Sempena hari istimewa suamiku....dan kebetulan hari minggu....aku ingin meraikan suami......Kami tak ke mana-manapun....cuma ke Village Mall di Sg Petani....aku mengajak suamiku tengok wayang....pada mulanyer tak tahu nak tgok citer apa....kami ni bukannyer kaki tgok wayang....bila sampai di pintu masuk panggung wayang....setelah dipikir2 dan ditilik2...kami bersepakat untuk menonton citer pasal burung hantu....iaitu "Legend of the Guardians"....
Legend of the Guardians diadaptasi daripada tiga buku iaitu The Capture, The Journey, dan The Rescue. Soren iaitu seekor anak burung hantu yang telah diculik bersama Kludd (adik Soren) oleh sekumpulan burung hantu dari St. Aggie's. Anak-anak burung hantu yang diculik akan dipukau dan dijadikan hamba dan askar.....Kludd memilih utk bersekonkong dgn penjahat....sehingga sanggup menyerahkan adik bongsunyer kpd penjahat.....Walaubagaimanapun Soren dan Gyflie (Burung hantu kerdil) berjaya melepaskan diri....mereka kemudiannya ke pulau Ga'Hoole, untuk meminta bantuan dari pasukan burung hantu baik untuk berjuang melawan pasukan ciptaan penguasa jahat dari St. Aggie's.
Yang menariknyer, aku dan suami menonton citer ni menerusi 3D....first time tgok....mula-mula tu....terkejut jugak apabila melihat imej seakan-akan keluar dari skrin dan menerkam ke arah kami.....huhuhu....
Menonton menerusi cermin mata 3D
Aktiviti seterusnyer....makan-makan di Secret Resipi....
Buat Suamiku...."Selamat hari lahir....semoga kasih sayang kita berkekalan selamanyer dan diberkati Allah...."
No comments:
Post a Comment