MARI BACA DOA

gif islamic

Thursday 25 March 2010

Kini aku...

Kini aku...
lebih tenang...
kerana...

pertama...
pada 20 dan 21/3/2010...
dapat menziarahi Tok' Ki di Hospital Raja Perempuan Zainab 2 di Kelantan....
dan dia pun makin sihat...Alhamdulillah....

kedua...
pagi 22/3/2010
bos dah tak marah lagi...dan dia nak confirmkan aku dan naikkan gaji...

ketiga...
petang 22/3/2010...
rakan sepejabatku ms lim tak jadi berhenti keje...dan dia dapat kelonggaran masa bekerja....

keempat...
pada 25/3/2010..
orang yang hampir denganku disahkan mempunyai penyakit Hepatitis tahap 1 sahaja daripada 6 peringkat...

kelima...
pada 25/3/2010..
ex-supervisor tak jadi datang ke Penang hujung minggu...aku risau sbb pembetulan tesis masih in progress...

Tuesday 16 March 2010

Sedih bertimpa-timpa

Dalam dua minggu ini, aku dikejutkan dengan banyak berita sedih...

Kejadian Pertama (ahad malam pada 7/3/2010)...
Kira-kira selepas 2 hari aku bergembira dengan kejayaanku...aku telah menerima satu berita yang amat sedih..aku telah menerima warkah dari seseorang yang agak hampir denganku...beginilah isi kandungannyer....maafkan saya kerana terpaksa merahsiakan penama....

Salam,………YYYYY  sayang……
YYYYYY, XXXXX  rasa XXXXX sudah maklum tentang penyakit yang XXXXX hadapi sekarang daripada email yang ZZZZZ hantar...
Hari ini tanggal 5 Mac XXXXX telah ditemani oleh ZZZZZ ke KMC untuk mengetahui keputusan darah yang diuji tempoh hari…
Ternyata daripada laporan tersebut XXXXX telah mengidap penyakit Hepatitis ‘C’.
Penyakit ini diketahui daripada scan dan ujian darah yang dibuat.
Didapati hati XXXXX kasar dan limpa XXXXX besar sedikit. Ini menunjukkan hati XXXXX ada masalah dan dikatakan Hepatitis ‘C’ penyakitnya.
Hari ini XXXXX sekali lagi diambil darah diuji untuk mengetahui peringkat Hepatitis C yang XXXX alami. Dua minggu lagi iaitu pada 19 Mac XXXX akan mengetahui berita itu.
YYYYY, tidak apa yang XXXXX harapkan atau perlukan daripada YYYYY, XXXX hanya perlukan doa seikhlasnya supaya penyakit yang XXXX hadapi tidak ke tahap yang merbahayakan.. Berdoalah untuk XXXXX sayang. Dengan doa YYYYY Insyaallah Allah akan makbulkan doa kita dan penyakit XXXX akan mudah diubati..
Setelah keputusan itu diketahui XXXX perlu buat rawatan. Kos perbelanjaan sangat mahal. Tapi itu kita ada jalan ikhtiarnya…. Berdoa sahaja kepada Allah…supaya memudahkan semua urusan ini.
YYYYY, semuanya telah ada keluarga. Jadilah YYYYY dan YYYYY yang soleh dan solehan pada pasangan masing-masing. XXXX rasa bahagia dan bertuah kerana YYYYY telah dijodohkan dengan orang yang baik. YYYYY jadilah YYYY  yang bertanggungjawab, bimbinglah YYYY ke jalan yang diredhai Allah….
YYYYY belajarlah bersungguh-sungguh….jangan sia-siakan harapan keluarga terutama ZZZZ.. pengorbanan sangat penting untuk mencapai kejayaan.
Ok… jangan risau kesihatan XXXX, XXXX akan tabah menempuh semua dugaan ini. Berilah sokongan kepada XXXX supaya XXXX akan lebih kuat dan sihat seperti sediakala. Ok. XXXX sayang semua YYYYY ,YYYYY dan YYYYY. YYYYY semua adalah yang paling berharga dalam hidup XXXX dan ZZZZZ. LU all……….

Apabila selesai membaca warkah ini...air mataku gugur dan jatuh mencurah-curah...semalaman aku menangis...pengajaran buat aku...aku kena belajar menghargai orang disekelilingku...bagiku sukar menerimanyer...tapi kita sebagai hamba Allah harus akur dengan ketentuanNya...pasti ada hikmah disebalik kejadian...

Kejadian Kedua (pagi isnin pada 8/3/2010)...
Pada keesokkan harinyer, aku seperti biasa....dengan rutin harianku...apabila sampai di tempat kerjaku...aku dapati dua orang staff senior telah ambik MC n cuti..huhu...tinggallah yang tak berapa terror....huhu...rupanyer hari ni merupakan hari yang paling dashyat bagiku...aku tidak akan lupa hari ni sampai bila-bila...kira-kira macam FEAR FACTOR lah...aku kena marah giler2 dengan Bigboss...gara-gara malas bertanya...aku tak kisah kena marah..memang adatlah...budak baru belajar...tetapi cara Bigboss aku marah...aku betul3 tak boleh terima..dia menghina...seolah-olah aku ni tak der maruah...aku tak dapat menahan sebak...air mata yang jatuh mencurah-curah...bagaikan hujan yang sangat lebat ....kira seharian jugaklah aku menangis...dahlah bengkak yang kelmarin pun belum surut...tambah lagi...

Kejadian Ketiga (selasa malam pada 9/3/2010)...
Sedang enak aku dan suamiku menjamu selera di gerai makan yang terletak di Menara Jam Sg Petani....kira-kira jam 9.30 malam....Aku mendapat call dari ibuku menyatakan bahawa Tok' Ki sakit tenat....kalu tak silap usianyer sudah mencecah 80-an...dia mengalami batu karang...mengikut kata ibuku...Tok' Ki ku tidak boleh dibedah kerana jantungnyer agak lemah....jika dibedah pun risiko..jika tidak dibedahpun risiko...kerana bengkaknya yang disebabkan batu karang sudah hampir pecah...aku agak terkilan kerana tidak dapat pergi menziarahnyer...memandangkan keadaan ekonomi masa kini tak berapa stabil...aku masih berharap...aku dapat berjumpa dengannyer sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir...
 
 kenangan bersama Tok Ki pada tahun 2009

Kejadian Keempat (pagi isnin 15/3/2010)
Rakan seperjuanganku pula ingin meletakkan jawatan...namanyer Lim Swee In...katanya ingin membantu suaminya dalam business...maka dengan tiadalah lagi tempat untukku mengadu...meluahkan perasaan tak puas hati pasal Bigboss...huhu...tiadalah tempat untukku berbincang atau bertanya apabila ada kemuskilan....sedihnyer...terus aku seharian tak der mood nak buat keje...bertambahlah lagi beban kesedihanku...aku berharap mudah-mudahan hatinyer akan berubah supaya dia tidak jadi berhenti kerja..

jangan lupakan yati di sini tau..ms lim..huhu...

Mutiara hati
Kesedihan, kesukaran dan kepayahan dalam hidup adalah sebahagian dari ujian Allah SWT yang akan menguji tahap keimanan seorang hamba. Perjalanan hidup bagi seorang manusia lazimnya akan melalui berbagai cabaran dan dugaan. Untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang insan, memerlukan perjuangan yang berterusan tanpa noktah.

Firman Allah :
"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (Al-Baqarah : 156)

Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu, dan Dialah yang berkehendak untuk melakukan apa jua perkara ke atas makhluk ciptaanNya. Manakala hamba yang diciptakan ini perlu menghadapi segala yang telah diaturkan dengan sempurna oleh Maha Pencipta dengan cara yang termampu olehnya.

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" (al-Ankabut : 2)

Mukmin itu tidak cukup hanya dengan ungkapan beriman dan mengaku sebagai Islam sahaja, tanpa memenuhi tuntutan sabar dan tabah hati mengharungi ujian, sama ada ujian berupa perintah – melaksanakan kewajipan dan perintah, mahupun ujian berupa larangan yang perlu dijauhi. Begitu juga ujian kesusahan dan kemalangan yang menimpa diri. Di sinilah ukuran keimanan yang sebenar bagi seorang mukmin.

Saturday 6 March 2010

Gelas air yang penuh

Bila terlihat inai di jari..inai dah hampir sampai ke penghujung kuku...Baru kusedari rupa-rupanyer...ari ni usia perkahwinan aku dan suami sudah  mencecah 2 bulan 3 minggu...begitu pantas masa berlalu...terasa seperti semalam majlis pernikahan berlaku...huhu..kini..aku dah betah menyesuaikan diri dengan kehidupan baruku..alam rumahtangga amat berbeza dengan alam percintaan...
 



pendapat kebanyakan orang..menyatakan alam percintaan adalah alam yang paling manis..tetapi bagiku berbeza...aku menempuhi alam percintaan dengan penuh liku..pelbagai dugaan yang mendatang...sungguh menguji...pada masa tu..aku hanya berserah kepada Allah..aku berpegang kepada prinsip....jika dia (suami) ditakdirkan untukku..maka suatu hari nanti pasti dia akan jadi milikku jua....walaupun perkenalan kami agak singkat...tetapi Allah telah membuka hatiku untuk menerimanya..teringat perbualan kami menerusi telefon kira-kira 2 tahun yang lepas...

Suami : nanti saya nak pegi luar negara untuk 4 bulan..awak jangan lupakan saya yer..
Aku    : saya tak pernah lupa kat kawan-kawan saya...nanti lepas awak balik sini..awak call lah saya...insya    Allah saya tak lupa..(dalam diri aku berbisik-bisik..pelik betul budak ni..tapi layannnn...bak kata Fara Fauzana...hehe)....
Suami : saya pegi lama tau...lepas balik tu..saya nak kawen...
Aku : wauuu...tahniah...bleh saya tau...dengan orang mana...
Suami : tak der calon lagi...
Aku : Lorrrr...peliklah...nak kawen dengan sape...(aku bermonolog lagi...biar betul dia ni...nak kawen tapi tak der calon..musykil3..tapi masa tu aku cover lah...)
Suami : kawen dengan awak bleh?  
Aku : hahhh...biar betul..awak jangan main2...(aku memang terkezut ala-ala badak...)
Suami : benda ni bleh buat main2 ker....(dengan nada serius...)
Aku : kalau awak betul2 nak kat saya..awak jumpa mak ayah saya dulu...mintak dengan mak ayah saya...kalu diorang setuju...pastu kita bertunang...saya tak mau bercinta sebelum kawen..
Suami : okay..tak der masalah...

Pada malamnyer, aku tak bleh tido sepanjang malam...memikirkan lamaran tersebut...aku belum mengenali dirinya...tetapi perkara yang membuatkan aku kagum dengannya adalah dia begitu yakin dengan apa yang dibuat..dia mempunyai prinsip...ciri-ciri seorang pemimpin keluarga tergambar...aku memang mencari seseorang yang boleh memimpin aku...tapi bagaimana aku nak berterus-terang dengan ibubapaku....memandangkan jarak kami yang terlalu jauh...iaitu utara dan selatan... tapi setelah kukuatkan semangat..aku sampaikan hal tersebut kepada ibuku...manakala dia turut menanyakan hal yang sama kepada ibunyer..Alhamdulillah...Allah permudahkan...kedua-dua ibubapa kami bersetuju walaupun pada awalnya..ibubapanyer agak tidak bersetuju...al maklumlah aku orang selatan dan suami orang utara....jauh sangat...tapi dah jodoh...nak buek camno...

sebenarnyer aku really pelik...nape suami aku begitu mudah melamar aku untuk dijadikan permaisuri hidupnyer...sedangkan kami baru berkenalan...itupun hanya perbualan melalui telefon..akupun menanyakan tentang itu kepada suamiku...perbualan ini juga berlaku pada 2 tahun yang lalu..

Aku : nape awak pilih saya untuk dijadikan sbg isteri awak...sedangkan awak masih tak kenal saya macamana..
Suami : berdasarkan perbualan selama ni...saya rasa awak baik..suka cakap...tak malu...(hahaha...aku memang tak tahan dengan statement tu...kutuk aku nampaknyer...dia memang terlalu berterus-terang..aku suka orang macam ni..atleast aku tau keburukan aku.dan boleh berubah ke arah yang lebih baik...lantas dia menyambung lagi..) macam ni lah..saya bagi perumpamaan kat awak...saya ada satu gelas yang airnyer separuh dan awak pulak ada satu gelas yang airnyer juga separuh...tetapi bila disatukan air di dalam kedua-dua gelas tersebut..maka penuhlah ia..macam itulah saya dengan awak..saling lengkap-melengkapi..
Aku : terdiam dan terkedu...

begitulah prinsip perkahwinan..saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain..
 

Friday 5 March 2010

Debaran berakhir di sini..

Alhamdulillah...segalanyer sudah berakhir...segala penat lelah selama lebih kurang 4 tahun berbaloi...aku berjaya mendapat ijazah sarjana sains...setelah berhempas pulas selama hampir 2 jam lebih di dalam bilik persidangan PP Sains Kimia...menepis pelbagai persoalan dari panel pemeriksa yang datang menyerang...dan kukira ada banyak juga soalan yang gagal kujawab...almaklumlah..dah lama...dah banyak lupa...huhu...jauh di sudut hati...kupanjatkan doa...Ya Allah..tolonglah aku..lembutkan hati-hati mereka untuk meluluskan aku...Kau permudahkanlah...

Kuamat terharu..terima kasih kepada sumer yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan projek ni...terharu sangat2...x dapat nak dibayangkan perasaan aku ketika itu...hanya titisan air mata yang jernih menjadi temanku ketika itu...Allah maha pengasih dan penyayang..memberi semasa kita perlukan..



Monday 1 March 2010

Akhirnyer penantianku terjawab..

Akhirnyer penantianku selama lebih kurang 7 bulan terjawab...Insya Allah aku akan menempuhi Viva Voice pada pagi Jumaat ni..doakan saya yer kawan-kawan...

Petikan dari laman web: http://www.ips.usm.my:88/jadual_viva.asp?date=3/27/2010

<< Viva Schedule : March 2010 >>

No

Name

Level

Viva Room

Date

Time

Chairperson

School

1.

MOHD ZAIDI BIN CHE MOD

M.Sc

Bilik Gerakan

1/3/2010

9:30:00 AM


P P Kej Awam

2.

NOOR HANA HANIF ABU BAKAR

Ph.D

Bilik Persidangan

2/3/2010

9:30:00 AM


P P Sains Kimia

3.

SAOWANEE SRIKANJANARAK

Ph.D

McClintock

2/3/2010

10:15:00 AM


P P Pengurusan

4.

NUMAN HAYIMASAE

Ph.D

McClintock

3/3/2010

2:30:00 AM


P P Ilmu Kemanusiaan

5.

RAMAN BIN NOORDIN

Ph.D

McClintock

3/3/2010

9:30:00 AM


P P Pengurusan

6.

MOHAMMAD JAFARZADEH

Ph.D

Bilik Persidangan

3/3/2010

9:30:00 AM


P P Sains Kimia

7.

ONG HEAN LOONG

M.Sc

Bilik Viva

3/3/2010

9:30:00 AM


P P Sains Komputer

8.

AHMAD MOHAMMAD MAHMOUD AL-SHABATAT

Ph.D

McClintock

4/3/2010

9:30:00 AM


P P Ilmu Pendidikan

9.

NORHAYATI BINTI AHMAD

M.Sc

Bilik Persidangan

5/3/2010

9:00:00 AM


P P Sains Kimia

Institute of Postgraduate Studies, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Penang, Malaysia.
Tel : 604-6533888 Fax : 604-6532931/ 604-6532940 e-mail : dean_ips@notes.usm.my
www.ips.usm.my