MARI BACA DOA

gif islamic
Showing posts with label Santai-santai. Show all posts
Showing posts with label Santai-santai. Show all posts

Tuesday, 26 February 2013

Pandai masuk...tak pandai keluar...

Hehe...Macam-macam hal...Suatu petang hari cuti....tak ingat bila....bulan lepas kot....

Tiba-tiba jer terdengar bunyi Solehah menangis....jenuh mencari....rupa-rupanyer dok bawak kerusi sofa....huhu...apa lah anak umi ni....Pandai masuk...tak pandai keluar....then cepat-cepat aku ambil camera and snap picture...hehe...bukan nak selamatkan Solehah dulu...huhu....comel tu untuk jadikan sebagai kenangan....bila besar nanti...boleh tunjuk kat Solehah...hehe...

Macamanalah Solehah boleh termasuk kat bawah kerusi ni....mungkin dia nak amik somethinglah tu....






Ala kesiannyer anak umi ni....


*p/s : Semalam ibu jari kaki Solehah terluka....tak tahu kena apa....banyak juga keluar darah...apalagi Solehah menangis menjerit-jerit apabila tengok kakinyer banyak darah....mmmm...menurun sebijik perangai uminyer....penakut....huhu.....


Monday, 15 October 2012

Macam gangsterpun ada...

Serius banyak entry aku yang tertunda...sampai ada entry yang tak berapa sesuai nak dipostkan lagi sebab dah terlalu lama...huhu...boleh dikatakan sekarang ni aku agak busy....busy dengan Solehah....busy dengan keje...busy dengan study....busy nak pindah rumah...busy nak packing barang...beli barang.....macam2 hal....tapi sebenar-benarnyer aku busy layan movie kat youtube...haha....opsss....muka buat macam tak bersalah jer....huhu.....

Buat masa ni, aku suka nak buat entry ni dulu....Nanti bila-bila ada kelapangan dan kestressan melanda...barulah entry2 yang tertunda tu akan menyusul....hehe....

Kelmarin petang, Sewaktu aku, suami dan Solehah pergi jalan-jalan cari barang untuk rumah baru di SP...aku terjumpa notis ni....mmm...sekali baca macam gangsterpun ada....mungkin sebelum ni ada yang tak berapa faham apa yang disampaikan....makanyer notis sebegini dikeluarkan...







Aku memerhatikan kesedaran SIVIK rakyat Malaysia memang di tahap yang parah....bila difikirkan....jika attitude ni tidak berubah...tak mustahil satu hari nanti generasi akan hidup dalam sampah-sarap....(Penulis blog Diari hidupku prihatin, bagaimana anda?...hehe....)....



Thursday, 13 September 2012

Gelagat Solehah bila pegang stereng...


Waaaa....rupanyer dah lama aku tak bercerita mengenai perkembangan anak kesayanganku, Solehah...bulan ini Solehah dah masuk 10 bulan...Alhamdulillah...kini aku masih menyusukan Solehah sepenuhnye...Tahniah buat diriku...hehe....tapi satu perkara merisaukan aku...adalah berat badan Solehah yang tak banyak berubah....Solehah seperti kurang berselera apabila makan....aku dan suami tak tau nak buat macamana...kalu keluar dan berjumpa dengan orang ramai....pasti mereka bertanya dan selalu ingat Solehah baru 5 bulan...sebenarnyer merekapun pelik...tak kan baby lima bulan dah boleh bangun berdiri....disebabkan badan Solehah sedikit kecil...mmm muda separuh umur tu....kalu umi nampak muda separuh umur macam tu kan bagus...hehe....sweet 15 tu...haha....

Macam2 gelagat Solehah....terasa terhibur bila tengok telatah anak umi ni...hati yang nak marah tak jadi...Sekarang ni bila nak hantar Solehah ke nursery atau nak ambil Solehah dari nursery, aku hanya meriba Solehah sambil drive kereta...sebenarnyer memanglah berbahaya...tapi disebabkan jarak rumah dan nursery terlalu dekat...so tak lah bahaya sangat kan...hehe....kalu polis nampak...selamattt....padahalnyer rumah anggota polis hanya selang sebuah dari rumah sewa aku...hamtam sajerlah labu....






Bila Solehah pegang stereng kereta, dia pasti akan buat bunyi moto dengan mulut...siap dengan gaya sekali....hehe...comel jer...mmm pastu sekarang ni dia dah pandai main signal, lampu dan wiper....tak boleh biar duduk kat depan lama2....kalu tak....boleh habis air sabun untuk cermin depan...Solehah...Solehah...Solehah....so memang tak hairanlah jika kedengaran suara jiran belakang rumah sewa aku menengking memarahi anak-anaknyer....kini baru aku faham....mmmmm....


*p/s: Hari Sabtu ni, SAMM nak datang audit lab aku...huhu...serius aku stress....harapnyer Allah permudahkan urusan aku....Ameen....




Monday, 16 July 2012

Kitab Cinta...



" Cintaku buatmu bagaikan huruf-huruf yang terpateri di setiap helaian kitab "



Kata-kata puitis dan watak-watak para pelakon telah memperlihatkan bertapa indahnya hidup jika berlandaskan syariat islam membuatkan aku jatuh cinta pada drama ni....Drama Kitab Cinta lakonan Nur Fazura dan hero dari seberang Hardy Hartono ni telah ditayangkan di tv Al Hijrah tahun lepas. Drama arahan Erma Fatima ni adaptasi dari sebuah novel Kitab Cinta tulisan Taufiqrahman.  


Sinopsis Kitab Cinta dari Novel Taufiqrahman



Kisah bermula dengan kehadiran tujuh orang mahasiswa dan mahasiswi untuk membuat kajian di Kampung Telagasari. Kumpulan tersebut terdiri dari Rindu,Dewi, Intan, Zulaikha, Dicky, Doni dan Rangga. Di sana mereka telah bertemu dengan dua orang sahabat yang cukup akrab Umar dan Yusuf. Umar merupakan seorang mahasiswa sebuah universiti di kota manakala Yusuf hanyalah seorang pemuda yang mengabdikan diri pada kampung sahaja oleh kerana dihimpit kemiskinan.
Cinta Zulaikha terhadap Yusuf dinyatakan melalui surat-surat Zulaikha yang dikirimkan kepada Yusuf sekembalinya ke kota. Namun Yusuf dengan berhati-hati membalas surat tersebut agar tidak memberikan pengharapan mahupun tidak melukakan hati Zulaikha.
Namun begitu tanpa disedari, Atikah teman sekampung serta jiran Yusuf turut mencintainya secara senyap-senyap. Perkara ini menjadi buah mulut orang kampung mengenai dua gadis yang mendambakan cinta Yusuf. Ianya membuatkan Yusuf dan ayahnya Ya’kub menjadi serba salah. Apatah lagi Atikah dan ibunya menggunakan pelbagai cara untuk menawan hati Yusuf. Maka timbulah fitnah yang diada-adakan oleh ibu Atikah terhadap Yusuf yang menyebabkan dia membawa diri jauh ke kota demi mengelak berlakunya fitnah yang lebih buruk.
Manakala Zulaikha pula oleh kerana kerinduan cintanya kepada Yusuf, telah mengambil keputusan untuk pergi menemui Yusuf di desa Telagasari. Namun, ternyata kedatangannya itu agak terlewat kerana Yusuf telah pun membawa dirinya ke kota. Maka Zalaikha nekad untuk tinggal di desa itu demi menjaga Ya’kub, ayah Yusuf walaupun ditolak orang tua itu. Zulaikha tinggal bersama Atikah dan ibunya tanpa mengetahui bahawa Atikah dan ibunya telah merancang untuk menghancurkan cinta Zulaikha dan Yusuf dengan memasukkan Umar, sahabat baik Yusuf sendiri sebagai orang ketiga. Maka oleh kerana kesunyian tanpa Yusuf, cinta Zulaikha telah beralih arah kepada Umar.
Di kota, Yusuf bekerja sebagai tukang pengilap kasut disebuah Masjid. Dia juga turut mendapat kepercayaan tuan imam untuk bertugas secara sambilan sebagai muazzin dan penceramah. Disitulah yang membawa kepada pertemuan dengan Ahsin Wijaya, ayah Zulaikah tanpa pengetahuannya. Pak Ahsin begitu tertarik dengan akhlak Yusuf sehinggakan dia menawarkan Yusuf untuk bekerja dirumahnya sebagai tukang kebun. Pak Ahsin telah menguji keikhlasan dan amanah Yusuf dengan beberapa kejadian, namun ternyata Yusuf adalah kuat imannya.
Di desa Telagasari, penduduk heboh memperkatakan bahawa Zulaikha dan Umar akan berkahwin. Ramai penduduk yang mengutuk serta membenci Zulaikha dan Umar. Bagi mereka, Zulaikha merupakan seorang yang munafik dalam cintanya terhadap Yusuf. Manakala Umar pula merupakan penjahat yang sanggup menikam sahabatnya sendiri Yusuf dengan merampas cinta Zulaikha.
Tapi segala-galanya terbongkar pada hari pertunangan antara Umar dan Zulaikha. Bersaksikan semua hadirin termasuk Yusuf dan ayahnya, Umar mendedahkan bahawa Umar sengaja berbuat demikian seolah-olah mencintai dan akan mengahwini Zulaikha demi keselamatan Zulaikha sendiri. Umar tahu perancangan jahat Atikah dan ibunya, lalu berpura-pura mencintai Zulaikha agar Zulaikha terselamat dari perancangan yang lebih jahat lagi. Umar memberitahu dia sekali-kali tidak akan tergamak untuk menghancurkan cinta sahabatnya sendiri. Lalu menyerahkan Zulaikha kepangkuan Yusuf dengan selamatnya.


*p/s: Kata sibuk...tapi sempat layan drama...haha....

Tuesday, 22 May 2012

What Makes You Beautiful



Buat masa sekarang...aku masih tak berapa ada idea nak mengarang entry...padahal ada banyak cerita yang aku nak cerita....mmm....maybe penat berjalan jauh tak abih lagi....di tambah pulak keje yang menimbun di ofis....al maklumlah hari sabtu ni...ada orang nak datang observe...risau jugak ni....huhu...mudah2an Allah permudahkan segala-galanyer....


So jom layan lagu ni....juga tengah top kat Hitz.FM...lagu nyanyian kumpulan One Direction....




*p/s: Malam ni pertama kali aku ajar Solehah makan...hehe...comot anak umi ni makan...




Friday, 11 May 2012

Lama sungguh tak makan ni...

Licin...

Akhirnyer...
Setelah berpantang 6 bulan...
Hari ni baru berani makan LAKSA....

Harap2 oklah...
Risau gak....

Nak kata laksa ni favorite aku...pun tak jugak...tapi lama-lama sekali tingin gak....huhu...

*p/s: Esok cuti...bestnyer lepak2 dengan famili di rumah... 


Sunday, 19 February 2012

Filem KAMI 1982

Hujung-hujung minggu macam ni....aktiviti yang boleh aku lakukan bersama-sama Solehah...tanpa memerlukan tumpuan......santai-santai jer....seperti aktiviti melayan movie melalui Youtube....ketika aku mencari-cari apa movie yang menarik untuk ditengok...terjumpa filem ni....KAMI...lakonan pertama Allahyarham Sudirman Haji Arshad iaitu pada tahun 1982...sebenarnyer dah lama aku mencari movie ni...tapi tak terjumpa....huhu....seingat aku.....aku pernah menonton filem ni semasa aku kecik....tapi aku tak ingat bila...sedih giler cerita ni....huhu....banyak pengajaran yang didapati daripada cerita ni....
  




Sinopsis

KAMI mengangkat watak Tookoo, remaja berusia 17 tahun yang inginkan kebebasan dan mencari kehidupan sendiri. Hobinya suka menyanyi. Namun, taraf pelajaran Tookoo yang terkandas setakat darjah lima tidak menjanjikan apa-apa dalam hidupnya. 



Ibunya sudah meninggal dunia, dia tinggal bersama ibu tiri dan bapanya.


Lalu, dia cuba berjuang meneruskan hidup dengan melakukan sebarang kerja yang dapat memberikannya sesuap nasi. Disebabkan tidak serasi dengan ibu tirinya, dia berhijrah ke Kuala Lumpur. 


Di sana, Tookoo bertemu dengan Din, seorang kanak-kanak terbiar berusia 11 tahun yang buta huruf. Din tinggal bersama makciknya yang selalu menderanya. Oleh sebab itu, Din pun melarikan diri dan ingin mencari ibu kandungnya. 


Suatu hari semasa hujan, Din minta berteduh di tempat berlindung Tookoo iaitu sebuah banglo yang ditinggalkan. Bertemu Tookoo membuatkan Din rasa dihargai meskipun pada mulanya kehadirannya kurang disenangi Tookoo. Mereka tinggal dan mencari pekerjaan bersama dalam situasi gembira malah Din menganggap Tookoo umpama seorang abang dan juga bapa bagi dirinya.

Sejak itu, Din dan Tookoo menjadi kawan baik. Di situlah bermulanya “KAMI”. Pelbagai bentuk halangan dan rintangan yang mereka hadapi dalam meneruskan hidup.

Begitu pun, kehadiran pegawai kebajikan masyarakat untuk mengambil Din yang dianggap tidak memiliki keluarga menimbulkan situasi sedih keduanya. Mereka terpaksa berpisah kerana Tookoo juga beranggapan Din wajar tinggal bersama keluarga angkat untuk meneruskan persekolahannya.


Sumber: http://chedinsphere.blogspot.com/2011/03/sudirman-sudirman-hj-arshad-25-mei-1954.html



Jika kalian tengok citer ni....mesti kalian perasan...pada tahun 1982....harga jagung rebus sebatang RM 0.20....tapi selepas 30 tahun...harga jagung rebus naik 7 kali ganda....iaitu sekarang lebih kurang  RM 1.50...huhu...sekarang serba-serbinyer mahal....

Thursday, 19 January 2012

Gambar dari lensa kamera berbeza....

Cuba kalian perhatikan betul-betul dua gambar di bawah....yang mana lebih menarik?


Gambar 1


Gambar 2


Yang pasti camera berkualiti akan menghasilkan impak yang juga berkualiti....no wonderlah jika kita akan nampak muda, ceria dan menawan dalam gambar2 tertentu....dan jangan terkezzut jika dalam gambar yang lain kita akan nampak tua...hehe....

*p/s: The moral of this entry is aku nak cerita kat suami....camera berkualiti akan dapat hasilkan gambar cantik...dan harganyerpun berkualiti....ala sebenarnyer kalu bab2 ni suami memang lagi expert dari aku....huhu....tak sabarnyer nak ada camera tahun depan....

Saturday, 14 January 2012

Gambar hari terakhir 2011

Entry ni adalah sambungan dari entry yang lepas iaitu:




Jom layan gambar hasil tangkapan En Suhardi....senior suami...buat masa ni terpaksalah menumpang camera orang...huhu....

Lokasi pertama: Di rumah pengantin lelaki, Azizi yang bertempat di Kg Alor Panggas, Perlis.


Tahniah kepada Azizi dan pasangan...
semoga berbahagia hingga ke akhirat dan diberkati Allah..



Bagi penghormatan kepada cameraman dan famili...
Suhardi, Ishah dan anak2nyer


Cik Wati and the gang



Giliran para suami pulak mengasuh anak...isteri makan...hehe...
Sebelah suami, Lah dan isterinyer..



selesa kami makan kat bilik ni....
terima kasih tuan rumah kerana memberi layanan yang istimewa..



bergambar sebelum balik...


Lokasi kedua: Padang Besar.


 Pak Njang Husni dan famili



Jamil dan anak-anaknyer



Lokasi ketiga: Wang Kelian


Tak der gambar sebab bila kami sampai jer...kedai2 dah tutup....


Lokasi keempat: Restoran ikan bakar di Kuala Perlis


lapaq sungguh ni...
Dah abih makan baru teringat nak snap gambar...
cameraman lapaq...huhu...


Lokasi terakhir: Alor Setar


Solehah dah meragam...nak tido...huhu...


Saturday, 31 December 2011

Entry ke 100 untuk 2011


[sumber: Facebook]

Sebenarnyer tak der citer pun nak ditulih kat sini...saja nak cukupkan 100 entry untuk tahun ni...hehe...

2011 bakal melabuhkan tirainyer...meninggalkan peristiwa2 yang berlaku....menjadi kenangan pahit dan manis yang hanya terpahat di laman diari hidupku....segala yang baik dijadikan amalan manakala yang buruk hendaklah ditinggalkan....

2012 bakal menjelma....semoga tahun depan memberikan aku sejuta kebahagian dan seribu kejayaan....sebenarnya aku sedikit gementar untuk memasuki tahun baru ni....aku bakal menyandang banyak jawatan...so tanggungjawabpun makin bertambahlah....opss kalian jangan salah faham yer....bukan naik pangkat kat tempat keje...hehe...yer lah akukan baru bergelar umi....dan insya Allah aku bakal bergelar pelajar tua pulak...so bertambahlah lagi 2 jawatan...hehe...macamanalah gayanyer nanti...mudah2an Allah permudahkan semuanyer...

*p/s: Nak ucap selamat tahun baru kat kalian ke...rasa macam malu pulak...sebab masa nak masuk tahun baru hijirah hari tu aku tak wish...huhu...

Monday, 5 December 2011

Projek terakhir tahun 2011

Sample berbaris


Dah lama aku tak tulis entry mengenai keje aku....mungkin aku agak fobia atas apa yang berlaku pada beberapa bulan lalu....sebenarnyer ini pun bukan purposely aku nak cerita pasal keje.......tadi bila dok ralit belek ladtop aku terjumpa gambar ni....hehe....ambil peluang Solehah tido.....nak layan tido macam Solehah pun penat gak....gambar ni aku snap masa pertengahan bulan Oktober...saja2 jer lah snap gambar....boring keje sorang2... 

Seingat aku masa ni lah masa yang terpaling sibuk....hehe....buat2 sibuk jer kot.... :-P berderet-deret sample dengan pelbagai test....huhu....ponat jugak...iyerlah biasanyer keje buat dua orang....tu tak tambah lagi dengan yang tepi-tepi....huhu....ok gak macam ni....barulah terbiasa dengan multitasking...
  

Thursday, 3 November 2011

Projek sarung bantal dan tilam baby...




Alhamdulillah...hari ni projek sarung bantal dan tilam baby berjaya ditamatkan dengan sempurna....walaupun dah last minute....hehe....terasa bangga pulak kerana ia adalah 100 % hasil tangan aku sendiri dan ianya dijahit menggunakan jahitan tangan....rasa macam tak percaya jer....hehe.....

Al maklumlah sekarang dah jadi full time housewife.....banyaklah masa....bila dah berjaya siapkan mini projek ni....tiba-tiba teringin pulak nak beli mesin jahit...hehe....bolehlah jahit baju anak ke....langsir ke....apa-apa jer ..... :-D ....bolehkan abang.... :-P

Wednesday, 2 November 2011

BBQ sama seperti tahun lepas

Sebenarnyer aktiviti ni dah lama...1 Oktober yang lalu....kira dah basi pun....huhu.....sama seperti tahun lepas juga.....diceritakan dalam entry:



Aktiviti BBQ ni dirancang oleh member-member tempat suami bekerja....sebenarnyer nyaris-nyaris aktiviti ni nak dibatalkan kerana pada ketika itu aku ditimpa kecelakaan (Ragut) beberapa hari sebelum hari kejadian....

Aktivitinyer juga sama seperti tahun lepas cuma yang berbezanyer, kali ni suami handle....pastu bilangan yang join juga bertambah, menu makanan yang beraneka dan yang pastinyer kali ni lebih meriah....Pada tahun lepas, aku dan suami bawak puding tapi kali ni cuma bawak lemang itupun beli lemang Pak Teh....sebenarnyer suami merancang nak bawak rendang ayam.....tapi memandangkan keadaan aku yang masih lemah masa tu....jadi terpaksa serah kepada orang lain....

Menu BBQ tahun ni:

  • Ayam bakar
  • Jagung bakar
  • Sosej bakar
  • Kerang bakar
  • Mee Udang
  • Macaroni goreng
  • Lemang dan rendang ayam
  • Rojak buah
  • Dadih
  • Air Oren

Jom layan gambar....gambar ni disnap oleh senior suami....Suhardi....tu salah satu sebabnyer entry ni lambat....


Dah waktu maghrib...baru nak start bakar....huhu...
perutpun dah nyanyi lagu irama pop rock... 



Inilah Suhardi....empunya camera...


Apa lagi...sesi makan2....hehe....semuanyer cedap.....


Aktiviti orang dewasa...
borak-borak sambil makan-makan....



Aktiviti kanak-kanak....




Aktiviti budak-budak lelaki....



Aktiviti penamat....
sesi bergambar beramai-ramai....



Kami....insya Allah bakal bertiga... :-)

  
*p/s: Kenyang sangat makan tahap gaban....nasib baik tercover dengan adanyer baby dalam perut...hehe....

Wednesday, 17 August 2011

Jalan-jalan di Penang : Hari Kedua

Entry ni tertunda-tunda ekoran pelbagai kejadian berlaku dalam bulan 7.....dan entry ini adalah sambungan dari entry yang lepas, iaitu:

Jalan-jalan di Penang : Hari Pertama

Hari Kedua
Lokasi Pertama: Tropical Spice Garden, Teluk Bahang.
Lokasi Kedua: Dusun Durian Balik Pulau
Lokasi Ketiga: Kompleks Bukit Jambul

Kami hanya snap gambar di lokasi pertama jer.....di Tropical Spice Garden.....selama hampir 10 tahun aku duduk kat Penang....baru aku tau tentang kewujudan tempat ni....nampok benor aku bukan kaki jalan....hehe...

Kalu tak silap bayaran masuk tanpa guided tour lebih kurang RM 14 per orang....



Permandangan di dalam Taman....ia macam taman rekreasi.....banyak jugaklah Mr Nyamuk....sebab tu setiap bahagian terdedah seperti tangan dan lengan pengunjung akan disapu dengan minyak serai wangi....




Penat juga kami berjalan....macam hiking bukit pun yer....huhu.....tak abihpun menjelajah....


berhati-hati berjalan sebab banyak akar kayu yang timbul


Banyak spesies pokok dan bunga....ternyata Malaysia ni memang kaya....sebenarnyer banyak lagi...cumanyer aku malas nak snap gambar....huhu....inipun suami yang snap....


 






mmm cuba lihat nama pokok ni....pelikkan?


Petang tu selepas shopping di BJ....terus balik ke SP....


Thursday, 21 July 2011

Jalan-jalan di Penang : Hari Pertama

Peristiwa ni berlaku pada 2 dan 3 hb Julai yang lalu...aku dan suami pergi bercuti di penang....mesti kalian pelik kan....aku kan keje kat Penang....pastu bercutipun kat Penang...tak boring ke...haha...akupun tak der jawapan untuk kalian....yang pasti aku tak berapa larat nak berjalan jauh...ditambah pulak keadaan ekonomi yang eko no money....apa-apapun kira bercuti jugak kan...hehe....

Hari pertama...
Pagi-pagi bertolak dari SP....
Bila sampai di Penang Bridge...suamiku telah memberhentikan kereta ke tepi untuk melihat keadaan tayar....katanyer...dia agak fobia dengan suatu peristiwa yang berlaku ketika dalam perjalanan ke Sarawak seperti yang diceritakan dalam entry ni....

Bila sampai di Penang dalam area pukul 11.00 pagi.....bermulalah episod jalan-jalan kami....

Lokasi pertama: Road Walk (Jalan Perak).
Lokasi kedua: Check-In di Coptorne Orchid Hotel Penang (Batu Feringhi)
Lokasi ketiga: Toy Museum (Berhadapan Coptorne Hotel).
Lokasi keempat: Night Market (Sepanjang jalan di Batu Feringhi).
Lokasi kelima: Nasi Kandar Beratur (berdekatan Masjid Kapitan Keling).

Di banyak-banyak lokasi yang kami pergi pada hari pertama.....aku dan suami hanya mengabadikan kenangan semasa di Toy Museum....ntahlah masa ni aku dijangkiti penyakit malas bergambar....hehe....macam-macam kerenah pulak kan....mungkin pembawakan budak kot....




Macam-macam mainan ada....yang tak tau jadi tau...huhu....mmmm kalu nak bawa anak-anak yang baru berusia 4 ke 7 tahun....kena fikir 10 kali dulu...buatnyer dia menangis terguling-guling nak mainan...haihhh....sakit kepala jugak dibuatnyer.....


Sori yer...semua gambar ni dikecikkan dan dicrowdedkan dalam satu....alah nanti kalian tak suprise pulak nak pegi kat toy museum ni....tak pasai2 nanti pihak toy museum tak dapat pengunjung pulak...hehe....


Di sini aku ada nak share satu alkisah yang berlaku kepada aku dan suami pada malamnyer gara-gara ingin memakan nasi kandar beratur....suamilah mengidam nak makan.....kira agak tragis jugaklah kisah tu...kira-kira 9.25 mlm kami masih lagi di night market...beberapa minit selepas itu kami bergegas ke area Georgetown....kata suami restoran nasi kandar tersebut buka selepas pukul 10 mlm....mungkin disebabkan malam minggu....kami terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas....tambah pulak hujan mengiringi perjalanan kami....disebabkan kami tak berapa familiar dengan jalan di area sini....termakan jugaklah 2-3 biji buah langsat.....akibat faktor-faktor itu....kami sampai lambat di restoran nasi kandar tersebut....kira-kira pukul 11.15 mlm....mmmm perut lapar tahap gaban....apa lagi perut aku pun mendendangkan macam-macam lagu....rock...slowrock, balada, irama malaysia...kalah radio SinarFM......hehe....kepalapun naik pening....sampai memuntahkan laharnyer....hello...hello....yang tu pun nak cerita ke....huh...apalah yati ni.....ok...ok...ok.....

Di hadapan restoran tersebut kelihatan ramai orang berbaris menunggu giliran untuk membeli nasi kandar.....dalam hatiku bertanya...."Macamana sedapnye rasa nasi kandar ni?"....hanya suami yang pergi beratur....aku dah tak terdaya...totally collapse...lama jugak aku menunggu di dalam kereta...kira-kira pukul 12.30 tgh mlm baru nampak kelibat suami menghampiri kereta....ya Allah...memang dugaan sungguh malam ni....

Bila dah dapat nasi kandar tu...cepat-cepatlah kami bertolak balik ke hotel....sampai jer kat hotel waktu dah pukul 1.15 pg....mmmm....makan nasi pagi-pagi buta....hehe....kalah sahur...bila dah makan nasi kandar tu....rasanyer bese-bese jer....mungkin kebetulan tu aku tak berapa ada selera....so komen aku tak boleh pakai yer....

Lepas makan....tidolah....memang bagus menternak lemak di badan....apa-apapun aku tak peduli....yang penting nak rehatkan badan.....standby energy untuk esok pulak.....


Friday, 22 April 2011

Tasbih ni boleh bawak masuk kubur…



Kata-kata To’ki ketika perbualan aku dan famili di suatu petang sekitar dua tahun lepas masih terpahat teguh di mindaku….Seingat aku saat itu.....walaupun wajah To’ki sudah  dipenuhi 1001 kedutan akibat proses penuaan tetapi dia kelihatan masih kuat….masih mampu mengawal lembu peliharaannyer…memberi makan rumput….mmm aku mengagak umurnyer kini sudah mencapai hampir 90 tahun ke atas….tulah orang zaman dulu-dulu….mengamal gaya hidup yang sihat…makan yang fresh-fresh jer….kalau orang zaman sekarang…semuanyer nak segera…matipun segera…hehehe….melalut plak….

Berbalik kepada cerita di atas… Saat itu To’ki bercerita kepada kami dengan penuh bersemangat….dia bercerita tentang ketidakpuasan hati terhadap anaknyer….iaitu bapa saudara aku yang merangkap adik mak aku kerana sering menegur tentang amalan hidupnyer…Ayah chik aku ni agak alim orangnyer…al maklumlah orang tabligh…selalulah keluar 3 hari…pakaian pun jubah dan kain pelikat jer….Ayah chik ni suka menegur tindakan To’ki…”kenapa ayah masih sibuk dengan lembu-lembu ayah tu..…jual jer lembu tu…pastu tak nampak pula tasbihnyer…jangan terlalu sibuk dengan dunia…”   

Kemudian To’ki menyambung…”kan ayah masih kuat lagi…kalu tak bekerja...nak buat ape…aaa lagi satu…. ni tasbihnyer…tasbih ni boleh bawak masuk kubur…”…To’ki bercerita sambil menunjukkan jari-jemarinyer….

Aku blur dan ingatan aku termati di situ….


Pada ketika itu, baru kutahu bahawa jari-jemari kita boleh jugak dijadikan sebagai tasbih…mmm…ajaibkan kejadian yang Allah jadikan…jari kita ada 5 dengan setiap jari ada 3 sendi…jadi kalau kita nak berzikir…buat 2 kali dan tambah sekali lagi di jari ibu…makanyer cukuplah untuk bacaan 33 kali….mmmm…mudahkan…tak payah beli tasbih dan jika kita nak berzikir di tempat awam pun orang tak tahu…

Tuesday, 18 January 2011

ikan oh ikan....

Petang Ahad yang lalu, aku mangajak suami jalan2 di Taman Rekreasi di SP....hehe....macam budak2 plak....macam2 alasan aku bagi nak tarik minat suami....haha....suamiku ni tak berapa minat pegi ke taman...tapi kalu ajak window shopping....laju jer....huhu....

Aku cakap makanan seperti biskut dan kek....banyak yang tak abis....sayangnyer....bleh jugak kita bagi makan kat ikan....sedekah.....kita dapat pahala.....hehe....nampaknyer suami macam berminat dgn aktiviti ni.....hehe...yahooo.....kali ni berjaya......

Makanan utk si ikan


Air tasik yang menghijau

Bila tengok tasik ni dan aktiviti seumpama ni....mengingatkan aku masa study kat USM dulu.....Tasik Harapan dan Tasik Aman.....macam2 kenangan ada....aku pernah buat study group kat situ......petang2 joging......bagi makan ikan.......seronokkkk.....rasa tenang jer......hilang tensen study.....mmmmm......bezanyer kat sini takde biawak....hehe......
 

"ikan oh ikan! timbullah"


Antara ikan2 yang dirai...





p/s: Harap-harapnyer nanti....aktiviti ni boleh jadi aktiviti mingguan yer.....bolehkan abg....hehe....

Monday, 10 January 2011

Cabaran yang tertangguh...

Sebenarnyer entry ni adalah rentetan dari entry tahun 2009 iaitu entry CABARAN .......lama jugak tu....aku dok peram.....haha.....sebenarnyer itupun bukan aku yang selesaikan....tapi adikku solihin yang buat....dia buat sekejap jer...akupun naik hairan.....aku yang dok menuntut ilmu melalui internet....(husna yang cadangkan web tu.....ma cih husna....)....pun tak khatam2 lagi....hehe....almaklumlah dah semakin muda....so slowlah cket....




p/s: sebenarnyer tok guru solihin adalah kakak dia...wo...

Monday, 20 September 2010

Kunjungan mengejut...

Pada hari sabtu yang lalu, aku menerima kunjungan mengejut mak, ayah mat dan adikku wo....kebetulan mak dan ayah mat pergi ke Perak....menghantar wo.....ekoran tiket bas abih.....hehehe....dapat juga beraya dgn mak dan ayah....walaupun raya dah masuk hari ke 9.....aku dan suami menjadi pemandu pelancong.....bawak mak dan ayah jalan2 ke Penang.....


Menara komtar seakan mengamit kedatangan kami...



naik feri....


amboi eksen nampak...


ada peluru tak tu...


kami...pemandu pelancong...


di padang kota lama


tangga...


pemandangan di padang kota lama....


tengok ape tu...

Pada malamnyer kami menonton wayang citer SENARIO ASAM GARAM....memang lawak....dari awal sampailah akhir....keje ketawa jer.....huhuhu....lawaknyer pun tak menjemukan...kira agak berbaloilah....

Lepas tu kami menjamu selera.....lepas makan.....sambung lagi window shopping...kat uptown.....pukul 1 baru sampai kat umah.....

Steam boat at 11.00 pm...huhu...