MARI BACA DOA

gif islamic

Tuesday 16 March 2010

Sedih bertimpa-timpa

Dalam dua minggu ini, aku dikejutkan dengan banyak berita sedih...

Kejadian Pertama (ahad malam pada 7/3/2010)...
Kira-kira selepas 2 hari aku bergembira dengan kejayaanku...aku telah menerima satu berita yang amat sedih..aku telah menerima warkah dari seseorang yang agak hampir denganku...beginilah isi kandungannyer....maafkan saya kerana terpaksa merahsiakan penama....

Salam,………YYYYY  sayang……
YYYYYY, XXXXX  rasa XXXXX sudah maklum tentang penyakit yang XXXXX hadapi sekarang daripada email yang ZZZZZ hantar...
Hari ini tanggal 5 Mac XXXXX telah ditemani oleh ZZZZZ ke KMC untuk mengetahui keputusan darah yang diuji tempoh hari…
Ternyata daripada laporan tersebut XXXXX telah mengidap penyakit Hepatitis ‘C’.
Penyakit ini diketahui daripada scan dan ujian darah yang dibuat.
Didapati hati XXXXX kasar dan limpa XXXXX besar sedikit. Ini menunjukkan hati XXXXX ada masalah dan dikatakan Hepatitis ‘C’ penyakitnya.
Hari ini XXXXX sekali lagi diambil darah diuji untuk mengetahui peringkat Hepatitis C yang XXXX alami. Dua minggu lagi iaitu pada 19 Mac XXXX akan mengetahui berita itu.
YYYYY, tidak apa yang XXXXX harapkan atau perlukan daripada YYYYY, XXXX hanya perlukan doa seikhlasnya supaya penyakit yang XXXX hadapi tidak ke tahap yang merbahayakan.. Berdoalah untuk XXXXX sayang. Dengan doa YYYYY Insyaallah Allah akan makbulkan doa kita dan penyakit XXXX akan mudah diubati..
Setelah keputusan itu diketahui XXXX perlu buat rawatan. Kos perbelanjaan sangat mahal. Tapi itu kita ada jalan ikhtiarnya…. Berdoa sahaja kepada Allah…supaya memudahkan semua urusan ini.
YYYYY, semuanya telah ada keluarga. Jadilah YYYYY dan YYYYY yang soleh dan solehan pada pasangan masing-masing. XXXX rasa bahagia dan bertuah kerana YYYYY telah dijodohkan dengan orang yang baik. YYYYY jadilah YYYY  yang bertanggungjawab, bimbinglah YYYY ke jalan yang diredhai Allah….
YYYYY belajarlah bersungguh-sungguh….jangan sia-siakan harapan keluarga terutama ZZZZ.. pengorbanan sangat penting untuk mencapai kejayaan.
Ok… jangan risau kesihatan XXXX, XXXX akan tabah menempuh semua dugaan ini. Berilah sokongan kepada XXXX supaya XXXX akan lebih kuat dan sihat seperti sediakala. Ok. XXXX sayang semua YYYYY ,YYYYY dan YYYYY. YYYYY semua adalah yang paling berharga dalam hidup XXXX dan ZZZZZ. LU all……….

Apabila selesai membaca warkah ini...air mataku gugur dan jatuh mencurah-curah...semalaman aku menangis...pengajaran buat aku...aku kena belajar menghargai orang disekelilingku...bagiku sukar menerimanyer...tapi kita sebagai hamba Allah harus akur dengan ketentuanNya...pasti ada hikmah disebalik kejadian...

Kejadian Kedua (pagi isnin pada 8/3/2010)...
Pada keesokkan harinyer, aku seperti biasa....dengan rutin harianku...apabila sampai di tempat kerjaku...aku dapati dua orang staff senior telah ambik MC n cuti..huhu...tinggallah yang tak berapa terror....huhu...rupanyer hari ni merupakan hari yang paling dashyat bagiku...aku tidak akan lupa hari ni sampai bila-bila...kira-kira macam FEAR FACTOR lah...aku kena marah giler2 dengan Bigboss...gara-gara malas bertanya...aku tak kisah kena marah..memang adatlah...budak baru belajar...tetapi cara Bigboss aku marah...aku betul3 tak boleh terima..dia menghina...seolah-olah aku ni tak der maruah...aku tak dapat menahan sebak...air mata yang jatuh mencurah-curah...bagaikan hujan yang sangat lebat ....kira seharian jugaklah aku menangis...dahlah bengkak yang kelmarin pun belum surut...tambah lagi...

Kejadian Ketiga (selasa malam pada 9/3/2010)...
Sedang enak aku dan suamiku menjamu selera di gerai makan yang terletak di Menara Jam Sg Petani....kira-kira jam 9.30 malam....Aku mendapat call dari ibuku menyatakan bahawa Tok' Ki sakit tenat....kalu tak silap usianyer sudah mencecah 80-an...dia mengalami batu karang...mengikut kata ibuku...Tok' Ki ku tidak boleh dibedah kerana jantungnyer agak lemah....jika dibedah pun risiko..jika tidak dibedahpun risiko...kerana bengkaknya yang disebabkan batu karang sudah hampir pecah...aku agak terkilan kerana tidak dapat pergi menziarahnyer...memandangkan keadaan ekonomi masa kini tak berapa stabil...aku masih berharap...aku dapat berjumpa dengannyer sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir...
 
 kenangan bersama Tok Ki pada tahun 2009

Kejadian Keempat (pagi isnin 15/3/2010)
Rakan seperjuanganku pula ingin meletakkan jawatan...namanyer Lim Swee In...katanya ingin membantu suaminya dalam business...maka dengan tiadalah lagi tempat untukku mengadu...meluahkan perasaan tak puas hati pasal Bigboss...huhu...tiadalah tempat untukku berbincang atau bertanya apabila ada kemuskilan....sedihnyer...terus aku seharian tak der mood nak buat keje...bertambahlah lagi beban kesedihanku...aku berharap mudah-mudahan hatinyer akan berubah supaya dia tidak jadi berhenti kerja..

jangan lupakan yati di sini tau..ms lim..huhu...

Mutiara hati
Kesedihan, kesukaran dan kepayahan dalam hidup adalah sebahagian dari ujian Allah SWT yang akan menguji tahap keimanan seorang hamba. Perjalanan hidup bagi seorang manusia lazimnya akan melalui berbagai cabaran dan dugaan. Untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang insan, memerlukan perjuangan yang berterusan tanpa noktah.

Firman Allah :
"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (Al-Baqarah : 156)

Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu, dan Dialah yang berkehendak untuk melakukan apa jua perkara ke atas makhluk ciptaanNya. Manakala hamba yang diciptakan ini perlu menghadapi segala yang telah diaturkan dengan sempurna oleh Maha Pencipta dengan cara yang termampu olehnya.

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" (al-Ankabut : 2)

Mukmin itu tidak cukup hanya dengan ungkapan beriman dan mengaku sebagai Islam sahaja, tanpa memenuhi tuntutan sabar dan tabah hati mengharungi ujian, sama ada ujian berupa perintah – melaksanakan kewajipan dan perintah, mahupun ujian berupa larangan yang perlu dijauhi. Begitu juga ujian kesusahan dan kemalangan yang menimpa diri. Di sinilah ukuran keimanan yang sebenar bagi seorang mukmin.

No comments: