MARI BACA DOA

gif islamic

Thursday, 31 March 2011

Apalah asyik silap jer...


Huhu...sedihnyer...hari ni aku diserang penyakit sedih pulak...huhu....beselah...kitakan manusia biasa...ada penyakit satu pakej....gembira...sedih....aku sedih sebab ada jer aku buat mistake dalam report...silap calculationlah, silap unitlah, silap tarikhlah, silap grammar lah, typing error lah....ahhh macam-macamlah....huhu....nasib baik boss tak marah...Alhamdulillah....itupun rezeki juga....

Kalu boleh aku ingin buat yang terbaik...kadang-kadang bila terjadi perkara macam ni...baru tersedar yang kita ni adalah manusia yang lemah dan banyak kekurangan....insya Allah aku akan berusaha untuk meminimakan kesalahan aku...so aku kena lebih berhati-hati....Chaiyok...chaiyok...chaiyok....

Tadi buka web google...terjumpa gambar ni...sukalah pulak...copy jer lah...




Monday, 28 March 2011

Masakan istimewa suami

Hari ni hari Isnin.....terasa malas sangat nak pegi kerja...huhu....apa-apa pun terpaksa kugagahi jua....dalam perjalanan....aku mendengar Sinar Pagi yang dikendalikan oleh Khril, SY dan KE di SinarFM....terhibur juga bila dengar....boleh juga menemani aku tatkala memandu seorang diri...ingat kata-kata Khril pagi tadi memberi semangat..."anggap jer hari ni hari Jumaat"...

Alhamdulillah...hari ni lif kat bangunan ofis aku dah boleh digunakan...kurang-kurangnyer perasaan malas tu berkuranglah sikit....huhu.....kalu tak hari-hari aku kena panjat 100 lebih anak tangga...penat....

Itu adalah celoteh pembuka entry hari ni....hehe....

Hujung minggu yang lalu.....pagi-pagi lagi suami dah ke pasar...kata suami dia masak special....Ayam bakar percik...sedappp...terima kasih abang...lain kali boleh masak lagi kan....hehe...


Ayam Bakar Percik


Sebenarnyer itu adalah resipi aku....nak juga naik nama tu....hehe....kalu kalian terliur dan teringin nak makan makanan ni ....jangan malu-malu mintak resipi yer....

eeee...takutnyer radiasi...

Baru-baru ini, aku ada test sampel untuk menguji tahap radiasi...sekarang ni isu radiasi menjadi isu yang hangat diperkatakan...ini adalah gara-gara reaktor nuklear di Jepun mengalami kebocoran akibat gegaran dan Tsunami... 

Sebelum itu baik kita mengetahui apa itu radiasi, jenis-jenis radiasi dan apakah kesannya kepada kita..Hehe..sejak bila pulak lah blog ni bertukar menjadi skema...huhu...

Apa tu radiasi?
Radiasi telah lama hadir dalam hidup kita. Radiasi merupakan sejenis tenaga yang melalui atmosfera di angkasa lepas. Tidak dapat dinafikan bahawa kita, sebagai makhluk yang mendiami dunia ini telah banyak didedahkan kepada radiasi yang berpunca daripada sumber-sumber semula jadi. Sumber-sumber ini merangkumi matahari, udara, makanan, unsur-unsur semula jadi bumi, sistem suria secara keseluruhan serta unsur-unsur radiasi semula jadi di dalam tubuh kita. Kesemua sumber ini menyumbang kepada jumlah radiasi yang kita terima tiap-tiap hari. Radiasi semula jadi menyumbang sebanyak 88% daripada jumlah tahunan radiasi kepada populasi serta prosedur-prosedur perubatan menyumbang bakinya, iaitu sebanyak 12%.

Jenis-jenis radiasi.
Sinaran matahari merupakan sejenis radiasi. Sinaran matahari mengandungi sinaran dalam pelbagai alunan dari alunan panjang seperti sinaran pra merah kepada alunan pendek seperti ultra ungu. Spektrum daripada julat sinaran tenaga adalah seperti dibawah:





Sinaran gamma dan X digunakan secara meluas dalam prosedur radiologi. Sinaran ini mempunyai kuasa menembus yang lebih berbanding dengan sinaran matahari serta berupaya menembusi tubuh badan manusia. Tiang-tiang konkrit atau plumbum digunakan sebagai perlindungan daripada radiasi ini. 

Radiasi juga wujud daripada atom-atom. Kebanyakan atom adalah stabil, sebagai contoh, atom oksigen-16 masih wujud dalam bentuk atom oksigen-16 buat selama-lamanya, akan tetapi, lama-kelamaan, sesetengah atom mereput (decay) untuk membentuk sebutir atom baru. Atom-atom ini boleh dikatakan tidak stabil dan radioaktif. Sebutir atom menjadi radioaktif mengeluarkan lebihan tenaganya dalam bentuk radiasi, iaitu dalam bentuk radiasi gama, partikel alfa or partikel beta.

Kesan radiasi terhadap kita
Tenaga radiasi yang lebih tinggi di sebelah kiri spektrum (radiasi gama, radiasi X, dan radiasi ultra ungu) disebut radiasi mengion kerana radiasi menyebabkan pengionan. Pengionan mengeluarkan elektron-elektron daripada atom atau molekul, lalu membentuk ion atau molekul-molekul yang telah dicas.

Ion-ion yang dibentuk akan terus bertindak dengan atom-atom atau molekul-molekul yang lain, lalu mengakibatkan kemusnahan. Radiasi mengion berupaya mendatangkan kesan buruk kepada molekul sel-sel hidup dan mendatangkan perubahan yang penting dari segi biologi. Contohnya, sekiranya suatu radiasi gamma melalui sesuatu sel, molekul-molekul air yang berdekatan dengan DNA akan besar kemungkinan diionkan dan ion tersebut akan bertindak balas dengan DNA, dan menyebabkan DNA tersebut pecah. 

Bila terdedah kepada dos yang rendah, berdasarkan penerimaan seharian daripada sinaran latar semula jadi, sel-sel akan membaiki kerosakan tersebut secara pantas. Pada dos yang lebih tinggi (tidak ditemui semasa prosedur diagnostik radiologi), sel-sel kemungkinan tidak akan dapat membaiki kemusnahan tersebut, dan mungkin akan berubah secara kekal ataupun mati. Sel-sel yang berubah secara kekal boleh terus menghasilkan sel-sel ganjil ketika ia membahagikan diri dan sel-sel ini boleh membawa kanser. Inilah cara kanser yang disebabkan pendedahan sinaran yang keterlaluan bermula. 
(Sumber; http://www.radiologymalaysia.org/Content/2006/Public/Imaging/BM/BM_radiation.html)


Sepanjang aku menjalankan ujian ini terhadap sampel-sampel....termasuklah sampel dari Jepun....didapati kadar radiasi alpha, beta dan gamma yang agak rendah....

Thursday, 24 March 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Hujung minggu lepas...aku dan suami pegi tengok wayang cerita HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA..aku jarang menonton filem melayu...bukan tak menyokong industri filem tempatan...rasa macam tak berbaloi jer harga tiket dengan filem...biasanyer aku beli DVD jer...hehe....Tapi bila tengok kehebatan filem ni melalui iklan...jadi teruja plak nak tengok...



Sinopsis
Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?


Pada pendapat aku setelah menonton filem ini, ia adalah percubaan terbaik Malaysia untuk memasuki filem bertaraf international....Syabas dan tahniah buat Yusri KRU....

Komen dari aku yang tak berapa ada bakat berlakon...berlakon buat muka lapar bolehlah...hehe...
  1. Teknik kesan khas visual berbeza, menakjubkan dan lebih realistik.
  2. Pemakaian costume dan lokasi pengambaran yang amat bersesuaian dan ini menambahkan lagi ke"real"an filem.
  3. Banyak aksi-aksi lawan dan pergaduhan, jadi cerita suspen jer.  
  4. Mengikut prinsip 1 Malaysia dengan menampilkan pelakon-pelakon daripada pelbagai kaum.
  5. Yang peliknyer, aku agak blur dengan teori Archimedes tu...dan kenapa suasana pemandangan agak gelap sedangkan masa tu tengahari....

Wednesday, 23 March 2011

Penangan BIG apple...

Pada mulanyer aku nak tangguhkan entry ini...tetapi memandangkan Puan Nadiah Sidek dah selamat melahirkan anaknyer yang kedua pada 19 Mac yang lalu...apa kaitannyer...ok3...macam ni...sebenarnyer nadiah ni mengidam nak makan donut BIG apple....kat US tak der... jadi takut nadiah kempunan nak makan pula bila tengok donut dalam entry aku ni....hehe....apa-apapun.....Tahniah Nadiah....dapat baby boy....comel....nama pun comel....Wan Shakir Bin Wan Zaki....

Kejadian ni berlaku pada 13 Mac yang lalu....teringin nak makan donut BIG apple....sebenarnyer bukan aku...tapi suami....akupun menumpanglah 2 kaki....hehe...





Kelebihan restoran BIG apple ni mempunyai dapur di bahagian depan restoran...so that kita boleh tengok status kebersihan dan bagaimana pekerja-pekerjanyer menyediakan makanan...kebanyakan ciri-ciri seumpama ini juga terdapat pada sebilangan kedai roti dan kek...


Dapur di bahagian depan kedai...


Mari kita lihat bagaimana donut BIG apple dimasak...

Proses mengoreng donut


Donut dicelup


Inilah rupanyer setelah dicelup..


Peringkat seterusnyer...

Dah siap...sedia untuk dijual...


Antara donut-donut yang dijual...sebenarnyer ada banyak lagi....macam-macam nama ada....



Gara-gara penangan BIG apple...suami beli 12 biji donut...huhu...bolehlah dijadikan stok untuk dua tiga hari...hehe...i like....kali ni aku cuba rasa donut perisa durian...memang sedap...kebetulan tinggal satu jer...terpaksa berbahagilah...huhu....


12 donut BIG apple...tak sempat tiga hari pun...


baru berapa minit dibeli...dua dah kena baham...


Thursday, 17 March 2011

Seni apa yer...entahler....

Tatkala boring duduk kat umah....suami kerja shift petang....nak mengarang proposal...idea pula seakan kering... mmmm apa lagi berblogging jer lah...ntahlah sebenarnyer nak berblogging pun rasa macam tak der mood....dua-tiga hari ni ladtop aku asyik tersadai jer kat atas meja....tiba-tiba jer jadi malas nak update blog....huhu....ntah apa penyakit aku ni...nak buat apa-apa kerja pun malas...

Namun untuk melihat blogku update...aku gagahkan diri jua....

Entry ni berkisar tentang diri dan sekeliling aku...haha...mestilah...inikan blog aku....hehe....apalah....jangan marah....saja nak buat lawak....sambil-sambil mencari mood aku untuk mengarang....

Aku teringat suatu perbualan antara aku dan suami...ketika itu kami baru jer bergelar pengantin baru...masing-masing masih belum mengetahui semua nilai potensi dan keperibadian yang ada dalam diri masing-masing...iyerlah masih malu...tapi itu dululah....kalu dulu...kentut pun tak berbunyi...tau-tau jer ada bau....huhu....tapi sekarang....pung...pang...pung...pang.....masing-masing buat selamba badak jer...hehe.... :-D

Ketika itu kami di dalam perjalanan balik SP dari Penang....tiba-tiba suami bertanya sambil jari-jemariyer menekan-nekan ibu jari tanganku ke belakang, "Maira ada seni apa-apa ke.."...Aku pelik..."nape abang tanya macam tu"....Suami menyatakan bahawa ibu jariku boleh dibengkok ke belakang sehingga 90 degree..selalunyer orang sebegini mempunyai kelebihan seperti melukis, bermain alat muzik dan banyak lagi...setelah mendengar huraian yang panjang lebar...Selamba aku menjawab...."Seni apa yer...entahler....kalu mak....memanglah terror melukis...."....

Aku ada simpan satu lukisan potret yang dilukis oleh ibuku...hampir sebelas tahun aku menyimpannyer...aku begitu kagum dengan kelebihan ibuku melukis dengan hanya menggunakan daya imaginasi tanpa perlu ada objek atau berada di tempat kejadian....tetapi malangnyer kelebihan melukis itu tidak menurun kepada aku dan anak-anaknyer yang lain...     


Potret ni hanya imaginasi ibuku...tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang mati...





Monday, 14 March 2011

Kenapa kecik sangat?

Saat ni aku sedang mengarang entry sambil menunggu kereta dicuci..ceee itupun nak bagitau ke..huhu..nak buat macamana..dah poyo namanyer..hehe..

Berbalik kepada cerita entry ni..Persoalan di atas berlaku ekoran kesukaran aku dan suami mencari pejabat lawyer di SP untuk menandatangani dokumen-dokumen bakal rumah seperti diceritakan dalam entry ni "Selesailah cudah"....signboard tanda syarikat perniagaan selalunyer mempunyai saiz papan tanda yang cukup besar bagi memudahkan ia dilihat..tapi kali ini aku agak pelik..kenapa signboardnyer agak kecik..

Bila sampai sahaja di tempat yang dituju..setelah urusan selesai..lantas aku bertanya kepada staf di situ "kenapa signboard kecik sangat..kami nyaris2 tak dapat cari..tak nampak.."..Suami hanya mengiyakan bersetuju dengan soalan yang aku utarakan kepada staf tersebut...

Kemudian, staf itu menjawab.."Ooo itu adalah polisi untuk pejabat lawyer.."

Aku bermonolog sendiri....mmmm pelik juga...tetapi yang pasti mesti ada sebab kenapa....

Rupa-rupanyer ada banyak lagi benda yang aku tak tau...walaupun benda tu nampak macam kecik..tetapi itu menunjukkan yang aku tak berapa peka dengan keadaan sekeliling..huhu...dan aku bukanlah seorang yang teliti....

Alamak suami dah panggillah..mesti kereta dah siap di cuci..oklah setakat di sini sahaja yer..insya Allah..jika diberi peluang untukku mengarang lagi..kita jumpa di entry lain pula yer..

Published with Blogger-droid v1.6.7

Sunday, 13 March 2011

Oooo.....Six Star....



Sebenarnyer peristiwa ni dah lama berlaku....kalu tak silap...dalam bulan dua....22 hb kot....aku pun dah lupa kewujudan gambar-gambar ni.....aku perasan bila nak transfer gambar dari kamera ke ladtop....masa ni aku menghadiri seminar anjuran Agilent di Eastern & Oriental Hotel (E & O)....Hotel ni terletak di area Georgetown....area kat padang kota......kira grandlah....

Dah lama aku tak dengar lecture....mula-mula tu semangatlah....tapi lama-lama ngantuk pun menggila......huhu.....tambah plak tempat pun best....cahaya malap.....duduk pulak di belakang....dahlah aku ni rabun jauh....cukup package lah katakan.....selamat.....





Teringat perbualan aku dengan Swee In di pagi hari seminar tu.....masa tu kami sarapan pagi....aku berkata kepada Swee In...."Agak-agaknyer berapa star hotel ni yer...i think maybe 5 star"....Lantas Swee In menjawab..."no 5 star lah....6 star..."...

Mulut akupun dah jadi bulat macam O...."Oooo....Six Star.."



Sarapan di luar hotel....yang menghadap laut....


pemandangan laut....


Ketika makan tengahari.....terlalu banyak makanan terhidang....memang mewah....nampak sedap....macam-macam ada.....sampai aku tak tahu nak makan mana satu....bila tengok pekerja yang menghidang makanan-makanan tu....tiba-tiba aku jadi was-was....sebabnyer ramai pekerja chinese yang hidang makanan....aku tercari-cari pekerja melayu....adalah tapi tak ramai....aku cuma makan ala kadar jer.... 



Sajer ambik kek...sebab nak belajar snap gambar makanan....



Published with Blogger-droid v1.6.7


Saturday, 12 March 2011

Macam agen FBI lah plak..

Ini adalah percubaan pertama aku berblogging menerusi hansetku yang mempunyai sistem operasi jenis android....so bolehlah aku berblogging hari-hari, bila-bila masa dan tak kira tempat..hehe....asal ada idea jer..terus taip..huhu..jangan jelesss..wauu dashyat tul teknologi zaman sekarang..alangkah ruginyer jika kita tak manfaatkannyer..Sebenarnyer itu bukan cerita yang aku nak sampaikan dalam entry ni..biasalah tu sebagai mukadimah..hehe..

Khamis minggu lepas..tiba-tiba boss aku ajak pegi ke lokasi untuk membuat penyiasatan tentang kewujudan white sediment di dasar swimming pool..mmm terasa seperti agen FBI plak...membuat penyiasatan forensik....hehe...poyos jer kan....

Best gak..dapat pegi jalan2 tengok tempat lain..kalu tak asyik terperuk kat lab jer..huhu...

Swimming pool yang menghadap laut....



Memang cantik...almaklumlah tempat orang-orang kaya...




Sampel-sampel  yang di ambil untuk dianalisis di lab....


p/s: Sebenarnyer entry ini tidak menggunakan aplikasi android sepenuhnyer.....ia telah diedit menggunakan ladtop...untuk menghasilkan susunan imej yang lebih cantik...hehe....

p/s/s:Sama-samalah kita bersimpati terhadap mangsa-mangsa bencana Tsunami yang berlaku di utara Jepun pada hari Jumaat iaitu 11/03/ 2011 yang lalu....serta mengambil iktibar dari bencana tersebut...ingatlah bahawa kiamat semakin hampir dengan kita....




Published with Blogger-droid v1.6.7



Friday, 11 March 2011

Selesailah cudah...

Alhamdulillah...hari sabtu minggu lepas...urusan pembelian rumah selesai....mmmm agak lama juga....lebih kurang 2 bulan setengah jugak lah.....banyak step yang kena ikut....iyerlah beli rumah...bukan macam beli ikan kat pasar....hehe....insya Allah jika tiada aral hujung tahun depan....siaplah rumah.....


Pulun mengira duit


Deposit 10 %....RM 10,010.00


Perkenalkan...kak tina...person in charge...


Lawyer fees..lebih kurang RM 3,200.00....


Step2 untuk pembelian rumah....sajer2 lah nak share dengan kalian...tak derlah terpinga-pinga macam aku bila nak beli rumah....huhu....at least ada guide sikit2...hehe...
  1. Survey lokasi dan rumah...
  2. Bila berminat....terus bayar booking....bayaran booking bergantung kepada jenis rumah....
  3. Apply loan bank: Dokumen yang perlu adalah seperti cover letter dari company, penyata gaji untuk 3 bulan terakhir dan penyata KWSP. Selepas 2 minggu, baru dapat tau result loan.
  4. Pergi bank untuk ambik offer letter...sebelum terima offer...kena check dan tahu tentang BLR, MRTA, monthly instalment etc. Bila dah puas hati baru sign agreement.
  5. Jika ingin mengeluarkan duit KWSP dari akaun II untuk menjelaskan 10 % deposit rumah, kenalah apply dengan mengisi borang di KWSP. Perlu bawa dokumen dan salinan dokumen seperti IC, offer letter dari bank, agreement letter dan penyata buku bank...siap dalam 15 hari bekerja...kadang-kadang dalam 3-4 hari dah settle....
  6. Dapat letter dari lawyer...kena pergi sign dokumen2...gadaianlah....ntahlah.....banyak lagi...sampai lenguhlah menyain dokumen.....hehe....
  7. Bila KWSP dah masukan duit dalam akaun....boleh lah bayar 10 % deposit dan lawyer fees.
  8. Lepas tu..tunggu 3-4 bulan untuk start bayar interest kat bank...yang ni kena tunggu notis dari bank

Tuesday, 8 March 2011

Bye, bye, bye....JDC 7587...

Hari Ahad minggu lepas....aku membuat urusan penghantaran balik motosikal ku ke Pahang....Ibarat seperti sirih pulang ke gaganglah....Rasa sedih plak nak berpisah dengan motosikalku....JDC 7587...dah hampir 9 tahun bersamaku....sejak dari aku belajar degree sampailah aku kawen....banyak kenangan tercipta...kenangan accident ada...kenangan kena kejar dengan mamat moto pun ada...huhu...moto ni banyak berjasa kepada ku....


aku masa muda2...jadi minah rempit...

Dulu moto ni warna merah....pastu dah teruk sangat...aku tukarlah cover set....kebetulan warna merah dah abih....jadi sekarang moto ni dah bertukar kulitlah....jadi biru plak.....hehe....

 

Sebelum pos....repairlah yang mana patut...


Moto mandi...bertahun tak mandi...


berkilatlah sikit...hehe...

 
Terakhir...di Pejabat Pos Sg Petani...huhu...


Selamat tinggal JDC...terima kasih kerana berbakti kepadaku selama ini...

Friday, 4 March 2011

Akukah Tanggang....

Aku tak tahu bagaimana cara untukku meluahkan apa yang terpendam di dalam hati ni...aku terlalu rindu pada mak ku....andainyer mak membaca entry ni.....ketahuilah....aku terlalu menyayangimu....aku ingin berbual panjang denganmu....aku rindu pada senyuman mesramu.....aku teringin nak makan masakan mu.....bertapa rindunyer aku pada semuanyer itu....seakan ada titisan mutiara jatuh dari mataku saat ni....
Ini adalah dugaan bagi aku....

Aku selalu jadi sebak bila dengar lagu ni....




Thursday, 3 March 2011

Buih, kafein dan kopi....



Dalam dua hari ini aku ada menjalankan ujian makmal terhadap sampel serbuk kopi bagi mengetahui kandungan kafeinnyer....Sajer jer share dengan kalian....hehe.....Berdasarkan pemerhatian aku semasa penyediaan sampel.....dah banyak kali aku perhatikan.....

Pada mulanyer sampel serbuk kopi dilarutkan ke dalam air dan seterusnyer digoncang beberapa minit untuk memastikan ia betul-betul larut......kemudian dibiarkan......kalian perhatikan kat gambar di bawah ni yer....


 Sample 1 dan 2


 Close-up...Sample 1


Close-up...Sampel 2

Aku dapati sampel 1 kurang buih tetapi sampel 2 mempunyai banyak buih....untuk mengetahui kandungan kafein dalam sampel....aku menggunakan kaedah HPLC....dan aku dapat kromatogram seperti di bawah ni....



Setelah data dikira dan dianalisis...aku dapati sampel 1 mempunyai 0.5 % kafein manakala sampel 2 pula mempunyai 4 % kafein....

Adakah boleh dikatakan jika kopi banyak buih maka kandungan kafeinnyer adalah tinggi....

Sejauh mana kebenaran....aku tak pasti....tetapi inilah pemerhatian aku...kalian jangan jadikan ia sebagai teori pulak yer....hehe....



Wednesday, 2 March 2011

Hah...apa dia?

Kejadian pertama....

Suatu petang selepas berjogging di tempat biasa...aku dan suami singgah sebentar di rumah sepupunyer....Not....tujuannyer nak tengok rumah baru Not... sambil2 nak cari inspirasi untuk bakal rumah kami nanti....kira sambil berenang sambil minum air....hehe..jangan lemas sudah lah....Suami dan Not berbual-bual dalam loghat Kedah lah....tiba-tiba aku terdengar suatu perkataan yang tidak aku fahami....


Lebih kurang begini ayatnyer...."Not...hang jangan antaq anak hang kat nursery depan tu....sebab ada kawan yang antaq anak dia kat situ....jadi mandom jer...Malas...bila balik umah...lapaq jer....pastu bila ada saudara dia jaga...budak tu la ni dah cargaih (cergas)..."


Muka aku blurr....hatiku bertanya sendiri...."hah...apa dia? aku tak pahamlah".....mmm.....nak tanya macam tak sesuai jer....huhu....takper2 nanti bila balik rumah....aku akan tanya....

Not membalas..."tulah...kami dok lalu kat depan tu....kami tak dengaq pun suara budak-budak menangis...senyap jer....depa jaga ramai....dalam 30 orang ada kot....kalu budak-budak mestilah bising...depa dok bagi makan ubat batuk lah tu"...


Kejadian kedua....

Juga di suatu petang...tetapi berlaku di sebuah kedai komputer...ketika itu aku dan suami ingin membeli catridge printer....setelah urusan jual beli...suami berbual-bual sebentar dengan penjual....perbualan mereka berkisar tentang akuarium ikan yang terletak di hadapan kaunter kedai....kelihatan suami begitu berminat....macam-macam suami bertanya tentang penjagaan akuarium....

Aku hanya setia mendengar....tiba-tiba telinga aku menangkap satu perkataan yang agak jarang di dengar....ayatnyer lebih kurang begini...."Kalu guna ayaq paip....ayaq ni kena tahaq lama cket....baru hilang klorin"....

Sekali lagi muka aku blur....kali ni aku buat muka tak malu....lantas aku bertanya...."hah...apa dia?....suami pun terang secara ringkas....

p/s:
Mandom tu kira macam lembablah.....
Tahaq tu macam dibiarkanlah....

Tuesday, 1 March 2011

Perlukah ada kadang-kadang...



kadang-kadang aku rajin....
kadang-kadang aku malas....


kadang-kadang aku ramah..
kadang-kadang aku membisu...


kadang-kadang aku gembira....
kadang-kadang aku sedih...

kadang-kadang aku berani...
kadang-kadang aku takut...

kadang-kadang aku rindu...
 kadang-kadang aku benci...


kadang-kadang aku pemurah...
kadang-kadang aku kedekut...



Dalam hidup kita....perlukah ada kadang-kadang....adakah kita boleh maintain emosi kita setiap masa....mmm....mungkin tidak....walaubagaimanapun kita tidak boleh jadikan ini sebagai alasan untuk mengelak dari buat sesuatu pekerjaan, melukakan hati orang lain atau melakukan sesuatu perkara yang tidak elok...