MARI BACA DOA

gif islamic

Wednesday, 11 April 2012

11 April 2012

Hari ni umur Solehah dah mencecah 5 bulan...ini bermakna bulan depan Solehah dah boleh makan solid food...so tidaklah bergantung kepada susu ibu sahaja...Alhamdulillah...aku berjaya setakat ini dan semoga Allah menolong aku meneruskan penyusuan susu ibu sampai umur Solehah dua tahun...





Dan petang tadi, aku dan family kecilku ke pasaraya Tesco Sg Petani Selatan....setelah suami memarking kereta...kami bertiga berjalan menuju ke pintu masuk....kami pelik melihat ramai orang berlari-lari meluru keluar dari Tesco....aku dan suami terpinga-pinga...lantas suami bertanya kepada salah seorang yang berlari....menurutnyer...Tesco bergegar....huhu....apa lagi kelam-kabutlah aku dan suami...terbantutlah hasrat kami nak membeli barang dapur....pada mulanyer aku ingatkan gegaran itu disebabkan kelemahan sistem konkrit bangunan...iyerlah bila kelihatan banyak keretakan....langsung tidak terfikir di fikiran yang gempa bumi telah berlaku...huhu....


Aku masih tertanya-tanya....dan aku saja buka facebook...kot-kotlah ada yang update pasal kejadian di Tesco tadi...mmm rupa-rupanyer dah kecoh pasal gempa bumi di Acheh Indonesia...agak kuat jugaklah sehingga gegaran dapat dirasai di seluruh pulau pinang dan beberapa tempat lain...gegaran yang rekodkan adalah 8.9 skala richter....dan dijangka ombak tsunami akan melanda pantai Georgetown pada pukul 9 malam ni dan manakala pada pantai Port Dickson pada 2 pagi nanti....Ya Allah...kau selamatkanlah seluruh keluargaku, para muslimin dan muslimat dari bala bencana dan musibah ini...




No comments: