MARI BACA DOA

gif islamic
Showing posts with label Seni kreatif. Show all posts
Showing posts with label Seni kreatif. Show all posts

Thursday, 8 March 2012

Menternak labah-labah

Ini bukan labah-labah hiduplah....Hehe...ni adalah hasil keja seni suami...Sebenarnya suami nak letak labah-labah ni kat cermin belakang kereta...tapi aku tak berapa bersetuju...sebabnyer takut mengganggu  penglihatan di belakang...aku kan tak berapa nak terror memandu...

Kalu kalian nak tahu....kat dashboard belakang kereta aku...kosong ja...biasanyer orang akan letak bantal...kadang-kadang bunga pun ada...bila kosong pemandangan jadi jelas..sesuailah untuk pemandu yang tak berapa cekap macam aku...

At last...labah-labah tu diletakkan kat dinding bilik....jadi gak hiasan...huhu...







*p/s: Hari ni aku dan suami EL sebab bawak Solehah pergi Klinik...Solehah demam panas...on off...on off...dah lebih tiga hari lepas kena suntikan imunisasai kat klinik...dan dah tiga hari aku dan suami tak cukup tido...huhu...



  

Thursday, 3 November 2011

Projek sarung bantal dan tilam baby...




Alhamdulillah...hari ni projek sarung bantal dan tilam baby berjaya ditamatkan dengan sempurna....walaupun dah last minute....hehe....terasa bangga pulak kerana ia adalah 100 % hasil tangan aku sendiri dan ianya dijahit menggunakan jahitan tangan....rasa macam tak percaya jer....hehe.....

Al maklumlah sekarang dah jadi full time housewife.....banyaklah masa....bila dah berjaya siapkan mini projek ni....tiba-tiba teringin pulak nak beli mesin jahit...hehe....bolehlah jahit baju anak ke....langsir ke....apa-apa jer ..... :-D ....bolehkan abang.... :-P

Saturday, 3 April 2010

Snap picture dari jendela kereta

Pada 20 dan 21 hb 3 yang lalu, aku dan suamiku pegi ke Kelantan untuk menziarahi Tok Ki...kukira ini adalah tindakan drastik..ekoran rasa tidak sedap hatiku..kebetulan pula aku cuti...pada awalnya..suamiku  agak keberatan...disebabkan suamiku memang tidak berapa arif dengan selok-belok jalan ke Kelantan...perjalanan menggunakan Lebuh raya Timur-Barat dikatakan agak mencabar berbanding perjalanan menggunakan Lebuh Raya Utara-selatan....bentuk muka buminya yang berbukit-bukau..jalannya yang berbengkak-bengkok...dikelilingi hutan...ditambah pula kekurangan kenderaan melalui kawasan  ini...bertambahlah sunyi...keadaan seperti ini sedikit-sebanyak mengingatkan aku tentang ekspedisi yang amat mencabar ketika di Sabah...semasa menjalankan kajian tentang herba2 bersama  ex-supervisor dan  ex-lab mate...perjalanan dari Keningau ke Ranau...huhu.... bukan calang-calang orang boleh memandu kenderaan  di kawasan seumpama itu...dan aku bercita-cita agar suatu hari nanti aku boleh...

sebelum memulakan perjalanan..study dulu peta..takut nti termakan buah langsat..

Kali ini aku cuba mengasah bakat yang terendam iaitu snap gambar dari jendela kereta..



Sunday, 31 January 2010

Jalan-jalan snap gambar

Pada hari minggu yang lalu, aku dan suami ditemani Njang dan Adik Nor...berjalan-jalan di sekitar rumah Njang..boleh dikatakan semua tempat di sini mempunyai pemandangan yang indah-indah...ternyata aku sungguh bertuah..dapat menghayati suasana kampung..jauh dari hiruk-pikuk kota..insan seperti aku...sangat sukakan keindahan alam semulajadi..apabila melihat keindahan alam segala permasalahan hidup dapat diredakan buat seketika..


Walaubagaimanapun, keindahan alam kini kian terhakis dek kerakusan manusia mengejar keindahan alam ciptaan mereka sendiri..yang berorientasikan konkrit..dan kepura-puraan..

Tuesday, 5 January 2010

Hobi baru

Gara-gara selalu mengodak blog..dan selalu terjumpa gambar-gambar yang cantik dan unik...maka timbullah satu hobi baru...iaitu snap gambar...salah satu blog yang sering aku kunjungi adalah blog aku dan sekeliling ....bagiku penulis blog ini mempunyai seni snap gambar yang agak unik...dia pandai mencari angle yang cantik..hinggakan gambar yang disnap dapat menceritakan keadaan yang sedang berlaku...hehe...ajaibkan?

Terus terang aku katakan..aku amat mengagumi kebolehannya...termasuklah suami aku..apa lagi..dengan berbekalkan kamera CANON...bermulalah aktiviti snap gambar...dalam banyak-banyak gambar yang disnap...aku terjumpalah beberapa gambar yang menarik perhatianku...semuanyer gambar yang disnap oleh suamiku...yang aku snap tak der...haha...sebenarnya bakat aku masih terendam...

imej pokok dijelaskan dan imej subjek dikaburkan


cincin tergantung


Cincin di atas stering kereta

gambar cincin dihadapan flip-flap

p/s : Husnalah idola kak yati.. :-P