Sepanjang berada di Sarawak...aku dan suami tidak ke mana-mana cuma ke tempat-tempat yang berdekatan dengan hotel sahaja....percutian kami banyak kepada jalan-jalan cari makan...hehe...
2 April 2011...
Lokasi pertama: Laman Kuching Waterfront
Gambar atas : sebelah kiri adalah permandangan Kuching Waterfront dari tingkap hotel
dan sebelah kanan adalah di depan cruise. Kami tak naik pun.huhu...
Gambar bawah:sebelah kiri adalah bazar-jual cenderahati dan sebelah kanan adalah Bangunan Dun Parlimen Sarawak.
Replika-replika yang tedapat di Laman Waterfront
3 April 2011....
Lokasi Kedua: Pasar Tani Satok
Memandangkan suasana kat sini sama jer macam kat pasar biasa jer...jadi malaslah nak snap gambar....kat sini boleh lihat pelbagai bahan mentah seperti sayur, buah, pisang kaki, ikan, ayam, ikan masin dan macam-macam lagi dijual...cumanyer bentuk jer yang agak berbeza....
ikan terubuk masin
Kat sini aku dan suami shopping ikan masin....lepas tu kami terus ke Restoran Coffee "O" Corner...breakfast...lapar deh....dua hari berturut-turut kami breakfast kat sini memandangkan tiada gerai makanan halal yang berdekatan dengan hotel...huhu...
Gambar atas kiri adalah suasana restoran..memang ramai...sebelah kanan adalah Nasi Ayam Penyek...
Gambar bawah kiri adalah mee kolok special dan sebelah kanan adalah mee kari...
Tengaharinyer kami ke seberang Waterfront menaiki sampan...untuk ke tempat jual kek lapis iaitu Dayang Salhah...tambangnyer cuma RM 0.50....
Lokasi ketiga: Dayang Salhah....
Banyak juga aku dan suami shopping kek lapis....
Pengunjung boleh melihat bagaimana kek lapis dihasilkan...
4 April 2011....
Lokasi keempat: Sekitar-sekitar hotel...
Lokasi kelima....restoran untuk aktiviti makan-makan...
Suami cari tempat makan guna GPS...
5 April 2011....bertolak balik....