MARI BACA DOA

gif islamic

Sunday, 4 December 2011

Kelahiran dibantu

Entry ni berkisar kelahiran Iman Solehah dan sambungan dari entry sebelum ni iaitu Di saat pertama kali bergelar umi ....Sebenarnyer kelahiran Solehah dibantu menggunakan kaedah ventouse ekoran baby dah lemah dan aku pula dah penat nak meneran....Sebenarnyer risiko kelahiran ni akan menyebabkan kesan luka kepada kepala baby...tetapi kesan ini akan hilang selepas beberapa minggu....

Selepas Dr selamat mengeluarkan baby.....baby tak menangis seketika....Dr hairan....jadi Dr hanya meletakkan baby di atas perutku seketika...selepas itu Dr melarikan baby untuk dirawat....mereka menyuruh aku bertenang.....menurut mereka babyku tidaklah kritikal....cumanyer mereka ingin monitor ekoran baby lemas dan kepala baby yang mengalami sedikit luka....huhu....aku hanya mampu berdoa dalam hati....mudah-mudahan Allah selamatkan anak umi....

Kira-kira jam 11 pagi.....aku ditolak keluar dari bilik bersalin.... suami menyambutku dengan senyuman dan sempat juga dia menghadiahkan ciuman di pipiku....terdengar bisikan suami....terima kasih....aku hanya mampu tersenyum....setelah sampai di wad....seharian aku tido tak sedarkan diri....al maklumlah semalaman aku tak dapat tido....

Petangnyer suami datang dan membawa aku melawat di NICU (Neonatal Intensive Care Unit)....kesiannyer anak umi.....berselirat wayar....huhu....hati bertambah risau...apalagi aku dan suami sibuk mengajukan soalan kepada Dr....menurut Dr baby tiada masalah tetapi kena monitor lagilah....

Keesokan harinyer, Solehah dipindahkan ke bilik rawatan biasa....Alhamdulillah....tetapi kepala Solehah dibalut dengan kain....hatiku sedikit lega dan sambil berteriak Terima kasih Ya Allah....
     

Kesian anak umi...


Kelahiran dibantu
Kelahiran dibantu melibatkan penggunaan forseps atau ventouse/vakum tarik untuk membantu pelahiran bayi anda. Kedua-dua ini merupakan alat yang dilekatkan kepada kepala bayi supaya dia boleh ditarik keluar. Bayi anda mungkin memerlukan bantuan atas pelbagai sebab, termasuk jika dia tidak mendapat oksigen yang mencukupi atau anda tidak lagi berdaya untuk menolak. 

Ventouse mempunyai mangkuk yang bersambung kepada pam vakum yang kecil dan pemegang yang boleh ditarik. Mangkuk ini diletakkan di atas kepala bayi ke belakang sedikit. Ada beberapa jenis mangkuk ventouse:
  • mangkuk plastik yang lembut kurang kemungkinan menyebabkan sebarang kecederaan kepada kepala bayi, tetapi lebih kemungkinan terlucut;
  • mangkuk separuh tegar, yang didapati paling berkesan;
  • mangkuk logam tidak akan terlucut tetapi paling besar kemungkinan menyebabkan trauma pada kepala bayi.
Jenis mangkuk yang digunakan biasanya dipengaruhi oleh posisi bayi. 

Kebanyakan doktor lebih cenderung untuk menggunakan ventouse, atau ekstraktor vakum, untuk kelahiran yang dibantu. Sebabnya ialah ibu mengalami kesakitan yang kurang semasa melahirkan dan sesudahnya, berbanding dengan forseps. Kemungkinan anda memerlukan episiotomi juga kurang dan risiko sebarang koyakan pada perineum juga kurang. Mangkuk ventouse diletakkan di bahagian atas kepala bayi anda dan bukannya di sekitar, jadi tidak memerlukan ruang yang banyak. 

Doktor akan meletakkan mangkuk ventouse/vakum ke atas kepala bayi di dalam vagina anda, kemudian menyedut udara keluar dari mangkuk vakum itu dengan menggunakan pam vakum yang digerakkan oleh kaki atau pam tangan. Bunyinya agak bising, jadi bersedialah. 

Apabila mangkuk itu sudah di pasang dengan kemas, doktor akan menyuruh anda menolak apabila datang kontraksi, dan dia akan menarik mangkuk itu untuk membantu bayi keluar. 

Ada kalanya mangkuk itu terlucut daripada kepala bayi, terutama sekali jika bayi itu agak besar atau berada dalam posisi di mana mangkuk itu tidak boleh dipasang dengan kemas, dan perlu di pasangkan semula. Jika bayi berada dalam posisi yang membuatkan kelahiran lebih sukar, maka ventouse/vakum yang diperbuat daripada mangkuk logam atau mangkuk plastik separuh tegar akan digunakan dan bukan mangkuk plastik biasa sebab jenis ini lebih susah hendak lucut. 
[Sumber: http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/labour-and-birth/forseps/]



No comments: