MARI BACA DOA

gif islamic

Tuesday, 26 February 2013

Pandai masuk...tak pandai keluar...

Hehe...Macam-macam hal...Suatu petang hari cuti....tak ingat bila....bulan lepas kot....

Tiba-tiba jer terdengar bunyi Solehah menangis....jenuh mencari....rupa-rupanyer dok bawak kerusi sofa....huhu...apa lah anak umi ni....Pandai masuk...tak pandai keluar....then cepat-cepat aku ambil camera and snap picture...hehe...bukan nak selamatkan Solehah dulu...huhu....comel tu untuk jadikan sebagai kenangan....bila besar nanti...boleh tunjuk kat Solehah...hehe...

Macamanalah Solehah boleh termasuk kat bawah kerusi ni....mungkin dia nak amik somethinglah tu....






Ala kesiannyer anak umi ni....


*p/s : Semalam ibu jari kaki Solehah terluka....tak tahu kena apa....banyak juga keluar darah...apalagi Solehah menangis menjerit-jerit apabila tengok kakinyer banyak darah....mmmm...menurun sebijik perangai uminyer....penakut....huhu.....


Thursday, 21 February 2013

Sixth Cranial Nerve Palsy...

Cuba kalian tengok gambar Solehah di bawah....





Jika kalian perasan dalam gambar kedua...kelihatan memang jelas....iaitu mata Solehah seperti menjeling....sebenarnya pada pertengahan bulan Januari yang lalu....Solehah mengalami sindrom "Sixth Cranial Nerve Palsy"...Kebanyakan sindrom ini berpunca dari jangkitan atau kanser....

Kejadian ini adalah kejadian yang kedua berlaku menimpa Solehah....kali pertama semasa Solehah berumur 6 bulan.....tak tahu nak gambarkan perasaan aku masa tu....tak tahu kenapa mata Solehah jadi macam tu secara tiba-tiba....tapi selepas 1 minggu...mata Solehah kembali normal... Paediatrician pun tak tahu apa puncanye....

Dan kejadian kedua ni, mata Solehah mengambil masa 2-3 minggu untuk pulih....kesian umi tengok anak ni....Solehah terpaksa memusingkan kepalanya jika ingin memandang ke depan....yang paling ketara jika Solehah memandang ke sebelah kiri.....mata sebelah kiri tidak bergerak ke kiri....aku nak snap gambar Solehah pun jadi malas....jika kalian perasan mungkin ada gambar-gambar Solehah yang sebelum ini....banyak yang menjeling....huhu....aku dan suami membawa Solehah berjumpa pakar mata....Dr. Huam....dan menurut Dr. Huam, Solehah tidak mengalami masalah juling...tetapi Solehah perlu melalui ujian MRI untuk mengenalpasti punca sebenar masalah...sama ada kanser atau jangkitan....maka kes Solehah dirujuk kembali kepada paediatrician...Dr Loh....

Sebenarnyer ramai yang tak bersetuju dan memberi aku alternatif supaya Solehah tidak diuji dengan ujian MRI...sebabnyer ujian tersebut agak bising dan ini mungkin akan memberi kesan yang tak baik terhadap Solehah....entahlah..aku dah tak der pilihan...tapi menurut Dr Loh...ujian tu tak memberi apa-apa kesan cumanyer Solehah kena berpuasa....Ya Allah...kesiannyer anak umi....kecik2 lagi dah kena uji macam2.....

Sebelum ujian MRI....Solehah diberi ubat tidur...dan aku diberitahu oleh petugas unit MRI....yang Solehah mungkin akan di scan sekali lagi jika hasil ujian scan yang pertama tidak jelas...Solehah akan diberi makan ubat untuk membezakan saraf-saraf mata....Ya Allah....hancur hati aku masa tu....aku hanya berdoa semoga Solehah tidak perlu di uji buat kali kedua....

Setelah selesai ujian MRI, aku dan suami dipanggil untuk bertemu Dr Loh....Alhamdulillah...Solehah bebas dari kanser....Solehah terkena jangkitan....Saraf kranial ke enam Solehah gagal berfungsi....seolah-olah ia tergendala....kes seumpama ini jarang dijumpai.....biasanyer....muka jadi senget (saraf kranial ke tujuh tak berfungsi) atau kaki jadi lumpuh......mmm yang peliknyer Solehah tak mengalami demampun....badannya sedikit suam....tetapi beberapa hari sebelum tu....dia cuma mengalami batuk-batuk dan selsema yang agak teruk....Sampai Solehah tak der selera makan....

Untuk merawat jangkitan....Dr Loh memberi Solehah ubat antibiotik, ubat batuk, ubat selsema dan macam-macam lah...Aku sedikit risau...adakah mata Solehah akan berkekalan seperti tu?....huhu....soalan itulah yang mula-mula aku tanya....mmm....risau sungguh hati ini.....menurut Dr Loh...Mata Solehah akan kembali normal...mungkin cepat....mungkin lambat....mungkin mengambil masa berbulan-bulan....

Alhamdulillah...dua minggu selepas itu....mata Solehah dah kembali normal...     

   


Thursday, 14 February 2013

Makan-makan di rumah Njang 2013...

Aktiviti ini dah lamapun berlaku iaitu pada pertengahan bulan lepas....Kali terakhir makan beramai-ramai di rumah Njang adalah pada tahun 2011....dah dua tahun berlalu....begitu pantas masa berlari.....masa tu makan-makan sempena kenduri tahlil seperti dalam entry "hari-terakhir-bulan-7"...tapi makan-makan kali ni tak pasti pulak sempena apa....apa-apapun temanyer.....yang pasti aktiviti ini adalah aktiviti pembuka bagi tahun baru 2013....









Makan-makan kali ini agak istimewa kerana kehadiran kak long dan bang long sekeluarga....Abg Long baru sahaja menamatkan pengajiannya di UK pada tahun lepas...


*p/s: Selamat hari lahir buat Afiq Syukri....semoga menjadi anak penyejuk mata dan hati ibu dan abah....