Hehe entry pembuka di tahun baru menceritakan bahawa aku dan suami dengan secara rasminyer telah melanggar satu prinsip iaitu "no tv at home"...
Seperti dalam entry "Hahhh-tak-der-tv".....dan ini disebabkan gara-gara harga TV yang semakin murah....haha....sebenarnyer ia bukan sebab utama kami membeli TV....ada jugak sebab-sebab lain....
Lebih 3 tahun aku hidup tanpa ada TV di rumah.....iaitu start Disember 2009....selama tiada TV....hidup aku ok ja...tiada halangan nak ke mana-mana....tidak terikat dengan waktu....
Aku teringat kalu zaman dulu-dulu....kalu arwah ayah ajak ke mana-mana....mesti aku akan cakap....ala kita keluar pukul sekian-sekian.....sebab ada cerita itu-ini....kadang-kadang arwah ayah jadi fed up dengan perangai anak-anak dia....huhu....
Sekarang bila dah ada TV....aku rasa fanatik aku terhadap drama-drama di TV dah semakin kurang...aku dah tak heran....kalu free tengok....pendek kata sekarang ni TV dah tak berapa bagi kesan kat aku....aku tak pasti adakah ini mungkin kesan sebab lama tiada TV di rumah ataupun sebab tak install antenna lagi....hehe....apa-apapun aku berharap yang aku boleh maintain baik dan tidak menjadi fanatik seperti zaman-zaman dulu....
*p/s: Ini adalah gambar pertama yang ditangkap menerusi camera baru....hehe....Insya Allah lepas ni gambar-gambar dalam blog ini akan bertambah jelas dan cantik...hehe...