17 May 2013 (Jumaat)
Suami jaga Solehah di rumah mak mertua sebab suami dapat cuti hospilization....1 minggu jugaklah suami cuti...syoknyer dia....hari ni Solehah banyak meragam....pastu Solehah mula menunjukkan simptom-simptom demam....suhu badannyer agak tinggi....tetapi suhu menurun bila diberikan ubat demam paracetamol...
18 May 2013 (Sabtu)
Demam Solehah masih tidak kebah....ubat paracetamol sudah tidak memberi kesan kepada Solehah....suhu badannyer tidak turun....Solehah pasti akan menjerit kesakitan bila dibasuh berak....nak bagi pakai pamperspun susah....aku sedikit hairan...bila check...tak der ape2 pun....kesan melecetpun tak der...mmm....musykil jugak ni...apalah yang tak kena dengan anak umi...
19 May 2013 (Ahad)
Hari ni hari ketiga Solehah demam....jika demamnyer masih tidak kebah...memang tahap kena bawak pergi klinik dah ni....masa tengahari ketika aku nak mandikan Solehah....aku perhatikan peha Solehah yang sebelah kiri agak sedikit besar berbanding peha sebelah kanan....aku dan suami terkejut....bila dipegang di tempat yang bengkak tu....Solehah menangis kesakitan....aku terkesima sekejap...Ya Allah...apa dah jadi dengan anak umi ni...nak kata bisul...tapi tak der nampak mata ataupun merah-merah....lantas aku dan suami bersiap-siap dan bergegas ke hospital....
Setelah menunggu beberapa jam....barulah dapat berjumpa pakar paediatric, Dr Lim....beliau beranggapan Solehah menghidapi bengkak bisul....bisul yang di bahagian dalam....sebab tu tiada mata...tetapi Solehah perlu dirawat di hospital kerana Dr ingin memasukkan ubat antibiotik jenis biasa melalui IV drip...pemberian ubat antibiotik seperti ini boleh mempercepatkan proses penyerapan ubat...Dr bimbang jangkitan tersebut akan bertambah teruk...jadi pada malamnyer bermulalah episod aku tidur di wad selama seminggu....malam pertama hanya aku yang menjaga Solehah...Ya Allah...aku memang dah tak terdaya lagi...memandangkan akupun dah sarat....maka keesokan harinyer aku meminta suami supaya turut menemani aku dan Solehah tidur di wad....
21 May 2013 (Selasa)
Pakar paediatric, Dr Lim menyerahkan kes Solehah kepada Pakar orthopedic surgeon, Dr Muru....Dr Muru menyarankan supaya Solehah menjalani ujian ultrasound untuk mengenalpasti bengkak...pada paginyer kira-kira pukul 9.30 pagi...setelah di"scan"....pakar2 ultrasound agak terkejut dan hairan kerana mereka dapati seluruh otot paha Solehah membengkak...dan bengkaknyer terlalu besar....mmm mulalah mereka membuat andaian2 yang macam2...huhu....dah yang pasti amat menakutkan.....malas aku nak nyatakan kat sini....hanya Allah yang mengetahui perasaan aku masa tu....kerana terlalu sedih aku menelefon suami.....dan kebetulan bos aku call menanyakan perihal anakku....lalu aku menceritakan hal tersebut...beliau dengan tegas berkata....tidak mungkin....tidak mungkin....lega aku mendengarnyer...aku agak yakin dengan apa yang dinyatakan oleh bos aku sebab dua orang anak dan menantunyer adalah terdiri dari kalangan doktor pakar perubatan...
Petangnyer, Dr Muru datang melawat Solehah...beliau menyatakan Solehah menghidap bisul dan beliau memberi antibiotik jenis Sulperazone...antibiotik ini lebih kuat untuk melawan kuman berbanding antibiotik jenis biasa yang telah diberi oleh Dr Lim...Dr Muru menyarankan Solehah berpuasa 5-6 jam keesokkan harinyer untuk membolehkan proses pembedahan dilakukan...itupun kalu bisul Solehah dah masak...
22 May 2013 (Rabu)
Hari ni suami aku pulak yang mengambil alih jaga Solehah...aku terpaksa jugak masuk office setelah dua hari bercuti...kot-kot ada benda urgent yang perlu diselesaikan...sebab esok aku akan bersambung cuti lagi untuk jaga Solehah....pergi kerjapun hati aku tak tenteram bila memikirkan anak di hospital...dah lah pagi ni kemungkinan dia nak kena operate...huhu....harap semuanyer ok...
Aku kept calling suami menanyakan perkembangan Solehah...akhirnyer pukul 11.30 pagi Solehah di operate...daripada cerita gambaran suami...ia agak mengerikan kerana prosedurnyer seperti melakukan major operation....kena masuk bilik OT (Operation theatre)...huhu....seram jer bunyinyer...
Alhamdulillah...operation hanya dilakukan kira-kira 10 minit...menurut suami Solehah kembali cergas sejurus selepas beberapa minit keluar dari bilik OT.....selepas kenyang minum susu....Solehah...Solehah...Solehah....
Selama beberapa hari di sini, Solehah tak betah duduk di ward...dia berjalan ke sana ke mari.....boleh dikatakan hampir semua kakitangan hospital mengenali Solehah....hinggakan kadang-kadang Dr Muru @ Dr Lim kena call aku @ suami dulu jika nak datang check perkembangan Solehah....
Disebabkan tempat luka Solehah agak sukar untuk dijaga....dan untuk mengelakkan jangkitan kuman makanyer Dr Muru memberi penekanan dari segi kebersihan luka...Dr Muru akan buat "wound dressing" pada pagi Jumaat....tetapi disebabkan Solehah terlalu aktif...pita pelekat yang menutupi lukanyer terkoyak sedikit...dan Dr Muru terpaksa mempercepatkan proses "wound dressing" iaitu pada keesokkan harinyer....sekali lagi Solehah dipaksa berpuasa....huhu...sabarlah hati....
23 May 2013 (Khamis)
Setelah 5 jam Solehah berpuasa...proses "wound dressing" dijalankan...kali ini aku yang membawa Solehah sendiri ke bilik OT...prosedur yang sama seperti "operation"...air mataku menitis tatkala melihat Solehah seperti ketakutan bila dibaringkan di atas katil dan mulutnyer ditutup dengan topeng oksigen....tak sampai beberapa minit....Solehah sudah tertidur....ya Allah...ini baru minor operation....Kau jauhkanlah aku dan ahli keluargaku dari dugaan atau penyakit yang kronik...tak sanggup rasanyer....Ameen...
Setelah 20 minit, proses "wound dressing" selesai dijalankan....Solehah dahpun terjaga dari lenanyer...aik kejap sungguh dia tidur....Solehah menangis kelaparan....Solehah pantang tengok makanan....mulutnyer ternganga-nganga...dan dia meminta..."nak..nak...nak..." ...ala siannyer anak umi ni....dah kira tahap kebulur ni...huhu...
Solehah selepas menjalani proses "wound dressing"...
Menurut Dr Muru, hasil ujian makmal yang dijalankan ke atas tisu bisul Solehah....Solehah demam panas gara-gara terkena jangkitan ganas kuman Staphylococcus aureus....so penjagaan terhadap luka hendaklah dijaga dengan rapi...setiap kali kena monitor...kena kerap tukar cotton wool yang telah disentril....mmm memang leceh sikitlah...
Dr Muru nak monitor luka Solehah sehingga hari Ahad ini...jika ok...kami dibenarkan balik rumah....
25 May 2013 (Sabtu)
Pagi-pagi lagi Dr Muru membuat lawatan ke wad untuk melihat luka Solehah...Alhamdulillah....beliau berpuas hati...dan esoknyer kami sudah boleh dibenarkan keluar wad...ya Allah...bertapa leganyer hati aku...dah seminggu aku tido di hospital....bagaimanalah keadaan rumah aku....
Petangnyer, kami sekeluarga menerima kunjungan adik aku, Daus dan keluarganye dari Pahang....
*p/s: Aku mengambil masa lebih dari satu minggu untuk menyiapkan entry ni....mmm...aku cuba maximise kan keje sebelum aku mengambil cuti panjang....kira-kira 1 bulan jer lagi....mudah-mudahan sempatlah....