MARI BACA DOA

gif islamic

Wednesday 16 September 2009

Balik kampung..hoho..balik kampung..

Pagi-pagi esok..ku akan bertolak balik ke Pahang...bestnyer..akhirnyer sampai jugak giliran kubalik kampung..hehehe..dengan ini ku akan bercuti dari berblogging..insya Allah..27 haribulan..ku akan datang kembali ke Penang...

Sempena bulan Syawal yang bakal menjelma ni..saya ucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" dan maafkan saya jikalau ada yang terkasar dan tersilap kata..terimalah kad raya dari saya..

Tuesday 15 September 2009

Demam kuih raya episod 2

Setelah berjaya menghasilkan kuih raya ALMOND LONDON dan MAZOLA dalam episod pertama terdahulu, aku menjadi semakin bersemangat untuk menghasilkan kuih raya..hehehe..tapi kali ini..aku hanya mencari resipi kuih yang tidak perlu menguli..sebab tangan dah sakit...pada asalnya, aku, kak ila dan aini bercadang nak buat minipopia..tetapi disebabkan masalah teknikal..maka biskut cornflake bersalut madu menjadi pilihan..mmmm...sangat senang..pejam mata sebelah pun boleh buat..hehe..inilah rupanyer kuih yang disebut-sebut..



Sedapkan?...nanti raya jemputlah ke rumah saya yer..jangan malu-malu...

Sunday 13 September 2009

Demam kuih raya

Memandangkan pada masa ini, aku tidak mempunyai sumber pendapatan...aku binggung memikirkan pasal kuih raya..memang menjadi rutin tahunan aku untuk membeli kuih raya untuk dibawa balik ke Pahang...harga kuih raya yang agak mahal...apa yang harus kulakukan..

Jadi dengan berbekalkan ilmu yang diberikan oleh Kak Ila dan Tri...oven nor..sepanjang hayat aku..seingat akulah..aku memang tidak pernah membuat biskut raya..aku memang tak suka buat benda yang remeh...tambahan pula..alat peralatan yang tidak mencukupi membataskannya..hehehe..saja cari alasan...tapi sekarang aku harus mencuba..aku gagahi diri untuk mencuba untuk menghasilkan biskut raya..iaitu Almond London dan Mazola..sebelum memulakan aktiviti membuat kuih..aku menuntut ilmu masakan..dan inilah resipinyer...




oven nor yang menjadi mangsa keganasan aku..
(Terima kasih yer nor..jasamu akan kukenang selamanyer..hehe)

Akhirnya, setelah berhempas-pulas...aku berjaya menghasilkan kuih raya Almond London dan Mazola...huhuhu..Alhamdulillah..tak sangka ya..tak susah pun..senang jer...sampai tak pergi terawih...hehehe...inilah rupa kuih...


ALMOND LONDON yang bukan berasal dari London

Biskut MAZOLA


Untuk diberikan kepada tunang tersayang dan bakal mentua

Sebenarnyer dengan membuat kuih raya ini, kita dapat berjimat cermat disamping dapat mengerat hubungan persaudaraan antara kita..kepada sesiapa yang ingin mempelajari membuat kuih-kuih ini..sila jangan malu untuk meminta resipi dari saya..

Wednesday 9 September 2009

Kunjungan ke Kuala Lumpur

Kira-kira 1 minggu yang lalu, iaitu pada 1 September 2009, aku berkesempatan berkunjung ke Kuala Lumpur..al-maklumlah..sekarang ini aku sudah bergelar PENGANGGUR BEBAS..so bebaslah ke mana-mana..hehe..sepanjang berada di Kuala Lumpur aku ditemani oleh AYU dan EDA sekeluarga..AYU...baru jer kenal dia.. aku kenali dia semasa di Kulim...mmm dia ni jenis easy going..


manakala EDA pula adalah sahabat karib aku semasa aku menuntut di USM..masa degree..mmmm dia memang baik..dan bagiku tak der sahabat yang sebaik dia...



Sekitar jam 1.30 ptg..aku dan Ayu bertolak ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas KONSORTIUM..
setelah berpenat lelah selama 5 jam berada di dalam bas..aku dan ayu tiba di Puduraya sekitar jam 6.30 ptg..kami bergegas ke surau Puduraya untuk menunaikan solat jamak zohor dan asar..mujur sempat..lepas solat..kami bergegas pula untuk mencari juadah untuk berbuka...
Ayu memberi cadangan untuk berbuka di KFC..kupula..tak kisahlah mana-mana..asalkan puasaku dibuka..kita digalakkan untuk menyegerakan waktu berbuka dan melambatkan waktu bersahur..disebabkan beg kami yang agak banyak, kami buat keputusan untuk menyimpan beg di kaunter penyimpanan beg di Surau ni..kalu tak silap..nama surau ni surau al-Hidayah...ketika kami ingin menyimpan beg..penjaga kaunter tidak lokek memberi hadiah senyuman kepada kami..mmm..akupun balas dengan senyuman jugak..hehehe..setelah beg kami disimpan di loker penyimpanan..penjaga kaunter memberi kami dua bungkus makanan bersama air dan juga buah...hatiku berbisik..
Alhamdulillah..murah rezeki kami hari ni...masih ada orang yang baik di Kuala Lumpur ni...walaupun mereka tidak mengenali kami..tapi masih sudi menghulurkan sedekah..dari riak wajah penjaga kaunter tersebut..kutahu..dia bukanlah berasal dari Malaysia..tapi budi bahasanya mengalahkan rakyat Malaysia sendiri...kami mengambil makanan tersebut dan kami hanya mampu mengucapkan ucapan terima kasih dan senyuman yang tidak bernilai kepada penjaga kaunter tersebut sebagai balasan terhadap pemberiannya..semoga Allah murahkan rezekinya..kami bergegas keluar menuju ke restoran KFC yang berkali-kali menjadi sebutan Ayu..kuhanya mengikutnya dari belakang..
Setelah berbuka puasa di KFC, Eda dan suaminya mengambil kami..mereka membawa berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur..aku agak teruja melihat keindahan malam di Kuala Lumpur..canteeekk..al-maklumlah..satu-satunya tempat yang aku pernah aku lawati di Kuala Lumpur ni adalah HENTIAN PUDURAYA..huhu..aku ni agak sukar untuk ke mana-mana...banyak batasan..batasan mak ayah..batasan masa..batasan duit..tambah pulak..aku ni memang bukan kaki yang suka berjalan..aku rasa..selama hampir 9 tahun aku kat Penang..aku masih belum khatam kawasan perlancongan kat sini..hehehe..
Setelah penat, akhirnya kami berhenti di TAMAN SURIA KLCC..kami melepak seketika disini..





Hatiku begitu kagum dengan landskap dan gerakan air pancut di tengah kolam...sungguh kreatif...begitu indah ciptaan Allah S.W.T yang memberi ilham kepada manusia..

Sunday 6 September 2009

060609

Hari ni cukup tiga bulan aku bergelar tunang kepada Saudara Muhammad Hadi bin Mansor..insya Allah..kalu tak der yang menghalang..bulan Disember tahun ni lah walimahnyer...ini bermakna masa untuk persiapan walimah hanya tinggal tiga bulan lagi..mmm..dah tak lama tu..tapi sampai sekarang aku masih dok melepak jer..berlagak seolah-olah macam tak der aper yang berlaku...hehehe..iyer lah..terlalu banyak benda yang aku fikir..fikir nak VIVA..fikir nak cari kerja....macam-macam lagi...

Pada mulanyer, aku tak percaya cakap orang..yang menyatakan masa bertunanglah banyak dugaannya..tapi bila dah lalui sendiri..huhhh..memang seksa..dalam bulan pertama dan kedua..macam2 hal..nyaris-nyaris jugak lah..apa taknyer..tunang aku ni memang keje aje 25 jam..sampai tak der masa untuk aku..tapi yang aku rasa terharu..walau sesibuk manapun dia..dia mesti akan cari masa juga untuk menelefon aku..walaupun satu minit..tapi aku yang mengada-ngada..tak bersyukur dengan apa yang aku dapat..huhu..nasib baik lah tunang aku ni jenis cool..Alhamdulillah..kini dah masuk tiga bulan..hubungan kami semakin baik..mudah2an apa yang dirancangkan direstui Allah..Gambar di bawah merupakan kenangan semasa majlis pertunangan aku pada 6 Jun 2009.

perbincangan antara dua pihak


hantaran yang dibawa oleh pihak lelaki yang memilih warna unggu sebagai tema


hantaran sebelah pihak perempuan yang berwarna kuning keemasan


hehe..bersalaman dengan bakal mak mentua..huhu..berdebar jugak


sebelum berangkat balik..pihak lelaki dan pihak perempuan bergambar bersama sebagai kenang-kenangan



Ketika ini, perasaan aku bercampur-baur..gembira, sedih, takut..dan macam2 lagi..aku gembira ..sebabnya..akhirnya aku bakal mengikut salah satu sunnah nabi dan bakal mempunyai famili sendiri...yang keduanya...aku sedih..sebabnyer..aku bakal tinggalkan ibu, ayah dan adik-adikku..huhu..dan yang ketiga..aku takut..takut kalu aku gagal menjadi isteri yang baik dan solehah untuk bakal suami aku nanti..perkahwinan bukan sesuatu yang mudah dan ia memerlukan banyak pengorbanan..untuk itu, aku perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu untuk membina rumahtangga yang setaraf syurga dunia..mmmm...dalam ruangan ini..saya ingin meminta pendapat kalian mengenai persediaan-persediaan yang perlu saya ada untuk mengharungi arus sesebuah perkahwinan....


Friday 4 September 2009

SEBELUM DAN SELEPAS

SEBELUM BERBLOGGING

SELEPAS BERBLOGGING


Kalu merujuk kepada tajuk entry kali ini..mesti ada yang beranggapan bahawa entry ni menceritakan perubahan sebelum dan selepas memakai sesuatu produk kecantikan atau produk penurunan berat badan..hehehe...sebenarnya tidak...ia menceritakan perihal diri ini yang mengalami beberapa transformasi selepas berblogging...mmm tak sangka jugak...rupa-rupanyer aktiviti sebegini juga mempunyai kebaikan..Di sini diceritakan alkisah sebelum dan selepas berblogging...

  1. Dah pandai menyusun ayat untuk membuat karangan..kali terakhir mengarang masa sekola menengah dulu jer..sebab tu penulisan aku dalam tesis agak teruk..huhu..mujur Wo ada..adik aku yang baru lepas SPM..Dapatlah dia membaiki tahap penulisan tesis aku..(Terima kasih Wo)..
  2. Kearifan mengendalikan komputer..tidak pernah menghadiri mana-mana kursus komputer..semua ini dipelajari semasa penulisan tesis undergrad dan master..Hasil try n error dan dibantu oleh supervisors serta bantuan rakan2 menjadikan diri ini celik komputer cket..
  3. Pembacaan juga bertambah..kalu masa sekolah menengah dulu, sebuah buku novel dapat diabihkan dalam masa 1 hari jer tapi sekarang ni 1 bulan pun belum tentu dapat abihkan..Dulu, boleh dikatakan semua buku2 kat balai raya kat tempat tinggal aku abih dibaca..tapi sekarang ni, buku2 di library USM usahkan dibaca..tempat letak buku pun tak tau..heheh..sekurang2nyer apabila nak berblogging..terpaksa cari bahan2 yang menarik untuk dimuatkan dalam entry blog..
  4. Mengetahui pekembangan kawan2..Sejak masing2 membawa haluan sendiri..hanya blog jer yang merapatkan hubungan persahabatan kami..mula2 tu aku memang agak lokek untuk berkongsi kisah tentang diriku...iyelah buat masa ni..tiada perkembangan yang istimewa tentang diriku..kira terhadlah..takut ada yang boring baca blog DIARI HIDUPKU..huhuhu..
  5. Camera pun kerap digunakan...kalu sebelum ni asyik terperap jer dalam beg...tapi sekarang ni banyak digunakan untuk mengambil gambar untuk di upload dalam entry blog..
  6. Dapat berkongsi info berguna..
  7. Masa terisi dengan aktiviti..
  8. Pendek kata..macam2 kebaikannyer..

Cuma satu keburukannya..agak membuang masa..almaklumlah..masih diperingkat permulaan..banyak yang kena belajar..

p/s: Terima kasih Nadiah kerana memberi saranan dan inspirasi kat Kak Yati.