf. Ianya membuatkan Yusuf dan ayahnya Ya’kub menjadi serba salah. Apatah lagi Atikah dan ibunya menggunakan pelbagai cara untuk menawan hati Yusuf. Maka timbulah fitnah yang diada-adakan oleh ibu Atikah terhadap Yusuf yang menyebabkan dia membawa diri jauh ke kota demi mengelak berlakunya fitnah yang lebih buruk.
Manakala Zulaikha pula oleh kerana kerinduan cintanya kepada Yusuf, telah mengambil keputusan untuk pergi menemui Yusuf di desa Telagasari. Namun, ternyata kedatangannya itu agak terlewat kerana Yusuf telah pun membawa dirinya ke kota. Maka Zalaikha nekad untuk tinggal di desa itu demi menjaga Ya’kub, ayah Yusuf walaupun ditolak orang tua itu. Zulaikha tinggal bersama Atikah dan ibunya tanpa mengetahui bahawa Atikah dan ibunya telah merancang untuk menghancurkan cinta Zulaikha dan Yusuf dengan memasukkan Umar, sahabat baik Yusuf sendiri sebagai orang ketiga. Maka oleh kerana kesunyian tanpa Yusuf, cinta Zulaikha telah beralih arah kepada Umar.
Di kota, Yusuf bekerja sebagai tukang pengilap kasut disebuah Masjid. Dia juga turut mendapat kepercayaan tuan imam untuk bertugas secara sambilan sebagai muazzin dan penceramah. Disitulah yang membawa kepada pertemuan dengan Ahsin Wijaya, ayah Zulaikah tanpa pengetahuannya. Pak Ahsin begitu tertarik dengan akhlak Yusuf sehinggakan dia menawarkan Yusuf untuk bekerja dirumahnya sebagai tukang kebun. Pak Ahsin telah menguji keikhlasan dan amanah Yusuf dengan beberapa kejadian, namun ternyata Yusuf adalah kuat imannya.
Di desa Telagasari, penduduk heboh memperkatakan bahawa Zulaikha dan Umar akan berkahwin. Ramai penduduk yang mengutuk serta membenci Zulaikha dan Umar. Bagi mereka, Zulaikha merupakan seorang yang munafik dalam cintanya terhadap Yusuf. Manakala Umar pula merupakan penjahat yang sanggup menikam sahabatnya sendiri Yusuf dengan merampas cinta Zulaikha.
Tapi segala-galanya terbongkar pada hari pertunangan antara Umar dan Zulaikha. Bersaksikan semua hadirin termasuk Yusuf dan ayahnya, Umar mendedahkan bahawa Umar sengaja berbuat demikian seolah-olah mencintai dan akan mengahwini Zulaikha demi keselamatan Zulaikha sendiri. Umar tahu perancangan jahat Atikah dan ibunya, lalu berpura-pura mencintai Zulaikha agar Zulaikha terselamat dari perancangan yang lebih jahat lagi. Umar memberitahu dia sekali-kali tidak akan tergamak untuk menghancurkan cinta sahabatnya sendiri. Lalu menyerahkan Zulaikha kepangkuan Yusuf dengan selamatnya.


*p/s: Kata sibuk...tapi sempat layan drama...haha....

Wednesday, 4 July 2012

WW: Apabila Solehah mengemas...

Cuba bayangkan kalau si kecil mengemas rumah....apa yang akan terjadi?






*p/s: Sekarang ni kalu tinggalkan Solehah buat seketika...pasti abih segenap ruang tamu diterokainyer....




Tuesday, 3 July 2012

Jadi pelajar kembali...




Blog Diari hidupku dah beberapa minggu tak terupdate....mmmm....rindu rasanyer.....aku agak sibuk dengan group presentation....ditambah pulak anak kesayanganku demam sampai kena tahan di wad....4 -5 hari jugaklah aku berkampung di hospital....kesian sungguh anak umi....huhu...

Alhamdulillah...petang tadi aku selamat mendaftarkan diri sebagai pelajar kembali....mmmm.....terasa janggal pulak kerana masih bergelar pelajar di usia begini...huhu....seakan tak percaya aku boleh sampai ke tahap ini....terima kasih Ya Allah di atas kurniaan ini....mudah-mudahan Allah mempermudahkan aku untuk menamatkannyer....kutahu bukannyer mudah...dan mungkin selepas ini aku akan melalui rutin harian yang agak sibuk...


*p/s: Esok aku ke Ipoh untuk menghadiri meeting...semoga Allah mempermudahkan segalanyer...