MARI BACA DOA

gif islamic
Showing posts with label Tokoh. Show all posts
Showing posts with label Tokoh. Show all posts

Thursday, 17 March 2011

Seni apa yer...entahler....

Tatkala boring duduk kat umah....suami kerja shift petang....nak mengarang proposal...idea pula seakan kering... mmmm apa lagi berblogging jer lah...ntahlah sebenarnyer nak berblogging pun rasa macam tak der mood....dua-tiga hari ni ladtop aku asyik tersadai jer kat atas meja....tiba-tiba jer jadi malas nak update blog....huhu....ntah apa penyakit aku ni...nak buat apa-apa kerja pun malas...

Namun untuk melihat blogku update...aku gagahkan diri jua....

Entry ni berkisar tentang diri dan sekeliling aku...haha...mestilah...inikan blog aku....hehe....apalah....jangan marah....saja nak buat lawak....sambil-sambil mencari mood aku untuk mengarang....

Aku teringat suatu perbualan antara aku dan suami...ketika itu kami baru jer bergelar pengantin baru...masing-masing masih belum mengetahui semua nilai potensi dan keperibadian yang ada dalam diri masing-masing...iyerlah masih malu...tapi itu dululah....kalu dulu...kentut pun tak berbunyi...tau-tau jer ada bau....huhu....tapi sekarang....pung...pang...pung...pang.....masing-masing buat selamba badak jer...hehe.... :-D

Ketika itu kami di dalam perjalanan balik SP dari Penang....tiba-tiba suami bertanya sambil jari-jemariyer menekan-nekan ibu jari tanganku ke belakang, "Maira ada seni apa-apa ke.."...Aku pelik..."nape abang tanya macam tu"....Suami menyatakan bahawa ibu jariku boleh dibengkok ke belakang sehingga 90 degree..selalunyer orang sebegini mempunyai kelebihan seperti melukis, bermain alat muzik dan banyak lagi...setelah mendengar huraian yang panjang lebar...Selamba aku menjawab...."Seni apa yer...entahler....kalu mak....memanglah terror melukis...."....

Aku ada simpan satu lukisan potret yang dilukis oleh ibuku...hampir sebelas tahun aku menyimpannyer...aku begitu kagum dengan kelebihan ibuku melukis dengan hanya menggunakan daya imaginasi tanpa perlu ada objek atau berada di tempat kejadian....tetapi malangnyer kelebihan melukis itu tidak menurun kepada aku dan anak-anaknyer yang lain...     


Potret ni hanya imaginasi ibuku...tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang mati...





Tuesday, 15 February 2011

Ya Nabi Salam Alaika

Alhamdulillah....kali ini aku dan suami terpilih untuk menghadiri majlis ilmu....kuliyyah subuh di Masjid Al Barakah Tikam Batu....sempena sambutan Maulidur Rasul...penceramah oleh Kiyai dari Indonesia....yang menceritakan sifat-sifat terpuji Nabi Muhammad S. A. W....tak tergambar bertapa mulianyer akhlak Rasulullah....kekasih Allah.......kita sungguh bertuah kerana kita adalah ummat Nabi Muhammad...



Mari kita dengarkan nasyid oleh Maher Zain ni....
 


Selamat menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh ummat manusia yang beragama islam...jadikan Rasul kita sebagai idola sepanjang zaman dengan mengamalkan segala sunnahnyer.....



Monday, 17 May 2010

Cikgu kebanggaan aku

Aku ada dua orang cikgu yang menjadi kebanggaan aku...Cikgu Shukri dan Cikgu Wan Zarina..mereka suami-isteri mengajar aku semasa di Tingkatan empat dan lima...Cikgu Shukri mengajar aku subjek kimia...manakala isterinyer mengajar aku subjek BM...

Pada mulanyer, aku tak berapa minat subjek kimia...tapi disebabkan cikgu shukri pandai mengajar....dia sangat serius semasa mengajar....dan garang....sebenarnyer dia juga seorang cikgu displin.....masa mula2 dulu ketika cikgu shukri pertama kali masuk mengajar kelas aku....Tingkatan 4 Amanah....aku terkejut....dan kebetulan masa tu aku lambat masuk kelas....mmmmm.....aku memang takut giler.....dia tegas sangat2...pernah  sekali tu....aku dan rakan-rakan yang lain kena rotan...sebabnyer dapat markah rendah dalam subjek kimia.....bergaris merah jugalah kat tapak tangan....tetapi dengan berkat usahanya...Alhamdulillah menjadikan aku bersemangat dgn kimia...dari undergrad sampailah master....dan aku bercita-cita nak jadi Ahli Kimia.....


Pic ni diambil dari facebook cikgu wan....

Terima kasih cikgu shukri dan cikgu wan...pengorbanan kamu berdua amat besar...jasamu akan dikenang sampai bila-bila....semoga cikgu tidak serik mendidik anak bangsa seperti aku .....

Monday, 24 August 2009

Perginya tak kembali


Baru2 ini, kita dikejutkan dgn pemergian vokalis kumpulan Rabbani iaitu Allahyarham Ustaz Asri ke rahmatullah..Beliau rebah ketika ingin membuat persembahan nasyid ..akibat serangan sakit jantung...Usia beliau baru mencecah 40 tahun..begitu awal beliau dijemput Allah...bak kata ramai lelaki..life begins at 40...itu adalah takdir yang tertulis sejak azali lagi..di Loh Mahfus...sesuatu yang terjadi telah direncanakan Allah..dan apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya..Hanya Allah yang maha mengetahui...kerana Allah merencanakan sesuatu itu terhadap hamba-hambaNya adalah berdasarkan kebijaksanaanNya bukan disebabkan kezalimanNya..Umat islam disarankan bersabar apabila menghadapi kesusahan...kerana disebalik kesusahan pasti akan timbul kesenangan...dan apabila kita mendapat kesenangan..kita seharusnya bersyukur dan ingat kepada insan-insan yang memerlukan pertolongan..


Hatiku begitu tersentuh melihat rancangan yang ditayangkan di saluran TV3 iaitu ”USTAZ ASRI DALAM KENANGAN” pada petang Jumaat yang lalu.. Sedikit sebanyak aku merasa sayu dan sebak diatas pemergiannya yang takkan kembali...Aku amat mengagumi beliau..walaupun aku tidak pernah berguru atau mengenali beliau secara dekat..tetapi alunan suara beliau yang begitu lunak apabila mengalunkan lagu-lagu berunsur ketuhanan, berzikir dan mengaji al-quran..


Sikap beliau yang amat aku kagumi...beliau begitu bersemangat dalam berdakwah...beliau mempunyai cara berdakwahnya yang tersendiri...iaitu melalui nasyid...bagiku nasyid merupakan salah satu cara yang amat berkesan untuk memunasabah diri...mengembalikan aku ke landasan yang betul..sebab itulah..aku memiliki hampir kesemua koleksi lagu-lagu nasyid.. bila mendengar nasyid..memahami senikata yang disampaikan..membuatkan aku tersedar dari lamunan yang panjang..tak dinafikan...dunia memang mengkhayalkan.. terlalu indah dan mempersonakan..sehingga kita lupa kepada akhirat yang lebih abadi..


Selain itu, beliau dilihat agak open minded... beliau masih boleh menyanyi secara berduet dengan artis-artis glamour seperti Amy Search, Dato’ Siti dsb.. beliau dan ahli kumpulannya juga tidak keberatan untuk menghadiri majlis-majlis Anugerah yang glamour bagi menerima anugerah yang dikurniakan kepada kumpulan nasyid beliau..baginya tiada tembok yang menghalang ukhuwah asalkan tidak melampau batas-batasnya.....Marilah kita beramai-ramai sedekahkan al-fatihah kepadanya..Semoga rohnya dicucuri rahmat...Pemergian seorang Dae’ sepertinya merupakan suatu kehilangan yang amat besar. dan mudah-mudahan dengan pemergian seorang Dae’ ini akan melahirkan ribuan Dae’ yang baru untuk mengajak kita ke arah yang benar.. Ameen..