MARI BACA DOA

gif islamic

Monday 24 August 2009

Perginya tak kembali


Baru2 ini, kita dikejutkan dgn pemergian vokalis kumpulan Rabbani iaitu Allahyarham Ustaz Asri ke rahmatullah..Beliau rebah ketika ingin membuat persembahan nasyid ..akibat serangan sakit jantung...Usia beliau baru mencecah 40 tahun..begitu awal beliau dijemput Allah...bak kata ramai lelaki..life begins at 40...itu adalah takdir yang tertulis sejak azali lagi..di Loh Mahfus...sesuatu yang terjadi telah direncanakan Allah..dan apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya..Hanya Allah yang maha mengetahui...kerana Allah merencanakan sesuatu itu terhadap hamba-hambaNya adalah berdasarkan kebijaksanaanNya bukan disebabkan kezalimanNya..Umat islam disarankan bersabar apabila menghadapi kesusahan...kerana disebalik kesusahan pasti akan timbul kesenangan...dan apabila kita mendapat kesenangan..kita seharusnya bersyukur dan ingat kepada insan-insan yang memerlukan pertolongan..


Hatiku begitu tersentuh melihat rancangan yang ditayangkan di saluran TV3 iaitu ”USTAZ ASRI DALAM KENANGAN” pada petang Jumaat yang lalu.. Sedikit sebanyak aku merasa sayu dan sebak diatas pemergiannya yang takkan kembali...Aku amat mengagumi beliau..walaupun aku tidak pernah berguru atau mengenali beliau secara dekat..tetapi alunan suara beliau yang begitu lunak apabila mengalunkan lagu-lagu berunsur ketuhanan, berzikir dan mengaji al-quran..


Sikap beliau yang amat aku kagumi...beliau begitu bersemangat dalam berdakwah...beliau mempunyai cara berdakwahnya yang tersendiri...iaitu melalui nasyid...bagiku nasyid merupakan salah satu cara yang amat berkesan untuk memunasabah diri...mengembalikan aku ke landasan yang betul..sebab itulah..aku memiliki hampir kesemua koleksi lagu-lagu nasyid.. bila mendengar nasyid..memahami senikata yang disampaikan..membuatkan aku tersedar dari lamunan yang panjang..tak dinafikan...dunia memang mengkhayalkan.. terlalu indah dan mempersonakan..sehingga kita lupa kepada akhirat yang lebih abadi..


Selain itu, beliau dilihat agak open minded... beliau masih boleh menyanyi secara berduet dengan artis-artis glamour seperti Amy Search, Dato’ Siti dsb.. beliau dan ahli kumpulannya juga tidak keberatan untuk menghadiri majlis-majlis Anugerah yang glamour bagi menerima anugerah yang dikurniakan kepada kumpulan nasyid beliau..baginya tiada tembok yang menghalang ukhuwah asalkan tidak melampau batas-batasnya.....Marilah kita beramai-ramai sedekahkan al-fatihah kepadanya..Semoga rohnya dicucuri rahmat...Pemergian seorang Dae’ sepertinya merupakan suatu kehilangan yang amat besar. dan mudah-mudahan dengan pemergian seorang Dae’ ini akan melahirkan ribuan Dae’ yang baru untuk mengajak kita ke arah yang benar.. Ameen..