Jika kalian perasan dalam gambar kedua...kelihatan memang jelas....iaitu mata Solehah seperti menjeling....sebenarnya pada pertengahan bulan Januari yang lalu....Solehah mengalami sindrom "Sixth Cranial Nerve Palsy"...Kebanyakan sindrom ini berpunca dari jangkitan atau kanser....
Kejadian ini adalah kejadian yang kedua berlaku menimpa Solehah....kali pertama semasa Solehah berumur 6 bulan.....tak tahu nak gambarkan perasaan aku masa tu....tak tahu kenapa mata Solehah jadi macam tu secara tiba-tiba....tapi selepas 1 minggu...mata Solehah kembali normal... Paediatrician pun tak tahu apa puncanye....
Dan kejadian kedua ni, mata Solehah mengambil masa 2-3 minggu untuk pulih....kesian umi tengok anak ni....Solehah terpaksa memusingkan kepalanya jika ingin memandang ke depan....yang paling ketara jika Solehah memandang ke sebelah kiri.....mata sebelah kiri tidak bergerak ke kiri....aku nak snap gambar Solehah pun jadi malas....jika kalian perasan mungkin ada gambar-gambar Solehah yang sebelum ini....banyak yang menjeling....huhu....aku dan suami membawa Solehah berjumpa pakar mata....Dr. Huam....dan menurut Dr. Huam, Solehah tidak mengalami masalah juling...tetapi Solehah perlu melalui ujian MRI untuk mengenalpasti punca sebenar masalah...sama ada kanser atau jangkitan....maka kes Solehah dirujuk kembali kepada paediatrician...Dr Loh....
Sebenarnyer ramai yang tak bersetuju dan memberi aku alternatif supaya Solehah tidak diuji dengan ujian MRI...sebabnyer ujian tersebut agak bising dan ini mungkin akan memberi kesan yang tak baik terhadap Solehah....entahlah..aku dah tak der pilihan...tapi menurut Dr Loh...ujian tu tak memberi apa-apa kesan cumanyer Solehah kena berpuasa....Ya Allah...kesiannyer anak umi....kecik2 lagi dah kena uji macam2.....
Sebelum ujian MRI....Solehah diberi ubat tidur...dan aku diberitahu oleh petugas unit MRI....yang Solehah mungkin akan di scan sekali lagi jika hasil ujian scan yang pertama tidak jelas...Solehah akan diberi makan ubat untuk membezakan saraf-saraf mata....Ya Allah....hancur hati aku masa tu....aku hanya berdoa semoga Solehah tidak perlu di uji buat kali kedua....
Setelah selesai ujian MRI, aku dan suami dipanggil untuk bertemu Dr Loh....Alhamdulillah...Solehah bebas dari kanser....Solehah terkena jangkitan....Saraf kranial ke enam Solehah gagal berfungsi....seolah-olah ia tergendala....kes seumpama ini jarang dijumpai.....biasanyer....muka jadi senget (saraf kranial ke tujuh tak berfungsi) atau kaki jadi lumpuh......mmm yang peliknyer Solehah tak mengalami demampun....badannya sedikit suam....tetapi beberapa hari sebelum tu....dia cuma mengalami batuk-batuk dan selsema yang agak teruk....Sampai Solehah tak der selera makan....
Untuk merawat jangkitan....Dr Loh memberi Solehah ubat antibiotik, ubat batuk, ubat selsema dan macam-macam lah...Aku sedikit risau...adakah mata Solehah akan berkekalan seperti tu?....huhu....soalan itulah yang mula-mula aku tanya....mmm....risau sungguh hati ini.....menurut Dr Loh...Mata Solehah akan kembali normal...mungkin cepat....mungkin lambat....mungkin mengambil masa berbulan-bulan....
Alhamdulillah...dua minggu selepas itu....mata Solehah dah kembali normal...
No comments:
Post a Comment