Teringat perbualan antara aku dan mak di telefon tengahari semalam....aku begitu tersentuh....kebetulan semasa aku call mak pada awal paginyer...mak berada di rumah jiran...melawat jenazah....kami berbual tak lama....demi tak mahu mengganggu mak.....aku berjanji akan call semula......tetapi beberapa jam kemudian mak pula call.....
Mak memulakan ceritanyer...."ada kawan mak tanya...cakap dengan sape tadi...lembut dan manja jer"....lantas mak menjawab..."cakap dengan anak...tak boleh cakap kasar cket...nanti menangis.....kadang2 kita ni bukan berniat nak cakap kasar atau terkuat...tapi kadang-kadang tu penat...sibuk...."...kawan mak menyambung...."samalah macam anak dia..." .....
Biar betul....sensitifnyer aku....Adakah aku ni begitu sensitif?....terlalu murah air mataku.....adakah aku juga sensitif dengan orang lain?....ntahlah aku pun tak berapa pasti......kadang-kadang aku menjadi kuat....kadang-kadang aku jadi terlalu lemah....
Di sini dapatlah disimpulkan bahawa bukan mudah nak jaga hati orang yang kita sayang.....walaupun kita marah....walaupun kita penat....walaupun kita sibuk.....dalam apa jua situasi pun....kita harus pandai mengawal perasaan....ibarat kata pepatah....bagai menarik rambut dalam tepung.....rambut tak putus dan tepung tak berselerak......dan kita kena tahu membezakan tahap hubungan seseorang itu dengan kita....iaitu pangkat......adakah dia kawan @ ibu @ suami? dan setiap percakapan kita untuk setiap pangkat juga berbeza.....
Seperti Firman Allah SWT:
'Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar dan juga hamba sahaya yang kamu miliki'. ( Surah an-Nisa’ : 36 )
Bertindaklah sebelum anda kehilangan orang yang tersayang......
2 comments:
itu la mak.... dia lebih faham kita ni cemana... ngeeeee
iye...mak yang melahirkan, membesarkan, mendidik kita...sudah tentunyer mak arif tentang anaknyer...rindunyer kat mak...huhu..
Post a Comment