Pada 20 dan 21 hb 3 yang lalu, aku dan suamiku pegi ke Kelantan untuk menziarahi Tok Ki...kukira ini adalah tindakan drastik..ekoran rasa tidak sedap hatiku..kebetulan pula aku cuti...pada awalnya..suamiku agak keberatan...disebabkan suamiku memang tidak berapa arif dengan selok-belok jalan ke Kelantan...perjalanan menggunakan Lebuh raya Timur-Barat dikatakan agak mencabar berbanding perjalanan menggunakan Lebuh Raya Utara-selatan....bentuk muka buminya yang berbukit-bukau..jalannya yang berbengkak-bengkok...dikelilingi hutan...ditambah pula kekurangan kenderaan melalui kawasan ini...bertambahlah sunyi...keadaan seperti ini sedikit-sebanyak mengingatkan aku tentang ekspedisi yang amat mencabar ketika di Sabah...semasa menjalankan kajian tentang herba2 bersama ex-supervisor dan ex-lab mate...perjalanan dari Keningau ke Ranau...huhu.... bukan calang-calang orang boleh memandu kenderaan di kawasan seumpama itu...dan aku bercita-cita agar suatu hari nanti aku boleh...
sebelum memulakan perjalanan..study dulu peta..takut nti termakan buah langsat..
Kali ini aku cuba mengasah bakat yang terendam iaitu snap gambar dari jendela kereta..
No comments:
Post a Comment