MARI BACA DOA

gif islamic

Thursday, 25 February 2010

Cuti semasa tahun baru cina

Kukira masih belum terlambat untukku menceritakan aktiviti aku dan keluarga semasa cuti hari raya cina yang lepas dalam entry blog kali ni...apakan daya kuselalu kalah dalam perebutan ladtop...suamiku sentiasa juara...inipun berpeluang menulis disebabkan suamiku ada urusan di KL...hehe...bolehlah mengarang..sambil2 prepare untuk VIVA...huhu..

Sepanjang cuti sempena tahun baru cina baru-baru ini..walaupun bukan raya puasa atau raya haji..akupun turut tumpang seronok...hehe..al maklumlah cuti kan...cuti selama 4 hari ini aku memanfaat sebaiknyer..penuh dengan aktiviti kekeluargaan..

Aku dan suami bersepakat untuk balik ke Pahang...baru kini kami berpeluang untuk pulang ke Pahang setelah dua bulan kami bergelar suami isteri..aku diberi pilihan samada ingin pergi berbulan madu atau balik Pahang..tanpa berfikir panjang mulutku memberi jawapan..balik Pahang..tak terucap betapa rindunyer aku kepada keluargaku..aku sanggup berkorban untuk tidak pergi berbulan madu..semoga Allah sentiasa memelihara hatiku untuk sentiasa menyambungkan silaturrahim..jauh, sibuk keje dan ekonomi tak berapa kukuh bukannyer alasan untuk tidak pulang menziarahi mereka..sesungguhnyer pelbagai rintangan akan datang jika kita ingin berbuat kebaikan..

Dia yang menjadi tunggangan kami...diperkenalkan..namanyer Kontot..


dan tetamu kehormatnyer adalah...kami berdua..selaku pembawa cerita..


balik kampung...hoho..balik kampung..hati girang...


Aktiviti pertama...pada 13/2/2010...sambutan hari jadi adik-adikku..wo dan solihin..sebenarnyer besday wo dah lepas iaitu 1/2/2010..tapi buat serentak dengan solihin..13/2/2010..masing2 dah berumur 19 dan 12 tahun...rupa2nyer dah besarpun adik2 ku..masih terasa seperti mereka baru berada di atas dukungan aku semalam..begitu pantas masa berlalu..

semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..

Aktiviti kedua...15/2/2010...makan beramai-ramai di Steak House Kuala Lumpur...disertai oleh ahli2 keluarga sebelah suami..

antara yang memeriahkan..


along dan bang long


serta anak-anaknyer yang comel.. adik afiq dan adik anas


zi dan ayus...pasangan romantikus de amor..


pemandangan KLCC dari kampung baru...


Aktiviti ketiga iaitu pada 16/2/2010...pagi-pagi lagi...suami membawaku pusing2 KL naik LRT..kononnyer..nak ajar aku naik LRT...huhu..almaklumlah..orang desa...rasa macam orang penan pun ada...huhu..lepas tu...kami singgah sebentar di KLCC...kami masuk ke PAMERAN PETROSAINS...lama gak kami terperangkap kat sini..bagus jugak kalu bawak anak2 yang sedang membesar...bolehlah mereka mempelajari dan memahami sains dalam kehidupan...dan petangnyer kami bertolak balik ke Sg Petani, Kedah...
Aktiviti keempat iaitu 17/02/2010...makan lagi..hehe...sebenarnyer ini sempena menyambut besday mak mentuaku...yang ke berapa yer mama... :-)

Happy Besday mama...Lokasinyer di RADIX PIZZA, Sg Petani

Cuti dah selamat habis..tak puas rasanyer...huhu...bermulalah keje..