MARI BACA DOA

gif islamic
Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Thursday, 9 May 2013

Solehah dodoikan umi & baba tido...

Ini adalah alkisah hari isnin yang lalu...6 Mei 2013....aku dapat cuti sempena PRU13 manakala suami buat-buat cuti sendiri sebab berkabung dengan keputusan PRU13...huhu....aku dan suami menjadi letih dan mengantuk gara-gara tido lewat kerana menunggu result PRU13...dah tu pulak result pulak agak mengecewakan....mmmm....lagilah bertambah letihnya....

Mata aku pun dah macam ala-ala kartun garfield....suami aku pun dah selamat belayar....tak tahu dah sampai kat mana....huhu....so tak der sape yang melayan Solehah....mujurlah Solehah tak main jauh.....Abih Solehah angkut semua barang mainan dia kat tempat kami tido....huhu.....Agaknyer Solehah dah boring main sorang-sorang...pastu mulalah mengacau umi dan babanya tido....kesian babanye jadi kuda tunggangan...umi tak bolehlah....ada baby dalam perut....

Lepas main panjat2 tu....tiba-tiba pula Solehah tepuk umi & baba sampai menyanyi.....kira macam ibu dodoikan anaknyer supaya cepat tido....huhu....comei sangatkan....cepat-cepat aku rakam.....aku pasti tergelak tiap kali dengar klip video ni....






Dah besar anak umi ni.....nak makanpun tak mau dah orang suapkan....nak makan sendiri....mmm....nanti boleh mengasuh adik pulak yer....Esok lusa jer Solehah nak masuk 1 tahun 6 bulan....begitu cepat masa berlalu kan.....Semoga Solehah menjadi sesolehah namanyer....Ameen....

Tuesday, 30 April 2013

Jalan-jalan Cari Replika...

Sambil-sambil makan kenduri di Felda Teloi Timur, Baling Kedah....aku dan suami mengambil kesempatan mencari dan mengambil gambar-gambar menarik replika-replika PRU13 yang terdapat di sekitar Kuala Ketil, Bukit Selambau dan Sungai Petani...boleh dikatakan sambutan PRU13 ini sangat meriah berbanding PRU-PRU yang lepas...


Tahniah dan Selamat Pengantin Baru...



Jom layan hasil tangkapan gambar-gambar replika....gambar-gambar ini diambil di sekitar Kuala Ketil dan Bukit Selambau....kreatif sungguh...macam-macam ada...


Replika beg dan cincin Rosmah pun ada....
rasa nak tergelakpun ada...
adui...macam-macam...


Replika yang terdapat di Sungai Petani

Kereta kebal dan jet pejuang..



Gambar-gambar replika kat bawah ini pula di perolehi melalui agenda "Jalan-jalan Cari Replika Melalui Facebook"...huhu...

Replika-replika dari barisan pakatan rakyat...










Replika-replika dari barisan nasional...








Pada pendapat akulah...para-para calon yang bertanding dan penyokong-penyokong seharusnyalah berkempen secara sihat...pelbagai cara boleh digunakan asalkan tidak bercanggah dengan hukum islam....tidak memburuk-burukkan atau membuka aib antara satu sama lain...serta tidak membazir-bazirkan duit rakyat...perbuatan seumpama ini secara tidak langsung akan memberi contoh yang tidak baik untuk generasi muda...yang mana golongan-golongan ini bakal menjadi pemimpin negara kelak...


*p/s: Kepada rakyat Malaysia yang mengundi pada 5 Mei ini....aku menyeru di sini....bukalah mata....bukalah minda....buatlah keputusan yang sebijak-bijaknyer tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pilhak....pilihlah calon yang layak...kalu boleh buat solat istikarah....biar Allah tentukan siapa yang terbaik untuk jadi pemimpin kita....kerana masa depan negara kita terletak pada pemimpin yang kita pilih...silap pilih pemimpin...maka porak-perandalah masa depan generasi kita seterusnya...Aku amat menyayangi Malaysia...Mudah-mudahan Malaysia sentiasa di dalam rahmat Allah SWT...Ameen....





Thursday, 11 April 2013

Demam Pilihanraya...

Demam pilihanraya bermula apabila pihak SPR mengumumkan bahawa tarikh-tarikh penting mengenai "Pilihanraya Umum ke-13" semalam yang bakal dijadualkan serentak di seluruh Malaysia. 

Tarikh-tarikh tersebut adalah:

20 April adalah HARI PENAMAAN CALON

5 Mei adalah HARI MENGUNDI


Terasa pilihanraya kali ini amat sukar diramalkan. Adakah Barisan Nasional mampu bertahan? Atau janji-janji pembangkang berjaya menarik rakyat? Entahlah...Tunggu dan lihat sajalah...Apa-apapun mudah-mudahan Malaysia sentiasa di bawah lindungan Allah...harapnyer kejadian yang berlaku seperti pencerobohan di Lahad Dato, Sabah tidak akan berulang kembali... 

Mengimbau kembali semasa kenangan mengundi lima tahun dulu....Tahun 2008 adalah tahun pertama aku mengundi.....aku mengundi di sebuah sekolah yang terletak di kampung orang asli di Pahang....di sinilah lokasinyer....Sek Keb Kedaik....masih segar di ingatan aku.....arwah ayah yang temankan aku....arwah ayah hanya dapat menemani aku di luar kawasan sekolah.... tatkala berbaris panjang untuk masuk ke bilik mengundi....aku terlihat macam-macam gelagat mereka....terasa lucupun ada....hehe....dari segi penampilan, mereka boleh dikatakan masih agak ketinggalan.....tetapi dari aspek perhubungan sesama mereka....mereka kelihatan amat bagus....tolong-menolong....boleh jugak dikatakan mereka ini agak naif pasal dunia....dan tak heran juga jika ada sesetengah pihak yang mengambil kesempatan ke atas kelemahan mereka....mungkin sekarang ini mereka sudah bertambah maju.....




Sumber: btpn Pahang



Akupun tak tahu macamana aku boleh tercampak kat sini....mmmm....ada hikmahnyer.....agak jauh jugak dari rumah aku....kira-kira 1 jam lebih perjalanan....dahlah penat aku bertolak balik dari Penang ke rumah di Pahang pun tak abis lagi...then ditambah pulak dari rumah ke tempat mengundi....huhu.....tetapi berbekal semangat yang kuat untuk menunaikan hak tanggungjawab sebagai rakyat untuk memilih pemimpin yang berkaliber.....makanyer perkataan penat kubuang jauh-jauh....(semangatlah sangat...dua-dua tangan di bahu dan dua-dua mata menjeling ke kanan...hehe....poyo jer lebih...huhu....) 

Untuk pilihanraya yang ke-13 ini aku mungkin tidak dapat menunaikan kewajipan aku....huhu....