Menurut kata Mak Jah....rambut baby boleh dicukur selepas tali pusatnyer luruh....Kalu tak silap akulah tali pusat Solehah luruh pada hari ke 12...
Mak Jah meminta supaya membawa bahan-bahan seperti 2 ikat Sintok, 2 biji limau nipis, 2 bilah pisau cukur, kurma dan air....Bahan-bahan seperti sintok (akar kayu yang digunakan sebagai syampoo pada zaman dahulu) dan limau nipis ni akan diramas2 untuk digunakan sebagai air mandian baby dan ibu....Kurma digunakan sebagai pembuka mulut baby...
Comel tak Solehah?
Gambar kat bawah adalah rupa Solehah sehari sebelum rambutnyer kena cukur....
Lenanyer Solehah tido atas baba....
*p/s: Sekarang ni kena curi-curi nak berblogging...huhu....
No comments:
Post a Comment