MARI BACA DOA

gif islamic

Friday, 22 April 2011

Tasbih ni boleh bawak masuk kubur…



Kata-kata To’ki ketika perbualan aku dan famili di suatu petang sekitar dua tahun lepas masih terpahat teguh di mindaku….Seingat aku saat itu.....walaupun wajah To’ki sudah  dipenuhi 1001 kedutan akibat proses penuaan tetapi dia kelihatan masih kuat….masih mampu mengawal lembu peliharaannyer…memberi makan rumput….mmm aku mengagak umurnyer kini sudah mencapai hampir 90 tahun ke atas….tulah orang zaman dulu-dulu….mengamal gaya hidup yang sihat…makan yang fresh-fresh jer….kalau orang zaman sekarang…semuanyer nak segera…matipun segera…hehehe….melalut plak….

Berbalik kepada cerita di atas… Saat itu To’ki bercerita kepada kami dengan penuh bersemangat….dia bercerita tentang ketidakpuasan hati terhadap anaknyer….iaitu bapa saudara aku yang merangkap adik mak aku kerana sering menegur tentang amalan hidupnyer…Ayah chik aku ni agak alim orangnyer…al maklumlah orang tabligh…selalulah keluar 3 hari…pakaian pun jubah dan kain pelikat jer….Ayah chik ni suka menegur tindakan To’ki…”kenapa ayah masih sibuk dengan lembu-lembu ayah tu..…jual jer lembu tu…pastu tak nampak pula tasbihnyer…jangan terlalu sibuk dengan dunia…”   

Kemudian To’ki menyambung…kan ayah masih kuat lagi…kalu tak bekerja...nak buat ape…aaa lagi satu…. ni tasbihnyer…tasbih ni boleh bawak masuk kubur…”…To’ki bercerita sambil menunjukkan jari-jemarinyer….

Aku blur dan ingatan aku termati di situ….


Pada ketika itu, baru kutahu bahawa jari-jemari kita boleh jugak dijadikan sebagai tasbih…mmm…ajaibkan kejadian yang Allah jadikan…jari kita ada 5 dengan setiap jari ada 3 sendi…jadi kalau kita nak berzikir…buat 2 kali dan tambah sekali lagi di jari ibu…makanyer cukuplah untuk bacaan 33 kali….mmmm…mudahkan…tak payah beli tasbih dan jika kita nak berzikir di tempat awam pun orang tak tahu…

No comments: