MARI BACA DOA

gif islamic

Thursday, 11 April 2013

Demam Pilihanraya...

Demam pilihanraya bermula apabila pihak SPR mengumumkan bahawa tarikh-tarikh penting mengenai "Pilihanraya Umum ke-13" semalam yang bakal dijadualkan serentak di seluruh Malaysia. 

Tarikh-tarikh tersebut adalah:

20 April adalah HARI PENAMAAN CALON

5 Mei adalah HARI MENGUNDI


Terasa pilihanraya kali ini amat sukar diramalkan. Adakah Barisan Nasional mampu bertahan? Atau janji-janji pembangkang berjaya menarik rakyat? Entahlah...Tunggu dan lihat sajalah...Apa-apapun mudah-mudahan Malaysia sentiasa di bawah lindungan Allah...harapnyer kejadian yang berlaku seperti pencerobohan di Lahad Dato, Sabah tidak akan berulang kembali... 

Mengimbau kembali semasa kenangan mengundi lima tahun dulu....Tahun 2008 adalah tahun pertama aku mengundi.....aku mengundi di sebuah sekolah yang terletak di kampung orang asli di Pahang....di sinilah lokasinyer....Sek Keb Kedaik....masih segar di ingatan aku.....arwah ayah yang temankan aku....arwah ayah hanya dapat menemani aku di luar kawasan sekolah.... tatkala berbaris panjang untuk masuk ke bilik mengundi....aku terlihat macam-macam gelagat mereka....terasa lucupun ada....hehe....dari segi penampilan, mereka boleh dikatakan masih agak ketinggalan.....tetapi dari aspek perhubungan sesama mereka....mereka kelihatan amat bagus....tolong-menolong....boleh jugak dikatakan mereka ini agak naif pasal dunia....dan tak heran juga jika ada sesetengah pihak yang mengambil kesempatan ke atas kelemahan mereka....mungkin sekarang ini mereka sudah bertambah maju.....




Sumber: btpn Pahang



Akupun tak tahu macamana aku boleh tercampak kat sini....mmmm....ada hikmahnyer.....agak jauh jugak dari rumah aku....kira-kira 1 jam lebih perjalanan....dahlah penat aku bertolak balik dari Penang ke rumah di Pahang pun tak abis lagi...then ditambah pulak dari rumah ke tempat mengundi....huhu.....tetapi berbekal semangat yang kuat untuk menunaikan hak tanggungjawab sebagai rakyat untuk memilih pemimpin yang berkaliber.....makanyer perkataan penat kubuang jauh-jauh....(semangatlah sangat...dua-dua tangan di bahu dan dua-dua mata menjeling ke kanan...hehe....poyo jer lebih...huhu....) 

Untuk pilihanraya yang ke-13 ini aku mungkin tidak dapat menunaikan kewajipan aku....huhu....   



No comments: