MARI BACA DOA

gif islamic

Sunday, 6 September 2009

060609

Hari ni cukup tiga bulan aku bergelar tunang kepada Saudara Muhammad Hadi bin Mansor..insya Allah..kalu tak der yang menghalang..bulan Disember tahun ni lah walimahnyer...ini bermakna masa untuk persiapan walimah hanya tinggal tiga bulan lagi..mmm..dah tak lama tu..tapi sampai sekarang aku masih dok melepak jer..berlagak seolah-olah macam tak der aper yang berlaku...hehehe..iyer lah..terlalu banyak benda yang aku fikir..fikir nak VIVA..fikir nak cari kerja....macam-macam lagi...

Pada mulanyer, aku tak percaya cakap orang..yang menyatakan masa bertunanglah banyak dugaannya..tapi bila dah lalui sendiri..huhhh..memang seksa..dalam bulan pertama dan kedua..macam2 hal..nyaris-nyaris jugak lah..apa taknyer..tunang aku ni memang keje aje 25 jam..sampai tak der masa untuk aku..tapi yang aku rasa terharu..walau sesibuk manapun dia..dia mesti akan cari masa juga untuk menelefon aku..walaupun satu minit..tapi aku yang mengada-ngada..tak bersyukur dengan apa yang aku dapat..huhu..nasib baik lah tunang aku ni jenis cool..Alhamdulillah..kini dah masuk tiga bulan..hubungan kami semakin baik..mudah2an apa yang dirancangkan direstui Allah..Gambar di bawah merupakan kenangan semasa majlis pertunangan aku pada 6 Jun 2009.

perbincangan antara dua pihak


hantaran yang dibawa oleh pihak lelaki yang memilih warna unggu sebagai tema


hantaran sebelah pihak perempuan yang berwarna kuning keemasan


hehe..bersalaman dengan bakal mak mentua..huhu..berdebar jugak


sebelum berangkat balik..pihak lelaki dan pihak perempuan bergambar bersama sebagai kenang-kenangan



Ketika ini, perasaan aku bercampur-baur..gembira, sedih, takut..dan macam2 lagi..aku gembira ..sebabnya..akhirnya aku bakal mengikut salah satu sunnah nabi dan bakal mempunyai famili sendiri...yang keduanya...aku sedih..sebabnyer..aku bakal tinggalkan ibu, ayah dan adik-adikku..huhu..dan yang ketiga..aku takut..takut kalu aku gagal menjadi isteri yang baik dan solehah untuk bakal suami aku nanti..perkahwinan bukan sesuatu yang mudah dan ia memerlukan banyak pengorbanan..untuk itu, aku perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu untuk membina rumahtangga yang setaraf syurga dunia..mmmm...dalam ruangan ini..saya ingin meminta pendapat kalian mengenai persediaan-persediaan yang perlu saya ada untuk mengharungi arus sesebuah perkahwinan....


6 comments:

Nadiah Sidek said...

nadiah sarankan baca buku "Men from Mars, Women from Venus" karangan John Gray & buku "Aku Terima Nikahnya" dan Bercinta sampai Syurga" karangan Hasrizal Abdul Jamil. kalau tak dpt buku uztaz hasrizal tu blh baca dr blog dia: http://saifulislam.com/. tgk kat bhgn artikel & blh baca kat situ...topik2 bwh ATN3 kat situ pun insyaAllah blh membantu

HuMayRah HaYatI said...

terima kasih nadiah atas saranan..

Yusry Yusopp said...

Sebagai satu persediaan juga saya cadangkan buku Tarbiyatul Aulad oleh Abdullah Nasih Ulwan.. walaupun bukan la ada anak lagi tapi buku yang baik untuk mula berfikir sebagai seorang ibu..mentarbiyah anak-anak..

p/s: Usrah anda membosankan? Ceriakannya dgn e-book 100 Aktvt&Games Kreatif Usrah dgn harga RM10 shj (harga asal:RM30) :-D
Sms: 014-2311856 @ 019-6320905

HuMayRah HaYatI said...

Terima kasih ya Creative sifu

Fasiiru Fi Al-Ardi said...

salam...sy plak cadangkan baca kitab fiqh munakahat (fiqh manhaji karangan 3 ulama` tersohor syeikh mustafa bukho, ali sarbaji dan mustafa khin) boleh la cr cz kt malaysia ada terjemahan dlm bahasa melayu...bermazhab syafiee..sekadar cadangan..

HuMayRah HaYatI said...

Wsalam..Terima kasih byk2 Fasiiru Fi Al-Ardi...