MARI BACA DOA

gif islamic

Tuesday 30 April 2013

Jalan-jalan Cari Replika...

Sambil-sambil makan kenduri di Felda Teloi Timur, Baling Kedah....aku dan suami mengambil kesempatan mencari dan mengambil gambar-gambar menarik replika-replika PRU13 yang terdapat di sekitar Kuala Ketil, Bukit Selambau dan Sungai Petani...boleh dikatakan sambutan PRU13 ini sangat meriah berbanding PRU-PRU yang lepas...


Tahniah dan Selamat Pengantin Baru...



Jom layan hasil tangkapan gambar-gambar replika....gambar-gambar ini diambil di sekitar Kuala Ketil dan Bukit Selambau....kreatif sungguh...macam-macam ada...


Replika beg dan cincin Rosmah pun ada....
rasa nak tergelakpun ada...
adui...macam-macam...


Replika yang terdapat di Sungai Petani

Kereta kebal dan jet pejuang..



Gambar-gambar replika kat bawah ini pula di perolehi melalui agenda "Jalan-jalan Cari Replika Melalui Facebook"...huhu...

Replika-replika dari barisan pakatan rakyat...










Replika-replika dari barisan nasional...








Pada pendapat akulah...para-para calon yang bertanding dan penyokong-penyokong seharusnyalah berkempen secara sihat...pelbagai cara boleh digunakan asalkan tidak bercanggah dengan hukum islam....tidak memburuk-burukkan atau membuka aib antara satu sama lain...serta tidak membazir-bazirkan duit rakyat...perbuatan seumpama ini secara tidak langsung akan memberi contoh yang tidak baik untuk generasi muda...yang mana golongan-golongan ini bakal menjadi pemimpin negara kelak...


*p/s: Kepada rakyat Malaysia yang mengundi pada 5 Mei ini....aku menyeru di sini....bukalah mata....bukalah minda....buatlah keputusan yang sebijak-bijaknyer tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pilhak....pilihlah calon yang layak...kalu boleh buat solat istikarah....biar Allah tentukan siapa yang terbaik untuk jadi pemimpin kita....kerana masa depan negara kita terletak pada pemimpin yang kita pilih...silap pilih pemimpin...maka porak-perandalah masa depan generasi kita seterusnya...Aku amat menyayangi Malaysia...Mudah-mudahan Malaysia sentiasa di dalam rahmat Allah SWT...Ameen....





No comments: