MARI BACA DOA

gif islamic

Friday 6 May 2011

Awasss...


Opss...mesti kalian terkezzut kan bila tengok tajuk entry kali ni.....hehe....sajer nak syer dengan kalian....jangan takut....cuma nak kalian berhati-hati dalam pemilihan makanan.....dalam minggu ini aku ada test asid benzoik dalam pelbagai sampel sos....untuk itu mari kita ketahui dahulu apa itu asid benzoik dan apa kegunaannyer dalam industri makanan....

Asid benzoik sebagai bahan pengawet dalam makanan dan kesan apabila berlebihan.
Kita tentunya pernah mendengar penggunaan bahan-bahan pengawet seperti asid benzoik dalam pembuatan makanan yang bertujuan untuk mencegah pertumbuhan bakteria, kulat dan ragi yang boleh menyebabkan makanan menjadi basi dan berbau busuk.


Lumrahnya asid benzoik disediakan secara sintetik walaupun boleh didapati secara semula jadi. Ianya berupaya bertindak sebagai ajen antibakteria dan antikulat. Pengawet seperti ini biasanya digunakan dalam sos cili, sos tomato, jem dan sebagainya untuk membolehkan tahan lama.


Bahan ini juga terdapat dalam berbagai bentuk seperti natrium benzoat, kalium benzoat, kalsium benzoat atau dalam bentuk benzoat yang lain seperti hidroksibenzoat. Minuman ringan, kicap, sos daging panggang dan majerin merupakan sebahagian makanan yang menggunakan garam netrium benzoat sebagai pengawet.


Bahan-bahan awet yang dinyatakan tadi boleh menjejaskan kesihatan pengguna jika digunakan secara berlebihan terutama kepada mereka yang alah kepada ubat aspirin kerana struktur kimianya adalah berkaitan.


Selain dari itu bahan ini akan memburukkan lagi keadaan kepada pengidap penyakit lelah dan pesakit ruam kulit. Asid benzoik yang digunakan secara berlebihan juga boleh mengakibatkan kerengsaan perut bahkan terdapat laporan menyatakan bahawa sistem saraf juga boleh turut terjejas.
 
[Sumber: http://groups.yahoo.com/group/Pengguna/message/537].
 
Berdasarkan ujian yang aku jalankan....didapati:
  1. Sos termasuklah cili sos, tomato dan sos cili thai mengandungi asid benzoik sebanyak 400 hingga 900 mg/kg....manakala sos oyster mempunyai asid benzoik yang agak tinggi...
  2. Kicap pula di antara 200 hingga 800 mg/kg.
  3. Sos tauchu di antara 500 hingga 1200 mg/kg.
Nilai yang diperolehi bukan untuk semua produk makanan yang berada di pasaran...

Berdasarkan kepada Malaysia Food Act regulations.....had penggunaan bagi asid benzoik bagi kebanyakan makanan adalah 1000 mg/kg...tetapi ia bergantung kepada produk makanan....manakala negara Jepun pula adalah 600 mg/kg...

No comments: