Saturday, 3 April 2010
Snap picture dari jendela kereta
Thursday, 25 March 2010
Kini aku...
lebih tenang...
kerana...
pertama...
pada 20 dan 21/3/2010...
dapat menziarahi Tok' Ki di Hospital Raja Perempuan Zainab 2 di Kelantan....
dan dia pun makin sihat...Alhamdulillah....
kedua...
pagi 22/3/2010
bos dah tak marah lagi...dan dia nak confirmkan aku dan naikkan gaji...
ketiga...
petang 22/3/2010...
rakan sepejabatku ms lim tak jadi berhenti keje...dan dia dapat kelonggaran masa bekerja....
keempat...
pada 25/3/2010..
orang yang hampir denganku disahkan mempunyai penyakit Hepatitis tahap 1 sahaja daripada 6 peringkat...
kelima...
pada 25/3/2010..
ex-supervisor tak jadi datang ke Penang hujung minggu...aku risau sbb pembetulan tesis masih in progress...
Tuesday, 16 March 2010
Sedih bertimpa-timpa
Kejadian Kedua (pagi isnin pada 8/3/2010)...
Kejadian Ketiga (selasa malam pada 9/3/2010)...
Kesedihan, kesukaran dan kepayahan dalam hidup adalah sebahagian dari ujian Allah SWT yang akan menguji tahap keimanan seorang hamba. Perjalanan hidup bagi seorang manusia lazimnya akan melalui berbagai cabaran dan dugaan. Untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang insan, memerlukan perjuangan yang berterusan tanpa noktah.
Firman Allah :
"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (Al-Baqarah : 156)
Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu, dan Dialah yang berkehendak untuk melakukan apa jua perkara ke atas makhluk ciptaanNya. Manakala hamba yang diciptakan ini perlu menghadapi segala yang telah diaturkan dengan sempurna oleh Maha Pencipta dengan cara yang termampu olehnya.
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" (al-Ankabut : 2)
Mukmin itu tidak cukup hanya dengan ungkapan beriman dan mengaku sebagai Islam sahaja, tanpa memenuhi tuntutan sabar dan tabah hati mengharungi ujian, sama ada ujian berupa perintah – melaksanakan kewajipan dan perintah, mahupun ujian berupa larangan yang perlu dijauhi. Begitu juga ujian kesusahan dan kemalangan yang menimpa diri. Di sinilah ukuran keimanan yang sebenar bagi seorang mukmin.
Saturday, 6 March 2010
Gelas air yang penuh
Friday, 5 March 2010
Debaran berakhir di sini..
Kuamat terharu..terima kasih kepada sumer yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan projek ni...terharu sangat2...x dapat nak dibayangkan perasaan aku ketika itu...hanya titisan air mata yang jernih menjadi temanku ketika itu...Allah maha pengasih dan penyayang..memberi semasa kita perlukan..
Monday, 1 March 2010
Akhirnyer penantianku terjawab..
Petikan dari laman web: http://www.ips.usm.my:88/jadual_viva.asp?date=3/27/2010
<< Viva Schedule : March 2010 >>
| No | Name | Level | Viva Room | Date | Time | Chairperson | School |
| 1. | MOHD ZAIDI BIN CHE MOD | M.Sc | Bilik Gerakan | 1/3/2010 | 9:30:00 AM | | P P Kej Awam |
| 2. | NOOR HANA HANIF ABU BAKAR | Ph.D | Bilik Persidangan | 2/3/2010 | 9:30:00 AM | | P P Sains Kimia |
| 3. | SAOWANEE SRIKANJANARAK | Ph.D | McClintock | 2/3/2010 | 10:15:00 AM | | P P Pengurusan |
| 4. | NUMAN HAYIMASAE | Ph.D | McClintock | 3/3/2010 | 2:30:00 AM | | P P Ilmu Kemanusiaan |
| 5. | RAMAN BIN NOORDIN | Ph.D | McClintock | 3/3/2010 | 9:30:00 AM | | P P Pengurusan |
| 6. | MOHAMMAD JAFARZADEH | Ph.D | Bilik Persidangan | 3/3/2010 | 9:30:00 AM | | P P Sains Kimia |
| 7. | ONG HEAN LOONG | M.Sc | Bilik Viva | 3/3/2010 | 9:30:00 AM | | P P Sains Komputer |
| 8. | AHMAD MOHAMMAD MAHMOUD AL-SHABATAT | Ph.D | McClintock | 4/3/2010 | 9:30:00 AM | | P P Ilmu Pendidikan |
| 9. | NORHAYATI BINTI AHMAD | M.Sc | Bilik Persidangan | 5/3/2010 | 9:00:00 AM | | P P Sains Kimia |
Tel : 604-6533888 Fax : 604-6532931/ 604-6532940 e-mail : dean_ips@notes.usm.my
www.ips.usm.my
Thursday, 25 February 2010
Cuti semasa tahun baru cina
Sepanjang cuti sempena tahun baru cina baru-baru ini..walaupun bukan raya puasa atau raya haji..akupun turut tumpang seronok...hehe..al maklumlah cuti kan...cuti selama 4 hari ini aku memanfaat sebaiknyer..penuh dengan aktiviti kekeluargaan..
Aku dan suami bersepakat untuk balik ke Pahang...baru kini kami berpeluang untuk pulang ke Pahang setelah dua bulan kami bergelar suami isteri..aku diberi pilihan samada ingin pergi berbulan madu atau balik Pahang..tanpa berfikir panjang mulutku memberi jawapan..balik Pahang..tak terucap betapa rindunyer aku kepada keluargaku..aku sanggup berkorban untuk tidak pergi berbulan madu..semoga Allah sentiasa memelihara hatiku untuk sentiasa menyambungkan silaturrahim..jauh, sibuk keje dan ekonomi tak berapa kukuh bukannyer alasan untuk tidak pulang menziarahi mereka..sesungguhnyer pelbagai rintangan akan datang jika kita ingin berbuat kebaikan..
dan tetamu kehormatnyer adalah...kami berdua..selaku pembawa cerita..
serta anak-anaknyer yang comel.. adik afiq dan adik anas Aktiviti ketiga iaitu pada 16/2/2010...pagi-pagi lagi...suami membawaku pusing2 KL naik LRT..kononnyer..nak ajar aku naik LRT...huhu..almaklumlah..orang desa...rasa macam orang penan pun ada...huhu..lepas tu...kami singgah sebentar di KLCC...kami masuk ke PAMERAN PETROSAINS...lama gak kami terperangkap kat sini..bagus jugak kalu bawak anak2 yang sedang membesar...bolehlah mereka mempelajari dan memahami sains dalam kehidupan...dan petangnyer kami bertolak balik ke Sg Petani, Kedah...
Sunday, 31 January 2010
Jalan-jalan snap gambar
Saturday, 30 January 2010
Me and Wonderful blog

1. 1st insert this badge or the pic above to inform u have been awarded.
2. Make sure u take the pic n said it is from
-Cik Oriza a.k.a Cik Farhana
3. You should tell 10 facts or hobbies about yourself.
- aku selalu bayangkan tempat keje aku hanya depan umah...
- kadang-kadang aku tak boleh fokus bila orang bercakap dengan aku..aku hanya mengangguk...beriyalah orang bercerita..bila ditanya apa yang dicerita..aku jadi blur...
- buat sesuatu benda tak sepenuh hati..
- bercita-cita nak drive kereta sendiri balik ke Pahang..Penang dan Kedah dah lepas...
- mengumpul resepi semua jenis makanan..
- cuba tak nak jadi cerewet
- selalu berfikir cara nak bayar hutang PTPTN
- nak tukar sumer sistem pengeluar makanan..biar dimonopoli oleh orang islam
- selalu berangan nak beli baju renang muslimah
- nak jadi yang terbaik untuk semua orang.
- Along
- Suzi
- Kak Long
- Mizi Ukhuwah
- Sape2 yang berani sahut cabaran
-Insya Allah..akan diusahakan...
Saturday, 16 January 2010
Ada hikmahnyer..
huhu...Alhamdulillah..akhirnya aku berjaya...untuk pengetahuan semua..aku ni jenis kategori manusia yang paling penakut dalam dunia..huhu..hampir bertahun-tahun lesen memanduku hanya menjadi perhiasan dalam beg...sebenarnya kejayaan ini bukan milikku seorang...ia merupakan usaha gigih suami, ibu, ayah dan kawan-kawan..terutama suami...terima kasih semua kerana sanggup bergadai nyawa duduk di sebelah tempat pemandu..yang mana pemandu itu adalah aku..huhu..
Sepanjang perjalanan dua jam dari umah ke tempat keje..pelbagai pemandangan yang indah-indah boleh dilihat..nilah namanyer, jauh perjalanan luas pemandangan...
Tuesday, 5 January 2010
Hobi baru
Terus terang aku katakan..aku amat mengagumi kebolehannya...termasuklah suami aku..apa lagi..dengan berbekalkan kamera CANON...bermulalah aktiviti snap gambar...dalam banyak-banyak gambar yang disnap...aku terjumpalah beberapa gambar yang menarik perhatianku...semuanyer gambar yang disnap oleh suamiku...yang aku snap tak der...haha...sebenarnya bakat aku masih terendam...
Saturday, 2 January 2010
Sepetang di Pantai Merdeka
Tetiba tengah syok berposing..terserempak dengan ngah (mak saudara suami)...
p/s: Husna..ok tak gambar?..hehe..
Thursday, 24 December 2009
Masakan pertama
Tuesday, 22 December 2009
Dunia Baru
Alhamdulillah, akhirnya semuanyer selesai...Allah telah mempermudahkan urusan walimahku..walaupun pada awalnyer..kami telah menghadapi pelbagai dugaan..
Sunday, 29 November 2009
Alhamdulillah..

Satu persatu masalahku selesai..Alhamdulillah..aku kini sudah mendapat pekerjaan baru..walaupun aku bekerja di sektor swasta..aku begitu gembira dengan kerja aku sekarang..iyelah kerja dalam bidang yang aku pelajari..tentunya aku kurang menghadapi masalah...tambahan pula..staf-stafnyer yang baik hati..walaupun kekadang aku selalu dibuli oleh super dumper senior..bos yang baik..walaupun kekadang aku diberi teguran yang agak sinis...suasana yang agak selesa walaupun kekadang bau-bauan bahan kimia memenuhi segenap ruang makmal...tanpa kusedari..dah 1 bulan aku bekerja di situ..
Mudah-mudahan Allah mempermudahkan segala urusan hidupku..Ameen..





