Setelah membuat pendaftaran....dan menunggu lebih kurang 45 minit....sehingga aku dan suami terlelap di ruang menunggu....almaklumlah penat beraya....sedar2 jer nama zie dipanggil nurse....zie ditemani suaminyer masuk ke dalam bilik Consultant DR. Ram Padman....tak semena-mena jantungku berdegup pantas....beberapa minit kemudian....zie dan suaminyer keluar.....zie senyum dan seraya berkata...."Kak Yati jangan takut....Dr Ram tu baik...suka buat lawak....."....Dengar kenyataan zie tu sedikit sebanyak mengurangkan perasaan gementar aku....sebenarnyer aku takut mendengar keputusan y bakal aku terima....mudah-mudahan aku dijauhkan penyakit2 y kronik....tak lama kemudian namaku dipanggil.....aku dan suami bergegas masuk....setelah bersoal jawab....aku di scan....Dr Ram mendapati aku mempunyai Cyst di ovari kanan sebesar 23.9 x 19.6 mm....
Objek bulat berwarna hitam iaitu Cyst di ovari kanan...
Aku dan suami terkejut....lantas bertanya...."Cyst! Cyst tu ape DR?"....Dr Ram menerangkan dengan panjang lebar tentang Cyst.....aku melihat Dr Ram seolah-olah tidak memandang serius kes aku ni.....Dr Ram menyatakan bahawa Cyst ni terjadi kepada ramai org....dan aku harus datang lagi...untuk melihat kategori Cyst y aku alami....Dr Ram menyatakan kesihatan aku tak stabil disebabkan stress....bila direnung kembali pada awal tahun ni aku mengalami byk tekanan.....aku stress dgn bos....stress bawak kete.....yelah x berapa cekap lagi drive...stress nak viva.....tapi skrg hidup aku dah semakin ok.....y tak tahannyer pada akhir perbualan.....Dr Ram menanyakan aku pasal drive kete....akupun dgn bangganyer mengaku dah semakin terror drive kete....sikit pun tak der calar.....eksen konon.....hehehe.....
Bila sampai di rumah......Disebabkan sifat ingin tahu dan bimbang....Aku pun memulun mencari info tentang Ovarian Cyst.....
Ini adalah info y aku perolehi dari internet....
Bila sampai di rumah......Disebabkan sifat ingin tahu dan bimbang....Aku pun memulun mencari info tentang Ovarian Cyst.....
Ini adalah info y aku perolehi dari internet....
Ovary
Ovary adalah perkakas penting dalam peranakan wanita. Ia mempunyai dua tugas penting;
- Mengeluarkan telor/benih setiap bulan untuk kesuburan wanita.
- Mengeluarkan hormon hormon ‘estrogen’ dan ‘progesterone’ yang penting untuk sifat sifat kewanitaan, kejelitaan dan kegharaihan seks
Cyst dan kategori cyst
Berbagai penyakit boleh menimpa kilang ovary, kebanyakannyer adalah 'Cyst'. Cyst yang biasanya mengandungi air, lendir, darah kotor, lemak. Dalam ‘Dermoid cyst’ d iantara kandungan yang aneh ialah rambut, cartilage, gigi dan tulang.
Ada ‘cyst’ yang wujud secara sementara sahaja saperti ‘follicular cyst’ yang mengandungi air atau ‘Corpus Luteal Cyst’ yang sering mengiringi peringkat awal kehamilan dan mengandungi darah dan lendir. Cyst tersebut biasanya tidak perlu dibedah dan boleh pecah secara spontan dan cecair diserap oleh badan.
Tumbuhan atau ‘Tumour’ pada ovary merangkumi yang ‘benign’ atau bukan kanser dan yang ‘malignant’ iaitu jenis kanser.
Tanda-tanda Cyst.
1. Banyak kali ‘cyst’ dan ‘tumour’ pada kilang ovary dijumpai secara kebetulan, ketika wanita berkenaan sedang menjalani pemeriksaan untuk tujuan lain. Tidak ada tanda dirasai.
2. Gangguan dalam pusingan haid saperti lambat atau tidak datang pada waktu yang di jangkakan, haid tidak teratur saperti diluar waktu haid atau ia datang sedikit sedikit tetapi berpanjangan.
3. Mandul atau kurang subur atau berulang kali gugur.
4. Sakit senggugut, sakit waktu persetubuhan atau sakit perut tanpa mengira masa.
5. Perut membesar tanpa hamil.
6. Putus haid pada umur yang muda (Premature menopause)
7. Gangguan kencing atau air besar.
8. Dalam kes kanser ovary diperingkat lambat – hilang selera makan, susut berat badan, perut kembung, sakit pinggang dan letih lesu.
p/s: AWAS JANGAN TUNGGU TANDA. BUAT PEMERIKSAAN PAP SMEAR DAN UJIAN ‘VAGINAL ULTRASOUND’ SETAHUN SEKALI.
7 comments:
perut membesar tanpa hamil????
= buncit la tuh.... huhuhuh
= takut gak neh
k sita pegilah check...baru tau tahap kesihatan kewanitaan kita...hehe...
ais tu kak yati, mcm mane nk bagi ok balik? kena makan ubat ke?
dulu ms nadiah kat matrix bila scan, Dr kata ada cyst. gi klinik pun sbb dah 6 bln period nadiah tak dtg. jumpa pakar bbrp kali sambil2 tu usaha cara alternatif utk hilangkan cyst. jumpa sorg pak haji (lupa dah mcm mana cara rawatannya tapi dia baca ayat2 suci la antaranya), alhamdulillah lps tu bila scan sekali lg takde dah..
kak yati kena continue gi jumpa Dr nak tau cyst kak yati tu. kalau perlu jumpa pakar, pergi la. jgn tangguh2. mcm kwn mak nadiah, dia duk tangguh2, sampai besar dah cyst dia. Dr suruh operate pun dia tak buat lg sbb dia takut
kalau ada kenal dgn mana2 ustaz yg tahu rawat, blh cuba juga tapi cari yg dipercaya la. jgn guna bomoh..mengarut je tu
Farhana...x der ubat...kalu cyst tu jadi besar...kena operatelah...harap2 cyst k yati pasif...huhu..takutttt...
ooo ye ke..takutttnyer...ma cih nadiah atas info y sgt bguna..nanti bulan depan k yt nk pegi check lg...
blh x bg gambaran mcm mana cysts tu. ad x tanda dia kat bhgian luar badan kita? musykil la. sbb bengkak kat bhgian tu.
Post a Comment