MARI BACA DOA

gif islamic

Tuesday 24 December 2013

Musim luruh rambut...

Kebelakangan ini, sekitar umur Fahim 4 bulan....rambut aku mulai gugur...banyak sangat berterabur di lantai....Boleh dikatakan rambut ada di mana-mana...huhu....sebelum ni pun ada jugak rambut gugur...tapi tak seteruk ni lah....kadang-kadang terlintas di fikiran...adakah aku ada penyakit kanser...Nauzubillah...






Teringat pertanyaan aku kepada mak selepas beberapa bulan kelahiran anak yang pertama dulu....mak aku kata, "biasalah...bila anak dah menyebur tu...rambut mak luruhlah"....mmm ntahlah apa kaitannyer ek...aku iyekan saja...

Aku pun tanyerlah Prof Google...beselah Prof Google akan sentiasa memberi penerangan dan tak lokek ilmu....

Di petik dari Link : pama.karangkraf.com/famili/rambut-saya-banyak-gugur

Masalah rambut gugur di kalangan wanita lepas bersalin bukan satu perkara aneh. Kata orang tua apabila anak mula pandai buat ‘buih', rambut si ibu akan banyak gugur. Mungkin itu sekadar mitos kerana terdapat faktor tertentu kenapa masalah kerap berlaku kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Jika dulu rambut panjang mengurai dan mudah disikat tetapi kini menjadi semakin nipis dan kusut akibat rambut yang banyak gugur. 

Kenapa semuanya berlaku selepas melahirkan si kecil?
  1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.
  2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
  3. Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
  4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.
  5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
  6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
  7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
  8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
  9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.


Wednesday 11 December 2013

Friday 6 December 2013

Solehah dah dua tahun...

Dah hampir sebulan Solehah memasuki umur baru....pelbagai telatah lucu dan aksi nakal dipamerkan.....tatkala geram menguasai....terkeluar jugak suara garang umi ni.....umi gagal mengawal perasaan .....bukan umi tak sayang Solehah......maafkan umi yer....umi sayangg sangat anak-anak umi....sebab anak2 umi adalah anugerah Allah yang paling berharga....tak akan umi sia-siakan....

Sebenarnyer anak-anak adalah cikgu terbaik bagi insan yang bergelar ibu dan bapa....aku selalu cuba belajar membetulkan diri dan sedaya-upaya menyorokkan kelemahan supaya aku boleh dijadikan contoh terbaik buat mereka....aku bimbang anak-anak akan mengikut perkara yang tidak betul....tapi buat masa ni....apa yang aku lihat Solehah suka bagi rumah berselerak....aku kemas....dia sepahkan semula....suami kemas....dia sepahkan lagi.....huhu...kadang-kadang tu terlintas jugak....adakah Solehah meniru perangai aku yang tak berapa pandai atau rajin mengemas....huhu.....ntahlah.....mungkin jugak Solehah nak explore something...

Pejam-celik pejam-celik....Solehah dah dua tahun....tengahari 11/11/13 tu.....tiba2 aku buat keputusan nak beli kek setelah rakan sepejabat menceritakan telatah anaknyer tatkala besdaynyer disambut.....anak dia sebaya dengan Solehah....Buat masa ni Solehah masih belum pandai nak celebrate besday....sekurang-kurangnyer adalah kenangan Solehah menyambut besday ke dua....

Pada petang hari isnin 11/11/13...dengan masa yang agak terhad, aku tercari-cari kek.....suami suruh beli kek kartoon.....tapi malangnyer tak jumpa....huhu....tak perlah Solehah yer....kek ni pun cantek jugak...kecik macam tuan dia....hehe....


kek chocholate moist.....
umi beli kek ni konon2nyer untuk Solehah lah....hehe....padahal umi & baba yang bedal..




Gelagat Solehah depan kek....
Lilin tu sekadar gimik jer....
Pisau kek pun hilang....


Kepada anak umi, Iman Solehah,


Umi doakan semoga anak umi ni dikurniakan kesihatan yang baik, kehidupan yang cemerlang dan menjadi anak solehah yang bakal menghadiahkan umi dengan bacaan ayat2 al-quran tatkala umi dah tak der nanti....semoga Solehah berjaya di dunia dan juga akhirat....Ameen....

Ikhlas, 
Umi   



Kegembiraan nak menyambut besday Solehah terbantut seketika....dan ini salah satu sebab aku lambat menulis entry ini....Pada petang hari tersebut terjadi satu insiden yang agak menyedihkan....rumah jiran sebelah kanan, Rizal dimasuki pencuri....perasaan bimbang & takut aku & suami silih berganti....memandangkan deretan rumah kami terletak di belakang sekali....selepas insiden tersebut suami dan jiran-jiran berpakat berjaga malam untuk menangkap pencuri....hampir tiap-tiap malam jugaklah suami berjaga....

*p/s: Bersimpati dengan mangsa-mangsa banjir di Kuantan....bersabarlah di atas dugaan Allah...insha Allah Allah SWT sedang merencanakan sesuatu yang terbaik buat kalian semua....



Wednesday 4 December 2013

Sedarkan aku...

Saat ini aku merasakan yang aku gagal memenuhi hak-hak terhadap yang berhak...bukan mudah untuk aku laksanakan apabila menyandar terlalu banyak jawatan....sebagai hamba Allah, isteri, umi, anak, staff, pelajar, kakak dan banyak lagi...kadang-kadang aku rasa stress...bila memikirkan apabila suatu hubungan yang terlalu istimewa iaitu hubungan dengan pencipta mulai menjauh....aku takut ia akan mempengaruhi hubungan2 aku yang lain....ya Allah...aku terlalu lemah....  

Waaa lama tak buat entry lagu kegemaran...hehe...layan kan ajer yer....Wake me up....sekadar hiburan....boleh berdansa sekejap dalam kereta untuk hilangkan mengantuk semasa memandu keseorangan balik kerja...




Olahan liirik lagu dari link "Wake Me Up Avicii lyrics meaning ? ?


"Feeling my way through the darkness 
Guided by a beating heart 
I can't tell where the journey will end 
But I know where to start" 
-- The inexperienced person is going though life and knows that what is ahead is unknown. He is guided by his spirit. He doesn't know where he will end up, but he knows where he can start now. 


"They tell me I'm too young to understand 
They say I'm caught up in a dream 
Well life will pass me by if I don't open up my eyes 
Well that's fine by me" 
-- I think by "they" he means the older generation, those who have been through some of life's experiences and are well into their journey. They see the care free nature of someone so young and naive about life and basically are telling him that he is living life like it's a dream (he has yet to really experience or understand it). They warn that if he does not open his eyes and take it all seriously and stop living guided by his spirit, it is all just going to pass him by, and he will look back and wonder where the time went. However, he is loving the way he is living and if that is what happens, he is fine with it. 

"So wake me up when it's all over 
When I'm wiser and I'm older 
All this time I was finding myself, and I 
Didn't know I was lost" 
-- He is living life and enjoying it. "They" are telling him he is living in a dream. It is a dream/life he loves, therefore he is asking to be woken up from it when everything is over, when he is older, or when he is now the "they" generation he is referring to. He knows that "they" probably associate his life style with a person that is just finding themselves, but according to him, he never even knew he was lost. 

"I tried carrying the weight of the world 
But I only have two hands." 
-- I love this line. He tried worrying about all of life's troubles just like everyone else does. However, he stopped b/c there was no point in it, so he stopped worrying. 

"Hope I get the chance to travel the world 
But I don't have any plans" 
-- He does have wishes to do some things, but at the moment he is care free and has no plans to do so. 


"Wish that I could stay forever this young 
Not afraid to close my eyes 
Life's a game made for everyone 
And love is a prize" 
-- He is wishing to live young and free forever. He enjoys how he lives his life. He is not afraid to close his eyes and as mentioned above get "caught up in a dream". He sees life as a game, something fun and something that can be played, enjoyed and won. Love, be it love for someone else, love for one self, love of life, etc is one of the prizes. He could be referring to his love of life, and that feeling being his prize.


Wednesday 27 November 2013

Just press the reset button....

Rentetan permasalahan instrument yang pernah aku alami dulu....

seperti diceritakan dalam entry ini lagilagimessage-ni-yang-keluar

Mungkin sistem dah hang....jadi restart semua sekali....PC dan instrument.....kalu untuk restart Mass Spec (MS)....inilah caranyer...just press reset button at the back....seperti di tunjukkan dalam gambar di bawah....





Alhamdulillah selepas jer insiden tersebut...aku menjadi bertambah expert dalam mengendalikan instrument tu....

Tuesday 26 November 2013

Can’t Set Default Printer” Problem

error-defaultprinterSource of pic: Catatan Kecil si Iman

Baru-baru ini PC kat ofis ada problem....tak boleh nak "set printer as default"....disebabkan PC tersebut link dengan instrument makanyer semua jadi haru-biru....apa2 pun tak boleh....nak tengok data pun tak boleh.....hampir tiga hari jugaklah dok mencari penyelesaian....Aku dan colleague dah buntu... end up call engineer....ingatkan masalah ini berkaitan dengan software instrument.....

Rupa-rupanyer bukan masalah software instrument tu....huhu....3 days gone.....


Step 1  Type “regedit” followed by the enter key in the “search program and files” text box in the pop up menu that appears after clicking the Windows“start button” in the lower left hand corner of the Windows desktop screen.

Step 2: Click “HKEY_CURRENT_USER” in the left hand pane of the Windows registry editor.

Step 3: Then click “Software” followed by “Microsoft” and next “Windows NT”.

Step 4: While under the “Windows NT” entry, click “CurrentVersion” and then “Windows”.

Step 5: Now, one of the entries you should see in the right hand pane is“Device”. If the value for “Device” as noted under the “Data” area is anything other than the printer you are using, then highlight “Device” in the right hand pane with the mouse and press the delete key to remove it. If not able to delete the device, You should change the permissions. Go to "File" then "Permissions" then check the "allow". 

Step 6: Restart the computer so it starts with the altered Windows system registry.



Alhamdulillah...masalah settle dalam beberapa minit jer....nak buek camno...tak berapa celik IT....rupa2nyer dalam Mr Google pun ada....so lain kali kalau ada aper2 masalah....tanye jer Mr Google...bukan Mr Google  lah tapi Prof Google...hehe....



Wednesday 6 November 2013

Syabas Fahim! dah boleh meniarap..

Sebelum ni aku melihat Fahim berusaha sedaya upaya nak meniarap....menangis-nangis minta tolong....huhu....bila tengok...kesiannyer...aku selalu memberi kata-kata semangat....macamlah Fahim faham.....hehe....berkat kesabaran dan kecekalan akhirnyer Fahim berjaya.....Alhamdulillah.....di usia 3 bulan 3 minggu......kelmarinlah hari kejadiannyer....Syabas anak umi....nanti umi bagi hadiah yer...Fahim nak susu perisa aper yer....perisa pizza ke...KFC...hehe....





*p/s: Hari ni mood keje juga ke laut....jasad jer ada kat office....hati teringat kat Solehah....kesian kat Solehah...muntah...muntah...muntah...sejak awal pagi tadi....bila makan atau minum jer muntah....macamanalah keadaan dia sekarang....dah lah kurus.....bertambah kurus jawabnyer....mmmm.....tak tau sebab apa...angin ke...atau food poisoning....tapi bila tengok Solehah masih aktif dan ceria....rasa kurang sikit susah hati tu....mmmm...nak jer EL...tapi sebab tak der orang nak cover petang ni....

*p/s/s: Semalam pergi melawan jiran sebelah rumah....Kak Fidah dan Haizan dapat baby girl...anak kedua....kira baby penutup untuk tahun ini....boleh dikatakan tahun ini tahun bersalin sebabnyer satu deret rumah bagi lorong 16/5 bersalin anak kedua...aku jatuh no 2....dan beza jangka masanyer untuk setiap nyer adalah 2 bulan...




Tuesday 5 November 2013

Semoga Opah cepat sembuh....

Minggu lepas aku dapat berita yang tak berapa baik....opah masuk hospital...sebab asthma dan ada masalah peparu.....Bila tengok opah....aku jadi teringat pada arwah ayah......Semoga opah cepat sembuh yer....Ameen...





Seminggu sebelum itu aku mendapat perkhabaran yang adik opah telah selamat kembali ke rahmatullah....


Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ)....yang bermaksud "Surely we belong to Allah and to Him shall we return"...






Monday 4 November 2013

Biar betul!!!!! Tahun 2015...

Hari selasa minggu lepas, aku berjumpa dengan supervisorku, Prof....itupun sebab nak kena hantar progress report setiap 6 bulan...kalau tak memang liatlah aku nak jumpa Prof....bila nak berjumpa jer....stress tu tak tau nak kata macamana....yang pasti aku tak suka berperasaan macam ni...macam-macam fikir...selalunyer tiap kali berjumpa aku mesti kena brainwash cukup-cukup....tak der progresslah...slowlah....huhu.....tambah-tambah lagi aku baru jer lepas cuti bersalin dua bulan...

Alhamdulillah...pertemuan kali ini agak berbeza...Prof seakan berpuas hati dengan hasil kerjaku....dan Prof menggesa supaya start menulis journal...dan aku dikehendaki memberi pembentangan dalam group meeting yang akan datang....Prof memberi aku masa selama 3 minggu...huhu....






Bila aku tengok dalam laporan progress report...aku terkejut apabila membaca ayat kat bawah ni...


        " Tarikh/semester dijangka pelajar menamatkan pengajian dengan jayanya : 2015 "




Aku tak pasti boleh ke tak....tapi aku akan cuba sedaya upaya....Ya Allah...Kau permudahkanlah segalanyer...Ameen....






Alkisah dalam pantang : Pengalaman naik ambulan

Sekarang Fahim dah berusia 3 bulan setengah....waa cepatnyer masa berlalu...sekarang ni aku banyak berblogging...bukan nak balas dendam tapi sekarang ni aku ada banyak masa kat depan ladtop...dah start mengarang journal....idea mengarang journal tak kunjung tiba...tapi idea berblogging pulak mencurah-curah....mmmm sabo ajer lah....


Day 3: 19 Julai 2013

Pagi: 
Hari ni adalah hari jumaat...Kedah cuti.....so kena pegi ke klinik sebelum pukul 11 pagi untuk check paras Jaundis (Demam kuning) Fahim....Aku disarankan oleh nurse yang membuat lawatan ke rumah kerana muka dan badan Fahim kelihatan sudah kekuningan....Kami bergerak keluar rumah seawal 7 pagi....selepas berurut di rumah mak Jah....kami terus ke klinik...bila dicheck paras serum bilirubin Fahim melebihi 150 umol/L....Jika di paras normal...serum bilirubin adalah kurang daripada 30 umol/1. Nurse menyuruh kami agar terus ke hospital....untuk ward admission....kami hanya mengangguk tanda faham....


Tengahari: 
Demam Jaundis Fahim berlarutan agak lama...sehingga hari ke 20 baru menunjukkan sedikit penurunan....hanya Allah jer yang tau bertapa stressnyer masa tu....hari-hari kena pergi klinik....check paras jaundis....tapi disebabkan suami dah mula bekerja...kami hanya pergi 5 hari sekali....suka hati mak nenek jer....huhu....nasib baiklah nurse-nurse tak marah....


Aku masih di rumah mama....tidak ke hospital sepertimana yang disarankan....aku tau aku kena kerap menyusukan Fahim dengan harapan dapat menurunkan paras Jaundis....Jadi tak perlulah ke hospital....hehe...Kira-kira pukul 12.45 tghari, aku menerima panggilan telefon nurse untuk membuat lawatan ke rumah....dia menanyakan perihal jaundis Fahim...Aku bagitau....dia terkejut dan menggesa aku supaya membawa Fahim ke hospital....teruk jugak aku kena bebel....apa lagi aku beralasanlah....Aku menyatakan yang suami ada kerja.....jadi tak der orang nak hantarkan....kebetulan suami aku memang tak der...suami mengambil pakaian dan barang keperluan kami kat rumah.....Lantas nurse berkata, "Tak per kami hantar akak guna ambulan yer"....pada mulanyer aku agak terkejut....memang dah tak boleh nak mengelak ni....hehe....kerana terpaksa aku anggukkan ajer....huhu....aku berbisik dalam hati ....waaa ok gak naik ambulan boleh dapat pengalaman naik ambulan....itu sekadar untuk menyedapkan hati....huhu....


Masa tu aku ke hospital sehelai sepinggang....aku cuma bawak beberapa helai baju dan pampers Fahim...itupun dalam paper bag jer....Kad pengenalan, buku merah dan buku kesihatan Fahim....semuanyer dalam kereta....Bayangkan betapa kelam-kabutnyer masa tu....mujurlah Solehah tak buat perangai....tak sibuk nak ikut.....Solehah duduk dengan Tok Mama....mana taknyer Mak long Sakinah  dan Abang Afiq rajin melayan....



Kira-kira 30 minit perjalanan, sampailah kami berdua di hospital....baru aku tahu, tak selesa langsung naik ambulan.....kira melambung-lambung jer aku dengan Fahim....risau gak takut Fahim terjatuh....Semasa dalam perjalanan ke hospital, nurse tak abih-abih membebel....aku cuma buat dek jer...insha Allah tak der aper2...aku tau cara nak turunkan jaundis...kena kerap menyusu....kalu kakak dia dulu...cepat jer turun Jaundis...aku perasan Fahim ni kurang berak....sebab tu jaundis lambat turun....mmm...tak sama rupanyer....setiap anak berbeza-beza...Bila check in ward.....Darah Fahim di ambil dan diuji....Alhamdulillah...tak melebihi 300 umol/1....apa-apapun Fahim kena pakai spek mata untuk rawatan fototerapi...mmm...bab ni yang paling kesian....nak buat macamana...terpaksalah...

    
Dua hari jugaklah aku & Fahim bertapa di hospital....perasaan nak balik rumah membuak-buak....aku mengadu kat suami...menitis juga air mata....teringin nak balik rumah....nak buat stok susu banyak-banyak.....yang bertambah sedihnyer....rindu sangat kat Solehah....nasib baik jugak aku sempat mencapai bantal busuk Solehah....hehe....suami menyuruh aku concentrate dengan Fahim jer..." Fahim sihat...cepatlah balik...jangan fikir yang bukan-bukan....". biasalah masa ni kan emosi masih belum stabil....


Day 5: 21 Julai 2013

Tengahari: 
Alhamdulillah....dapat perkhabaran baik...dah boleh balik....walaupun jaundis Fahim masih tinggi...tetapi disebabkan berat Fahim melebihi 2 kg.....kurang berat badan mempunyai risiko yang lebih tinggi....Nurse berpesan...,"Kerapkan menyusu Fahim, walaupun dia tidur...kena kejutkan dia...kalu tinggi kena tahan ward lagilah...."...Ayat yang belakang tu yang tak mau dengar...huhu...




Yeay...Yeay...yeay....Dah boleh balik rumah...



Perkara baru yang aku pelajari di ward selama dua hari ini adalah memandikan Fahim menggunakan cara yang amat mudah...iaitu menggunakan kapas...kapas dicelupkan dalam air suam....kemudian disapukan ke badan baby....    



*p/s: Pusat Fahim lambat luruh...hari ke 15 baru tertanggal....itupun nurse yang buat....


Monday 28 October 2013

"Tudung" versi Solehah...

Umi nak sidai baju kat luar...Solehahpun kelam kabut cari kain bila tengok umi pakai tudung....hairan jugak...Solehah nak buat apa dengan kain tu....Tiba-tiba suami ketawa melihat Solehah memakai "tudung"....rupa-rupanyer Solehah jadikan baju dia sebagai tudung....haha....



Kreatif sungguh....



*p/s: Petang sabtu (26 Oktober), gara-gara Solehah bermain kunci rumah...tak pasal-pasal kami semua tak boleh masuk rumah....hampir 4 jam jugaklah mencari kunci....nyaris-nyaris nak suruh kawan suami panjat masuk ikut bumbung....masa tu memang geram kat Solehah....bila tanya kunci mana...dia jawab..."tak da"...sambil tersenyum....haihhhh....kalu tak ingat dia masih kecik...maunyer nak cubit-cubit...huhu....




Thursday 24 October 2013

Selamat menunaikan Ibadat haji buat ayah cot & ma su...

Ayah cot dan ma su dah hampir sebulan berada di tanah suci iaitu sejak awal Oktober yang lalu...Ayah cot menunaikan haji buat kali kedua kerana menemani ma su.....Selamat menunaikan ibadat haji buat ayah dan ma su.....semoga mendapat haji mabrur....Sempat jugak kubisikkan kepada ma su supaya menyelitkan nama aku dalam doanyer ketika dia berada di tempat doa mustajab nanti....Ma su mengiyakan saje....



Kenangan semasa di Airport Penang pada 30 September yang lalu...
Waa Syamil...semangatnyer duduk depan sekali tu...hehe...



Pak Ngah & Ngah Aminah turut menjadi tetamu Allah...menunaikan haji buat kali kedua pada tahun ini...mereka bertolak 3 hari lebih awal...



Sumber: Facebook [Safwan]



Seronoknyer menjadi tetamu Allah.....menunaikan rukun islam yang ke lima...bilalah aku berpeluang untuk ke sana pulak....daftar dengan Tabung Hajipun belum....dah berangan nak pergi...huhu....insha Allah...mudah-mudahan Allah permudahkan segalanyer... 



Wednesday 23 October 2013

Rajin sungguh anak umi ni....

Sejak-sejak Solehah bergelar kakak ni....macam2 perangai dia....mungkin nak tarik perhatian umi & baba dia kot....al maklumlah sekarang Solehah dah berkongsi kasih dengan adiknyer Fahim...Kakak yang manja terlebih....kadang2 kesian kat adik...mujur adik tu boy kalu girl jugak....tak taulah umi nak layan macamana....aku tak bayang macamanalah kalu dapat kembar...macam ni pun dah pening....huhu...



Rajinnyer kakak...
nanti bila besar boleh tolong umi yer....



Bila sampai rumah petang-petang, Umi @ Baba memang diharamkan pegang dan main handset....Solehah yang buat peraturan tu...jika main jugak...Solehah akan menangis berpanjangan dan dia buang handset tu....taulah anak umi ni rindu kat umi & baba....iyerlah ditinggalkan seharian kat nursery...

Kepada anak-anak umi, umi mintak maaf jikalau ada yang terkurang kat mana2....Umi & Baba sayang semua....sama ajer mana2....




Friday 18 October 2013

Raya Aidil Fitri 2013: Persiapan raya paling awal...

Sekarang ini dah masuk musim raya haji...tapi aku baru nak upload gambar raya Aidil Fitri...layankan ajer yer......hehe....mood keje pun ke laut...iyer lah aku demam bercampur batuk...sebab tak der orang cover kat office...terpaksalah kugagahi jua....kalu tak dah selamat aku bersantai kat rumah....

Alhamdulillah kali ini adalah tahun ke empat aku beraya bersama keluarga kecikku...dan tahun ini jugak kami menerima kehadiran seorang lagi ahli baru...persiapan raya kali adalah yang paling awal di buat dalam sejarah hidupku....kalau tak silap masa tu puasa hari ke enam....kira-kira sehari sebelum bersalin....aku dan suami gelut mencari baju raya....dah lah masa tu aku jalanpun lambat-lambat....dengan kedai pun banyak tak buka lagi...huhu...memang mencabar minda dan fizikal...di bulan puasa pulak tu...huhu.....



masa ni aku masih dalam tempoh berpantang...



Sajer memang niat aku nak berjalan banyak...kata orang kalu berjalan banyak...boleh memudahkan proses bersalin...setiap kali bertemu dengan orang terutamanyer mak cik-mak cik pasti mereka akan berkata..."tak lama dah ni...perutpun dah ke bawah..."...aku cuma mengangguk...letih dek semput berjalan...kalu ikutkan aku dah kena lapor diri kat hospital sebab menurut nurse masa check up perut di klinik pada pagi 15 Julai...contraction dah kerap...selang berapa minit...tapi aku dah serik dah pergi hospital...nak tunggu sakit sangat2 baru nak pergi...dengan masa dan tenaga yang terhad ni..kuguna sepenuhnya untuk bershopping baju raya...sebab kalu tak beli masa tu memang kami sekeluarga tak der baju rayalah jawabnyer....

Alhamdulillah...sempat beli semuanyer...keesokan harinyer contraction bertambah kerap dan makin sakit...pada waktu tengaharinyer aku melaporkan diri di hospital...setelah dicheck...pintu rahimku dah terbuka 5 cm...dan terus masuk labour room....


*p/s: Sekarang ni Solehah dah mula nak pakai tudung....dah berpeluh-peluhpun masih tak mau buka....Alhamdulillah...satu perkembangan yang bagus...
    

Thursday 17 October 2013

Solehah sambut hari merdeka...

Hari ni dah pertengahan bulan Oktober, tapi aku baru nak ceritakan peristiwa ni...31 Ogos...tak per biar lambat asalkan selamat....hehe....kami tak ke mana pun hari tu...duduk kat rumah jer...



Solehah bersemangat menyambut hari merdeka....



*p/s: Sebenarnyer Baba Solehah yang beriya...
*p/s/s: Hujung minggu lepas kami sekeluarga balik Pahang sempena Hari Raya Aidil Adha...kira ini kali pertama Fahim berjalan jauh...dan pertama kali bertemu dengan mek....





Monday 7 October 2013

Tak sampai 5 minit pun....

Sebulan lebih lagi....Solehah akan mencecah usia 2 tahun...mmm dah besar dah anak umi ni....semua benda nak buat sendiri...suka sungguh menyakat...hehe...bila time drive kereta sorang2 atau kat tempat keje...tersenyum aku sorang2...

Cuba tengok gambar kat bawah ni...Solehah pakai tudung yang Mak Long Sakinah hadiahkan....
comel kan Solehah? Solehah suka perasan comel...memang dia comel pun....hehe...tapi malangnyer dia cuma pakai untuk beberapa minit jer...tak sampai 5 minit...dia tarik buang...huhu...Solehah...Solehah...


Kakak...Kakak....Kakak....


Tatkala ini....rindu sangat umi kat anak-anak umi....tu yang kadang2 bila time dah pukul 4....aku dah standby mengemas barang2....instrument pun dah shutdown cuma buat keje analisa-menganalisa jer...kalut sangat nak sampai rumah cepat...kalu boleh nak ada sayap....Semoga Allah memelihara anak2 umi...Ameen...


Friday 4 October 2013

Kuat ke Solehah nak tolak troli ni?

Yeay...hari ni hari Jumaat....dengan rasminyer esok cuuuutiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....syoknyer....berhujung minggu bersama suami dan anak2 kat rumah....melalui hari-hari bekerja dengan ditemani dua askar kecil memang agak sibuk......pagi2 rushing ke tempat keje....petang2 pulak rushing balik ke rumah....memecut ajer lah....Alhamdulillah....sekarang ada peneman baru....aku namakannyer si kecil....senang sikit nak menyelit....huhu....

Bukan mudah nak jadi seorang ibu yang berkerjaya yang masih study....jawabnyer super duper busy.....fuhhhh.....memang penat....kadang2 terlintas nak pinjam poket dari Mr Doraemon...hehe... bila sampai rumah...tengok anak2 & suami...tiba2 penat jadi hilang...ia jatuh bertaburan di depan pintu pagar...hehe....selalunyer aku memang tak pernah nak bawak balik kerja ofis di rumah...semuanyer aku siapkan di ofis...kalu masa Fahim belum lahir dulu...aku rajin jugak bawak balik journal kat rumah...tapi buat sekarang aku tinggalkan jer di ofis....mungkin bila Fahim dah besar sikit....boleh aku study di rumah jugak...di rumah keja aku hanya dihadkan menjaga famili & kemas2 rumah jer...itupun tak cukup tangan nak buat...eh panjang plak aku melalut...hehe...

Sebenarnyer masa aku dok membelek2 gambar dalam ladtop...terjumpa gambar2 yang menarik yang sememangnyer aku plan untuk diceritakan dalam entry blog diarihidupku....cumanyer aku kekurangan masa untuk berblogging....kisah kelahiran cahaya mata kedua, Fahim belum kuceritakan lagi....harap2 memori aku masih kuat untuk simpan detik2 istimewa itu....entry kali ni nak ceritakan mengenai telatah Kakak Solehah ketika aku & suami sibuk membeli-belah....Solehah memang pantang dengan troli...suka nak tolak...tak sedar dia tu kecil lagi....kadang-kadang orang tak perasan dia ada kat situ...bahaya sungguh...





masa ni Solehah berusia 11 bulan....
masa ni dia nak lah duduk dalam troli...




bila dah pandai berjalan...jangan haraplah dia nak duduk dalam troli lagi...kadang2 Solehah menangis sekuat-kuatnyer kalu tak bagi dia tolak troli....huhu....


Tuesday 24 September 2013

Perkenalkan cahaya mata kedua....AHMAD FAHIM....

Waaa hampir tiga bulan aku cuti berblogging....sekarang jadual harian menjadi bertambah padat...hinggakan kadang2 tiada masa untuk diri sendiri...tu baru dua orang anak....huhu....apa2 pun aku terasa amat bahagia...syukur dengan rahmatMu....Ya Allah...Alhamdulillah aku berjaya melalui tempoh berpantang ....berpantang kali ni memang terlalu mencabar minda dan fizikal....iyerlah Solehah tak pergi nursery....sajer tak mau hantar....bolehlah nak bermanja-manjaan dengan Solehah...

Alhamdulillah minggu ni dah masuk minggu ketiga aku bekerja...bermakna dah hampir 3 minggulah Fahim ditinggalkan di nursery...sekali dengan kakaknya.....Alhamdulillah Fahim dah boleh biasakan diri dengan menghisap susu menggunakan botol susu...

Alkisah kelahiran Fahim belum sempat lagi nak mengarang....mmm....kali ni ada banyak pengalaman baru....tak sabar rasanyer nak berkongsi cerita kat sini....insha Allah...akan diusahakan...mudah2an Allah memberi kemudahan dan kelapangan....

Perkenalkan cahaya mataku yang kedua...lahir pada petang (pukul 6.10 pm) hari ketujuh ramadan 1434 H bersamaan 16 July 2013.......seberat 3.24 kg...


Day 3
AHMAD FAHIM BIN MUHAMMAD HADI....
Fahim bermaksud : Yang faham, memahami, pintar, rajin belajar


Semoga anak umi menjadi anak yang soleh, penyejuk hati umi & baba....dan berjaya dunia akhirat....Ameen...



Wednesday 26 June 2013

Gara-gara Staphylococcus aureus mengganas...

Rentetan peristiwa ekoran aku dan keluarga kecikku bertapa di hospital selama seminggu....sebelum Solehah admitted...suami aku....dalam 4 hari jugaklah....12 - 15 May 2013...

17 May 2013 (Jumaat)
Suami jaga Solehah di rumah mak mertua sebab suami dapat cuti hospilization....1 minggu jugaklah suami cuti...syoknyer dia....hari ni Solehah banyak meragam....pastu Solehah mula menunjukkan simptom-simptom demam....suhu badannyer agak tinggi....tetapi suhu menurun bila diberikan ubat demam paracetamol...

18 May 2013 (Sabtu)
Demam Solehah masih tidak kebah....ubat paracetamol sudah tidak memberi kesan kepada Solehah....suhu badannyer tidak turun....Solehah pasti akan menjerit kesakitan bila dibasuh berak....nak bagi pakai pamperspun susah....aku sedikit hairan...bila check...tak der ape2 pun....kesan melecetpun tak der...mmm....musykil jugak ni...apalah yang tak kena dengan anak umi...

19 May 2013 (Ahad)
Hari ni hari ketiga Solehah demam....jika demamnyer masih tidak kebah...memang tahap kena bawak pergi klinik dah ni....masa tengahari ketika aku nak mandikan Solehah....aku perhatikan peha Solehah yang sebelah kiri agak sedikit besar berbanding peha sebelah kanan....aku dan suami terkejut....bila dipegang di tempat yang bengkak tu....Solehah menangis kesakitan....aku terkesima sekejap...Ya Allah...apa dah jadi dengan anak umi ni...nak kata bisul...tapi tak der nampak mata ataupun merah-merah....lantas aku dan suami bersiap-siap dan bergegas ke hospital....

Setelah menunggu beberapa jam....barulah dapat berjumpa pakar paediatric, Dr Lim....beliau beranggapan Solehah menghidapi bengkak bisul....bisul  yang di bahagian dalam....sebab tu tiada mata...tetapi Solehah perlu dirawat di hospital kerana Dr ingin memasukkan ubat antibiotik jenis biasa melalui IV drip...pemberian ubat antibiotik seperti ini boleh mempercepatkan proses penyerapan ubat...Dr bimbang jangkitan tersebut akan bertambah teruk...jadi pada malamnyer bermulalah episod aku tidur di wad selama seminggu....malam pertama hanya aku yang menjaga Solehah...Ya Allah...aku memang dah tak terdaya lagi...memandangkan akupun dah sarat....maka keesokan harinyer aku meminta suami supaya turut menemani aku dan Solehah tidur di wad....

21 May 2013 (Selasa)
Pakar paediatric, Dr Lim menyerahkan kes Solehah kepada Pakar orthopedic surgeon, Dr Muru....Dr Muru menyarankan supaya Solehah menjalani ujian ultrasound untuk mengenalpasti bengkak...pada paginyer kira-kira pukul 9.30 pagi...setelah di"scan"....pakar2 ultrasound agak terkejut dan hairan kerana mereka dapati seluruh otot paha Solehah membengkak...dan bengkaknyer terlalu besar....mmm mulalah mereka membuat andaian2 yang macam2...huhu....dah yang pasti amat menakutkan.....malas aku nak nyatakan kat sini....hanya Allah yang mengetahui perasaan aku masa tu....kerana terlalu sedih aku menelefon suami.....dan kebetulan bos aku call menanyakan perihal anakku....lalu aku menceritakan hal tersebut...beliau dengan tegas berkata....tidak mungkin....tidak mungkin....lega aku mendengarnyer...aku agak yakin dengan apa yang dinyatakan oleh bos aku sebab dua orang anak dan menantunyer adalah terdiri dari kalangan doktor pakar perubatan...

Petangnyer, Dr Muru datang melawat Solehah...beliau menyatakan Solehah menghidap bisul dan beliau memberi antibiotik jenis Sulperazone...antibiotik ini lebih kuat untuk melawan kuman berbanding antibiotik jenis biasa yang telah diberi oleh Dr Lim...Dr Muru menyarankan Solehah berpuasa 5-6 jam keesokkan harinyer untuk membolehkan proses pembedahan dilakukan...itupun kalu bisul Solehah dah masak...

22 May 2013 (Rabu)
Hari ni suami aku pulak yang mengambil alih jaga Solehah...aku terpaksa jugak masuk office setelah dua hari bercuti...kot-kot ada benda urgent yang perlu diselesaikan...sebab esok aku akan bersambung cuti lagi untuk jaga Solehah....pergi kerjapun hati aku tak tenteram bila memikirkan anak di hospital...dah lah pagi ni kemungkinan dia nak kena operate...huhu....harap semuanyer ok...

Aku kept calling suami menanyakan perkembangan Solehah...akhirnyer pukul 11.30 pagi Solehah di operate...daripada cerita gambaran suami...ia agak mengerikan kerana prosedurnyer seperti melakukan major operation....kena masuk bilik OT (Operation theatre)...huhu....seram jer bunyinyer...

Alhamdulillah...operation hanya dilakukan kira-kira 10 minit...menurut suami Solehah kembali cergas sejurus selepas beberapa minit keluar dari bilik OT.....selepas kenyang minum susu....Solehah...Solehah...Solehah....

Selama beberapa hari di sini, Solehah tak betah duduk di ward...dia berjalan ke sana ke mari.....boleh dikatakan hampir semua kakitangan hospital mengenali Solehah....hinggakan kadang-kadang Dr Muru @ Dr Lim kena call aku @ suami dulu jika nak datang check perkembangan Solehah....

Disebabkan tempat luka Solehah agak sukar untuk dijaga....dan untuk mengelakkan jangkitan kuman makanyer Dr Muru memberi penekanan dari segi kebersihan luka...Dr Muru akan buat "wound dressing" pada pagi Jumaat....tetapi disebabkan Solehah terlalu aktif...pita pelekat yang menutupi lukanyer terkoyak sedikit...dan Dr Muru terpaksa mempercepatkan proses "wound dressing" iaitu pada keesokkan harinyer....sekali lagi Solehah dipaksa berpuasa....huhu...sabarlah hati....

23 May 2013 (Khamis)
Setelah 5 jam Solehah berpuasa...proses "wound dressing" dijalankan...kali ini aku yang membawa Solehah  sendiri ke bilik OT...prosedur yang sama seperti "operation"...air mataku menitis tatkala melihat Solehah seperti ketakutan bila dibaringkan di atas katil dan mulutnyer ditutup dengan topeng oksigen....tak sampai beberapa minit....Solehah sudah tertidur....ya Allah...ini baru minor operation....Kau jauhkanlah aku dan ahli keluargaku dari dugaan atau penyakit yang kronik...tak sanggup rasanyer....Ameen...

Setelah 20 minit,  proses "wound dressing" selesai dijalankan....Solehah dahpun terjaga dari lenanyer...aik kejap sungguh dia tidur....Solehah menangis kelaparan....Solehah pantang tengok makanan....mulutnyer ternganga-nganga...dan dia meminta..."nak..nak...nak..." ...ala siannyer anak umi ni....dah kira tahap kebulur ni...huhu...


  
Solehah selepas menjalani proses "wound dressing"...


Menurut Dr Muru, hasil ujian makmal yang dijalankan ke atas tisu bisul Solehah....Solehah demam panas gara-gara terkena jangkitan ganas kuman Staphylococcus aureus....so penjagaan terhadap luka hendaklah dijaga dengan rapi...setiap kali kena monitor...kena kerap tukar cotton wool yang telah disentril....mmm memang leceh sikitlah...

Dr Muru nak monitor luka Solehah sehingga hari Ahad ini...jika ok...kami dibenarkan  balik rumah....  


25 May 2013 (Sabtu)
Pagi-pagi lagi Dr Muru membuat lawatan ke wad untuk melihat luka Solehah...Alhamdulillah....beliau berpuas hati...dan esoknyer kami sudah boleh dibenarkan keluar wad...ya Allah...bertapa leganyer hati aku...dah seminggu aku tido di hospital....bagaimanalah keadaan rumah aku....

Petangnyer, kami sekeluarga menerima kunjungan adik aku, Daus dan keluarganye dari Pahang....


*p/s: Aku mengambil masa lebih dari satu minggu untuk menyiapkan entry ni....mmm...aku cuba maximise kan keje sebelum aku mengambil cuti panjang....kira-kira 1 bulan jer lagi....mudah-mudahan sempatlah.... 



Wednesday 5 June 2013

Semoga Solehah menjadi sesolehah namanyer...

Waaa....dah lamanyer tak update blog...rindu sangat2...tapi apakan daya terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan...terpaksa tangguhlah dulu....nak siapkan satu entri ni pun mengambil masa sampai 3-4 hari....terlalu banyak cerita yang aku nak kongsikan... huhu....dan yang pasti semuanyer pasal keletah anakku Iman Solehah....dah semakin besar ni...macam-macam ragam dia....makin banyak cakap....tapi malangnyer umi langsung tak faham.....hehe...memang kesian....

Sebagai entri pembuka bulan baru ni...bulan Jun...mmm dah masuk pertengahan tahun 2013 pun...ya Allah...begitu pantas masa berlalu....hampir 2 minggu dalam bulan May hilang macam tu jer...hospital jadi rumah kedua aku...mmm Ya Allah...dugaan sungguh....study pun ntah ke mana....dan aku menjadi orang yang paling dikehendaki di Klinik Ibu & anak Bakar Arang, SP sebab dah banyak minggu tak pegi check up perut....huhu... Alhamdulillah aku berjaya melalui detik-detik yang amat mencabar tu...nantilah aku ceritakan alkisah dan asbab aku dan keluarga kecikku bertapa di hospital....hehe....

Kali ni aku amat teruja nak tulih cerita pasal ini dulu...keletah Solehah yang suka meniru apa yang dilihatnyer...yang paling ketara yang aku perasan....bila dia batuk...dia akan tutup mulut dengan tangan....bila selsema dia lap guna sapu tangan atau baju dia....dan yang paling aku terkezut....reaksi Solehah seperti di bawah...




Suatu petang masa di hospital....Solehah merenggek2 nak sejadah selepas dia melihat aku selesai solat...jadi aku hamparkan sejadah untuknyer....aku terlihat Solehah terus mengangkat tangan seperti orang solat...dan mulutnyer mengucapkan perkataan dalam pelat "Allahbat! Allahbat!"....mmm biar betul budak ni...mudah benar meniru...Alhamdulillah..meniru yang baik...semoga anak umi ni menjadi anak yang solehah bila besar nanti dan boleh tolong doa & hadiahkan bacaan yasin kat umi & baba bila dah tak der nanti...Ameen...


*p/s: Sekarang kandungan aku dah mencecah 32 minggu....ini bermakna aku makin menghampiri proses kelahiran sekali lagi....huhu...seramnyer...semoga Allah memudahkan segala untukku...Ameen....





Thursday 9 May 2013

Solehah dodoikan umi & baba tido...

Ini adalah alkisah hari isnin yang lalu...6 Mei 2013....aku dapat cuti sempena PRU13 manakala suami buat-buat cuti sendiri sebab berkabung dengan keputusan PRU13...huhu....aku dan suami menjadi letih dan mengantuk gara-gara tido lewat kerana menunggu result PRU13...dah tu pulak result pulak agak mengecewakan....mmmm....lagilah bertambah letihnya....

Mata aku pun dah macam ala-ala kartun garfield....suami aku pun dah selamat belayar....tak tahu dah sampai kat mana....huhu....so tak der sape yang melayan Solehah....mujurlah Solehah tak main jauh.....Abih Solehah angkut semua barang mainan dia kat tempat kami tido....huhu.....Agaknyer Solehah dah boring main sorang-sorang...pastu mulalah mengacau umi dan babanya tido....kesian babanye jadi kuda tunggangan...umi tak bolehlah....ada baby dalam perut....

Lepas main panjat2 tu....tiba-tiba pula Solehah tepuk umi & baba sampai menyanyi.....kira macam ibu dodoikan anaknyer supaya cepat tido....huhu....comei sangatkan....cepat-cepat aku rakam.....aku pasti tergelak tiap kali dengar klip video ni....






Dah besar anak umi ni.....nak makanpun tak mau dah orang suapkan....nak makan sendiri....mmm....nanti boleh mengasuh adik pulak yer....Esok lusa jer Solehah nak masuk 1 tahun 6 bulan....begitu cepat masa berlalu kan.....Semoga Solehah menjadi sesolehah namanyer....Ameen....

Thursday 2 May 2013

Selamat Jalan MyVi PJE 2652 a.k.a Kontot....

30 April 2013 adalah hari terakhir MyVi PJE 2652 a.k.a Kontot bersama aku sekeluarga....terasa sayu jer nak berpisah dengannya....Hampir 4 tahun kenangan bersama ....terlalu banyak kenangan manis dan pahit bersamanyer...aku dan suami terlalu sayang nak lepaskannyer....tak terdaya menahannya kerana setiap pertemuan pasti akan disusuli dengan perpisahan....antara cepat atau lambat sahaja....huhu....apa-apapun hidup perlu diteruskan....




Bye...Bye...Bye...Kontot....Sayang kamu....
Semoga kamu akan mendapat tuan yang lebih baik dari kami.....



Selama aku travel dari SP ke Penang....Kontot tidak pernah buat masalah.....Alhamdulillah....Allah permudahkan aku....

Sebenarnyer terdapat beberapa sebab kami terpaksa lepaskan Kontot....ruang dalaman yang agak terhad...ekoran keluarga kami bakal bertambah seorang lagi...In sha Allah...jadi ruang yang agak sempit ni menyebabkan tiada tempat penyimpanan barang-barang....jika perjalanan jauh seperti balik ke Pahang dah tentunyer perjalanan menjadi tidak selesa....

Dan lagi satu penyebab yang agak kuat adalah mileage Kontot sudah hampir mencecah 150 K....menurut suami jika mileage sesebuah kereta sudah mencapai 200 K....kereta tersebut akan memberi banyak masalah walaupun ia dijaga dengan baik....nak trade in pun tak laku....huhu....tapi itu semua jika tiada pemangkinnya ....maka tak berani jugaklah nak berhajat....Alhamdulillah aku dan suami dikurniakan tambahan rezeki....bolehlah menampung beban perbelanjaan yang semakin bertambah...

Hari ni adalah hari pertama aku memandu kereta baru...tak der nama lagi....tak tau nak bubuh nama apa....mmm....besar sikitlah....tak dapatlah aku nak menyelit-yelit lagi....huhu....

*p/s: Minggu depan kandungan aku dah masuk 7 bulan....huhu....cepatnyer masa berlalu...

  


Tuesday 30 April 2013

Jalan-jalan Cari Replika...

Sambil-sambil makan kenduri di Felda Teloi Timur, Baling Kedah....aku dan suami mengambil kesempatan mencari dan mengambil gambar-gambar menarik replika-replika PRU13 yang terdapat di sekitar Kuala Ketil, Bukit Selambau dan Sungai Petani...boleh dikatakan sambutan PRU13 ini sangat meriah berbanding PRU-PRU yang lepas...


Tahniah dan Selamat Pengantin Baru...



Jom layan hasil tangkapan gambar-gambar replika....gambar-gambar ini diambil di sekitar Kuala Ketil dan Bukit Selambau....kreatif sungguh...macam-macam ada...


Replika beg dan cincin Rosmah pun ada....
rasa nak tergelakpun ada...
adui...macam-macam...


Replika yang terdapat di Sungai Petani

Kereta kebal dan jet pejuang..



Gambar-gambar replika kat bawah ini pula di perolehi melalui agenda "Jalan-jalan Cari Replika Melalui Facebook"...huhu...

Replika-replika dari barisan pakatan rakyat...










Replika-replika dari barisan nasional...








Pada pendapat akulah...para-para calon yang bertanding dan penyokong-penyokong seharusnyalah berkempen secara sihat...pelbagai cara boleh digunakan asalkan tidak bercanggah dengan hukum islam....tidak memburuk-burukkan atau membuka aib antara satu sama lain...serta tidak membazir-bazirkan duit rakyat...perbuatan seumpama ini secara tidak langsung akan memberi contoh yang tidak baik untuk generasi muda...yang mana golongan-golongan ini bakal menjadi pemimpin negara kelak...


*p/s: Kepada rakyat Malaysia yang mengundi pada 5 Mei ini....aku menyeru di sini....bukalah mata....bukalah minda....buatlah keputusan yang sebijak-bijaknyer tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pilhak....pilihlah calon yang layak...kalu boleh buat solat istikarah....biar Allah tentukan siapa yang terbaik untuk jadi pemimpin kita....kerana masa depan negara kita terletak pada pemimpin yang kita pilih...silap pilih pemimpin...maka porak-perandalah masa depan generasi kita seterusnya...Aku amat menyayangi Malaysia...Mudah-mudahan Malaysia sentiasa di dalam rahmat Allah SWT...Ameen....