MARI BACA DOA

gif islamic

Sunday, 17 April 2011

Haaa lega rasanyer..

Alhamdulillah.. selesai satu bab.. huh.. letih jugak berjawab dengan para assessor DSM semalam.. rasa kepala macam dah keluar asap.. huhu..Sampai2 jer kat umah petang semalam..collapsed..tido.. dah lah malam sebelum tu balik lambat..gara-gara lepak dengan ex-boss dan ex-junior.. kebetulan Dr Nasri datang Penang..Lama tak borak2.. kami lepak kat skul kimia jer.. Pastu sambung lagi kat Restoran Nasi Kandar Kayu.. nasi kandar memang kegemaran Dr Nasri.. al-maklumlah kat Sabah tak sesedap kat Penang..bayangkan dalam satu hari sahaja Dr boleh tiga kali makan kat Kayu.. huhu.. aku dengar pun seram..

Berbalik kepada kisah lab aku diaudit oleh DSM.. Agendanyer same jer macam tahun lepas.. assessor2 pun orang yang sama jer macam tahun lepas..seperti dalam entry Kelmarin yang tak mau kuingat....dan kali ni aku sekali lagi diinteview sebagai signatory report..mencabar sungguh..

Selesai jer sesi pembukaan majlis.. kira-kira pukul 10 pagi bermulalah sesi audit.. awal-awal lagi aku dapat rasa kepala aku berasap.. huh.. macam2 yang ditanya..aku cuba sebolehnyer menjawab pertanyaan demi pertanyaan..Tapi aku banyak tunjuk muka blur.. huhu.. iyerlah aku masih budak baru belajar.. hehe.. mujurlah ada yang membantu..keadaan ofis akupun agak kelam-kabut.. atas meja penuh dgn fail-fail..

Dalam hati aku hanya berharap mudah2an Allah melembutkan hati-hati para assessor ni.. masa terus berjalan.. akhirnyer kira-kira pukul 4.15 ptg.. kami semua dipanggil untuk penutup..Selesailah sudah perjuangan... oklah.. pass utk tahun ni..

Dan lagi satu aku berjaya utk signatory..Alhamdulillah.. dan Mr Chan adalah orang yang pertama wish congratulation kat aku..

2 comments:

ROSE EDANIZA said...

mula2 audit jer kelam kabut... masuk tahun seterusnya dah bleh spot soalan ape DSM nak tye...

HuMayRah HaYatI said...

harap-harap tu macam ko cakap lah da..kalu tak teruklah tiap-tiap tahun kena...huhu...