MARI BACA DOA

gif islamic

Wednesday, 28 October 2009

Salam perpisahan

Perkataan "perpisahan" memang tidak kugemari...tak kiralah perpisahan sekejap atau lama...apatah lagi kalu perpisahan itu buat selama-lamanyer...huhuhu...hanya air mata jadi peneman..dah menjadi adat..sesuatu pertemuan pasti diakhiri dengan perpisahan...

sebenarnyer kita bertemu untuk berpisah..jika tak nak berpisah..maka jangan bertemu..hehehe..bila berpisah pasti tak sabar untuk bertemu semula...

sebenarnya, saya ingin mengucapkan salam perpisahan buat rakan-rakan sekalian..buat masa ni saya akan cuti dari berblogging....insya Allah jika ada umur dan masa..kita akan berjumpa lagi..

saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya saya ada terkasar bahasa atau tingkah laku saya yang mengores hati anda sekalian..sejujurnyer saya tidak pernah berniat nak sakitkan hati sape2..tapi jika berlaku juga..mungkin disebabkan ketidaksengajaan saya...


Friday, 23 October 2009

Tahajjud Cinta

Beberapa hari yang lalu, kuterdengar lagu Dato' CT di radio..aku bukan peminat fanatik Dato' CT....mmm bleh tahan...cedap jugak...bila diamati senikata lagunya..terus aku jatuh cinta....lagunya berunsur ketuhanan..

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan
Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

Tuesday, 6 October 2009

Seronoknyeeeeeer..


Sejak datang semula ke Penang, bila bertemu dengan kawan-kawan...ramai yang menegur...mengatakan yang aku semakin kurus..nampak semakin ayu..dan yang tak tahan tu..siap minta petua lagi...hehehe...seronoknyer aku..tapi betul ke aku kurus..macam tak percaya jer..mmm...setiap kali kalau ada orang mengatakan yang aku ni nampak kurus...aku pelik..sebab bila timbang berat jer..berat tak berubah pun...cuma aku rasa sekarang ni senang nak bergerak..kalu dulu..rasa berat jer..cepat mengah..hehehe..Aini lah yang akan menjadi mangsa pertanyaan aku.. "ada orang kata kak yati nampak kurus, betul ke?"...Aini dengan muka tension menjawab.."iye..kak yati memang dah kurus"..apa lagi melompat-lompatlah aku..ala-ala anak katak gitu...haha..aku berjaya mengurangkan lemak dalam badan aku..dah lama aku berusaha...start bulan lima lagi...mula-mula tu memang tersangat susah...tapi mujur ada Fir...member baik aku yang turut serta...dialah yang memperkenalkan diet pemakanan ni kat aku..huhuhu...memang menderita...untuk memastikan apa yang orang kata....akupun cubalah memakai baju yang lama-lama...masa zaman slim dolo-dolo..rupa-rupanyer aku dah boleh pakai...siap longgar lagi..ternyata aku memang dah kurus...

nak tau petua yang aku amalkan..tak perlu amik pil kurus yang mahal-mahal cuma kena kuat semangat melawan nafsu makan..
  1. Tak makan nasi..aku makan nasi selang dua atau tiga hari..kadang-kadang sampai seminggu.
  2. Gantikan dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.
  3. Banyakkan minum air.
  4. Tak akan makan selepas 7.00 malam.
  5. Kurangkan makan makanan yang berkolesterol tinggi.
Sebenarnyer, terdapat faktor-faktor lain juga yang banyak mendorong penurunan berat badan aku..antaranyer..
  1. puasa bulan ramadhan.
  2. sibuk dengan tesis.
  3. risau bila nak viva.dah masuk tiga bulan dari tarikh anta tesis.
  4. makan hati berulam jantung.
  5. tensen cari keje.
  6. buat keje rumah yang tak abih-abih.
  7. terpaksa budget makan.
  8. sibuk dengan persiapan kawen.
  9. takut tak boleh pakai baju kawen.selalu kena perli.
  10. macam-macam lagi.
Aku tak pasti sampai bila aku mampu mengawal berat badan aku macam ni..kadang-kadang tu selera makan datang bagaikan tsunami melanda Acheh..yang sukar untuk ditahan..

Friday, 2 October 2009

Min alif lam sin


Tatkala kini dunia dilanda pelbagai bencana..aku juga tidak terkecuali dari ditimpa bencana..aku dilanda taufan kemalasan untuk berblog...maaf yer kawan-kawan..banyak yang perlu kubina semula..semangat, kerajinan, amal ibadat..kurasakan kini aku berada di tempat yang paling bawah..untuk melepasi masa yang amat genting ini merupakan saat yang paling sukar dalam diari hidupku..kucuba untuk menahan air mata daripada keluar dari kelopaknya..kutahu air mata bukan penyelesai masalah..kuharus mencari cara bagaimana untukku naik ke atas semula..