MARI BACA DOA

gif islamic

Friday 14 August 2009

Mengawal H1N1


Sejak kebelakangan penularan wabak H1N1 makin meningkat dan jumlah kematian juga meningkat..inilah bala bencana y telah direncanakan oleh y Maha Kuasa akibat kedegilan manusia itu sendiri..Akibat kedegilan sebilangan manusia tertentu telah mengundang bencana kepada seluruh manusia di dunia...



Semestinya kita semua bimbang. Jadi kita hanya boleh mengurangkan penularan wabak y sgt berbahaya ini dengan mengamalkan amalan-amalan berikut:


1.Amalan adab batuk yang baik

  • Pesakit mesti amalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci tangan berasaskan alkohol. Buang semua tisu yang digunakan ke dalam tong sampah.

2. Jaga kebersihan diri

Pesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut:
  • Kerap mencuci tangan dengan sabun atau air atau baham cuci tangan berasaskan alkohol.
  • Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli keluarga.
  • Cuci peralatan yang biasa digunakan dan permukaan-permukaan yang kerap disentuh dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa terdapat di rumah.

3. Elakkan berada di tempat-tempat yang sesak.
  • Islam menekankan syariat iaitu menjauhi kemudaratan.
4. Banyakkan minum air masak.
  • Virus suka kepada air manis.

5. Jangan kongsi peralatan peribadi

  • Jangan berkongsi peralatan peribadi.Peralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu dicuci dengan sabun dan air.

6.Menjarakan diri (social distancing)
  • Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka sembuh, lazimnya selama 7 hari.
  • Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggalkan di bilik berasingan.
  • Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil) seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit (sekurang-kurangnya satu meter) untuk menggelakkan jangkitan.
  • Sekiranya pesakit keluar rumah (contohnya mendapat rawatan) beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan adab batuk yang baik dan kerap memcuci tangan.



Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah


Secara umumnya demam selsema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu SEGERA mendapatkan rawatan di hospital jika demam serta batuk atau sakit tekak, DAN mempunyai sekurang-kurangnya satu gejala berikut:
1. Sukar bernafas.

2. Batuk berdarah atau kahak berdarah.

3. Sakit dada berterusan.

4. Kerap cirit birit atau muntah yang kerap, atau kedua-duanya.

5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas 3 hari pulih.

6. Berkelakuan ganjil, celaru, kurang responsive kepada rangsangan, sawan.

7. Pening bila berdiri.

8. Kurang kencing.


(amalan-amalan ini diperolehi dari laman web; iluvislam dan saranan dari Dr. Danial Zainal Abidin menerusi kuliyah tafsir yang diadakan di Surau Batu Uban pada setiap petang Ahad)


Kita hanya berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah. Insya Allah Allah akan menolong kita. Sesungguhnya Allah maha pengasih dan penyayang.

No comments: