MARI BACA DOA

gif islamic

Tuesday 24 December 2013

Musim luruh rambut...

Kebelakangan ini, sekitar umur Fahim 4 bulan....rambut aku mulai gugur...banyak sangat berterabur di lantai....Boleh dikatakan rambut ada di mana-mana...huhu....sebelum ni pun ada jugak rambut gugur...tapi tak seteruk ni lah....kadang-kadang terlintas di fikiran...adakah aku ada penyakit kanser...Nauzubillah...






Teringat pertanyaan aku kepada mak selepas beberapa bulan kelahiran anak yang pertama dulu....mak aku kata, "biasalah...bila anak dah menyebur tu...rambut mak luruhlah"....mmm ntahlah apa kaitannyer ek...aku iyekan saja...

Aku pun tanyerlah Prof Google...beselah Prof Google akan sentiasa memberi penerangan dan tak lokek ilmu....

Di petik dari Link : pama.karangkraf.com/famili/rambut-saya-banyak-gugur

Masalah rambut gugur di kalangan wanita lepas bersalin bukan satu perkara aneh. Kata orang tua apabila anak mula pandai buat ‘buih', rambut si ibu akan banyak gugur. Mungkin itu sekadar mitos kerana terdapat faktor tertentu kenapa masalah kerap berlaku kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Jika dulu rambut panjang mengurai dan mudah disikat tetapi kini menjadi semakin nipis dan kusut akibat rambut yang banyak gugur. 

Kenapa semuanya berlaku selepas melahirkan si kecil?
  1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.
  2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
  3. Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
  4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.
  5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
  6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
  7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
  8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
  9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.


No comments: