MARI BACA DOA

gif islamic
Showing posts with label Penawar penyakit. Show all posts
Showing posts with label Penawar penyakit. Show all posts

Sunday, 12 February 2012

Solehah sakit mata...

Kesian anak umi....


Pada pagi hari Khamis, 9 hb Febuari....Solehah lambat bangun...biasanyer pukul 6.30 pagi dia dah bangun...aku sedikit pelik...kenape anak umi ni...ketika kejutkan dia untuk mandi...selalunyer  aku akan mandikan Solehah sebelum hantar ke nursey....aku dapati terdapat banyak tahi mata menempek di kelopak matanyer...yang menyebabkan Solehah sukar membuka mata....huhu...

Semasa mandikan Solehah...Solehah menggigil....aku masih tak perasan yang Solehah demam....sebab badannyer tak terasa panas....lepas tu aku hantar Solehah ke nursery seperti biasa...disebabkan aku dan suami rasa tak sedap hati....suami meminta aku menelefon nursery untuk menanyakan perihal Solehah...pengasuh Solehah yang aku panggil Kak Intan berkata Solehah ok...dan matanyer masih seperti pagi tadi....dan dia meminta kebenaran untuk menitiskan susu ibu ke dalam mata Solehah....dia menyatakan itu adalah petua orang dulu-dulu untuk menghilangkan sakit mata....aku terkejut...bior betul...bila aku surf internet...memang betul...huhu...memang hebat sungguh khasiat susu ibu ni....

Petangnyer sewaktu pulang dari nursery...badan Solehah semakin panas...suhu badan menjangkau 37.7 degree dan bengkak mata semakin teruk dengan matanyer merah sedikit...aku dan suami decide bawa Solehah pegi klinik pakar kanak2....Klinik Hacharan....

Alhamdulillah...setelah memberikan ubat demam dan sakit mata kepada Solehah....demam Solehah makin menurun dan bengkak matanyer pun surut sedikit...lega...aku hampir2 nak ambik EL....

Friday, 6 May 2011

Awasss...


Opss...mesti kalian terkezzut kan bila tengok tajuk entry kali ni.....hehe....sajer nak syer dengan kalian....jangan takut....cuma nak kalian berhati-hati dalam pemilihan makanan.....dalam minggu ini aku ada test asid benzoik dalam pelbagai sampel sos....untuk itu mari kita ketahui dahulu apa itu asid benzoik dan apa kegunaannyer dalam industri makanan....

Asid benzoik sebagai bahan pengawet dalam makanan dan kesan apabila berlebihan.
Kita tentunya pernah mendengar penggunaan bahan-bahan pengawet seperti asid benzoik dalam pembuatan makanan yang bertujuan untuk mencegah pertumbuhan bakteria, kulat dan ragi yang boleh menyebabkan makanan menjadi basi dan berbau busuk.


Lumrahnya asid benzoik disediakan secara sintetik walaupun boleh didapati secara semula jadi. Ianya berupaya bertindak sebagai ajen antibakteria dan antikulat. Pengawet seperti ini biasanya digunakan dalam sos cili, sos tomato, jem dan sebagainya untuk membolehkan tahan lama.


Bahan ini juga terdapat dalam berbagai bentuk seperti natrium benzoat, kalium benzoat, kalsium benzoat atau dalam bentuk benzoat yang lain seperti hidroksibenzoat. Minuman ringan, kicap, sos daging panggang dan majerin merupakan sebahagian makanan yang menggunakan garam netrium benzoat sebagai pengawet.


Bahan-bahan awet yang dinyatakan tadi boleh menjejaskan kesihatan pengguna jika digunakan secara berlebihan terutama kepada mereka yang alah kepada ubat aspirin kerana struktur kimianya adalah berkaitan.


Selain dari itu bahan ini akan memburukkan lagi keadaan kepada pengidap penyakit lelah dan pesakit ruam kulit. Asid benzoik yang digunakan secara berlebihan juga boleh mengakibatkan kerengsaan perut bahkan terdapat laporan menyatakan bahawa sistem saraf juga boleh turut terjejas.
 
[Sumber: http://groups.yahoo.com/group/Pengguna/message/537].
 
Berdasarkan ujian yang aku jalankan....didapati:
  1. Sos termasuklah cili sos, tomato dan sos cili thai mengandungi asid benzoik sebanyak 400 hingga 900 mg/kg....manakala sos oyster mempunyai asid benzoik yang agak tinggi...
  2. Kicap pula di antara 200 hingga 800 mg/kg.
  3. Sos tauchu di antara 500 hingga 1200 mg/kg.
Nilai yang diperolehi bukan untuk semua produk makanan yang berada di pasaran...

Berdasarkan kepada Malaysia Food Act regulations.....had penggunaan bagi asid benzoik bagi kebanyakan makanan adalah 1000 mg/kg...tetapi ia bergantung kepada produk makanan....manakala negara Jepun pula adalah 600 mg/kg...

Tuesday, 6 October 2009

Seronoknyeeeeeer..


Sejak datang semula ke Penang, bila bertemu dengan kawan-kawan...ramai yang menegur...mengatakan yang aku semakin kurus..nampak semakin ayu..dan yang tak tahan tu..siap minta petua lagi...hehehe...seronoknyer aku..tapi betul ke aku kurus..macam tak percaya jer..mmm...setiap kali kalau ada orang mengatakan yang aku ni nampak kurus...aku pelik..sebab bila timbang berat jer..berat tak berubah pun...cuma aku rasa sekarang ni senang nak bergerak..kalu dulu..rasa berat jer..cepat mengah..hehehe..Aini lah yang akan menjadi mangsa pertanyaan aku.. "ada orang kata kak yati nampak kurus, betul ke?"...Aini dengan muka tension menjawab.."iye..kak yati memang dah kurus"..apa lagi melompat-lompatlah aku..ala-ala anak katak gitu...haha..aku berjaya mengurangkan lemak dalam badan aku..dah lama aku berusaha...start bulan lima lagi...mula-mula tu memang tersangat susah...tapi mujur ada Fir...member baik aku yang turut serta...dialah yang memperkenalkan diet pemakanan ni kat aku..huhuhu...memang menderita...untuk memastikan apa yang orang kata....akupun cubalah memakai baju yang lama-lama...masa zaman slim dolo-dolo..rupa-rupanyer aku dah boleh pakai...siap longgar lagi..ternyata aku memang dah kurus...

nak tau petua yang aku amalkan..tak perlu amik pil kurus yang mahal-mahal cuma kena kuat semangat melawan nafsu makan..
  1. Tak makan nasi..aku makan nasi selang dua atau tiga hari..kadang-kadang sampai seminggu.
  2. Gantikan dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.
  3. Banyakkan minum air.
  4. Tak akan makan selepas 7.00 malam.
  5. Kurangkan makan makanan yang berkolesterol tinggi.
Sebenarnyer, terdapat faktor-faktor lain juga yang banyak mendorong penurunan berat badan aku..antaranyer..
  1. puasa bulan ramadhan.
  2. sibuk dengan tesis.
  3. risau bila nak viva.dah masuk tiga bulan dari tarikh anta tesis.
  4. makan hati berulam jantung.
  5. tensen cari keje.
  6. buat keje rumah yang tak abih-abih.
  7. terpaksa budget makan.
  8. sibuk dengan persiapan kawen.
  9. takut tak boleh pakai baju kawen.selalu kena perli.
  10. macam-macam lagi.
Aku tak pasti sampai bila aku mampu mengawal berat badan aku macam ni..kadang-kadang tu selera makan datang bagaikan tsunami melanda Acheh..yang sukar untuk ditahan..

Friday, 14 August 2009

Mengawal H1N1


Sejak kebelakangan penularan wabak H1N1 makin meningkat dan jumlah kematian juga meningkat..inilah bala bencana y telah direncanakan oleh y Maha Kuasa akibat kedegilan manusia itu sendiri..Akibat kedegilan sebilangan manusia tertentu telah mengundang bencana kepada seluruh manusia di dunia...



Semestinya kita semua bimbang. Jadi kita hanya boleh mengurangkan penularan wabak y sgt berbahaya ini dengan mengamalkan amalan-amalan berikut:


1.Amalan adab batuk yang baik

  • Pesakit mesti amalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci tangan berasaskan alkohol. Buang semua tisu yang digunakan ke dalam tong sampah.

2. Jaga kebersihan diri

Pesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut:
  • Kerap mencuci tangan dengan sabun atau air atau baham cuci tangan berasaskan alkohol.
  • Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli keluarga.
  • Cuci peralatan yang biasa digunakan dan permukaan-permukaan yang kerap disentuh dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa terdapat di rumah.

3. Elakkan berada di tempat-tempat yang sesak.
  • Islam menekankan syariat iaitu menjauhi kemudaratan.
4. Banyakkan minum air masak.
  • Virus suka kepada air manis.

5. Jangan kongsi peralatan peribadi

  • Jangan berkongsi peralatan peribadi.Peralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu dicuci dengan sabun dan air.

6.Menjarakan diri (social distancing)
  • Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka sembuh, lazimnya selama 7 hari.
  • Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggalkan di bilik berasingan.
  • Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil) seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit (sekurang-kurangnya satu meter) untuk menggelakkan jangkitan.
  • Sekiranya pesakit keluar rumah (contohnya mendapat rawatan) beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan adab batuk yang baik dan kerap memcuci tangan.



Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah


Secara umumnya demam selsema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu SEGERA mendapatkan rawatan di hospital jika demam serta batuk atau sakit tekak, DAN mempunyai sekurang-kurangnya satu gejala berikut:
1. Sukar bernafas.

2. Batuk berdarah atau kahak berdarah.

3. Sakit dada berterusan.

4. Kerap cirit birit atau muntah yang kerap, atau kedua-duanya.

5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas 3 hari pulih.

6. Berkelakuan ganjil, celaru, kurang responsive kepada rangsangan, sawan.

7. Pening bila berdiri.

8. Kurang kencing.


(amalan-amalan ini diperolehi dari laman web; iluvislam dan saranan dari Dr. Danial Zainal Abidin menerusi kuliyah tafsir yang diadakan di Surau Batu Uban pada setiap petang Ahad)


Kita hanya berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah. Insya Allah Allah akan menolong kita. Sesungguhnya Allah maha pengasih dan penyayang.

Sunday, 9 August 2009

Ketahui khasiat peria katak



Penawar ini mungkin berguna kpd sesiapa y ingin menurunkan tekanan darah y semakin meninggi..Al-maklumlah hidup kita ni kdg2 mengamalkan cara permakanan y x berapa betul..ataupun stress dgn kesibukan keje..tp jgn risau setiap penyakit pasti ada penawarnya..jadi boleh lah diamalkan petua ni..Insya Allah dgn izin Allah akan dapat mengurangkan tekanan darah.

Cara-caranya : Ambil sebiji peria katak dan btg saderi. pastu..dikisarkan bersama dan minum jus ni sekali seminggu..