Bercakap mengenai sambutan raya tahun ni....bagi aku tahun ini merupakan raya yang paling sedih dalam hidup aku....aku diuji dengan dugaan yang amat berat...pasti ada hikmah atas setiap apa yang berlaku....tahun ni merupakan tahun pertama aku dan suami beraya di sebelah keluarga aku di Pahang....pada awal Syaaban yang lalu, hatiku berbunga-bunga nak balik beraya....pelbagai agenda disusun....aku excited ingin menunjukkan kemeriahan beraya di Pahang kepada suami.....keseronokan membuat lemang....keseronokan menziarah ke rumah sanak-saudara....tetapi kita hanya mampu merancang Allah SWT jualah yang menentukan segalanya....
Untukjuadah hari raya, aku hanya menyediakan nasi himpit, rendang ayam dan kuah kacang manakala suami memasak mee goreng mamak....kalu ikutkan kudrat aku yang ketika ni sedang mengandung 7 bulan....tak mampu rasanyer nak buat....tapi memandangkan tugas aku sebagai kakak yang sulung....aku harus kuatkan semangat.....Alhamdulillah suami dan adik-adikku banyak menolong....aku membuat perasaan sebak jauh-jauh....aku tak mahu mencemari kemeriahan suasana hari raya....almaklumlah tahun depan giliran aku dan suami beraya di Kedah pula....huhu.....dan aku tak mahu adik-adikku menjadi lemah....yang pergi tetap pergi....yang hidup perlu teruskan kehidupan....
Seusai menziarah kubur ayah di pagi raya....kami sekeluarga beraya di rumah Pak Cik Abu Seman yang terletak berdekatan....Pak Cik Abu Seman adalah saudara sebelah ayahku...
Pada hari raya kedua, kami sekeluarga pergi beraya di rumah bapa saudara aku di Kerayong yang terletak dalam kawasan Temerloh......juga keluarga sebelah ayah.....
Bergambar di laman rumah Pak Su Mizi...
No comments:
Post a Comment