Thursday, 24 December 2009
Masakan pertama
Tuesday, 22 December 2009
Dunia Baru
Alhamdulillah, akhirnya semuanyer selesai...Allah telah mempermudahkan urusan walimahku..walaupun pada awalnyer..kami telah menghadapi pelbagai dugaan..
Sunday, 29 November 2009
Alhamdulillah..

Satu persatu masalahku selesai..Alhamdulillah..aku kini sudah mendapat pekerjaan baru..walaupun aku bekerja di sektor swasta..aku begitu gembira dengan kerja aku sekarang..iyelah kerja dalam bidang yang aku pelajari..tentunya aku kurang menghadapi masalah...tambahan pula..staf-stafnyer yang baik hati..walaupun kekadang aku selalu dibuli oleh super dumper senior..bos yang baik..walaupun kekadang aku diberi teguran yang agak sinis...suasana yang agak selesa walaupun kekadang bau-bauan bahan kimia memenuhi segenap ruang makmal...tanpa kusedari..dah 1 bulan aku bekerja di situ..
Mudah-mudahan Allah mempermudahkan segala urusan hidupku..Ameen..
Wednesday, 28 October 2009
Salam perpisahan
sebenarnyer kita bertemu untuk berpisah..jika tak nak berpisah..maka jangan bertemu..hehehe..bila berpisah pasti tak sabar untuk bertemu semula...
sebenarnya, saya ingin mengucapkan salam perpisahan buat rakan-rakan sekalian..buat masa ni saya akan cuti dari berblogging....insya Allah jika ada umur dan masa..kita akan berjumpa lagi..
saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya saya ada terkasar bahasa atau tingkah laku saya yang mengores hati anda sekalian..sejujurnyer saya tidak pernah berniat nak sakitkan hati sape2..tapi jika berlaku juga..mungkin disebabkan ketidaksengajaan saya...
Friday, 23 October 2009
Tahajjud Cinta
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud
Tuesday, 6 October 2009
Seronoknyeeeeeer..

nak tau petua yang aku amalkan..tak perlu amik pil kurus yang mahal-mahal cuma kena kuat semangat melawan nafsu makan..
- Tak makan nasi..aku makan nasi selang dua atau tiga hari..kadang-kadang sampai seminggu.
- Gantikan dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Banyakkan minum air.
- Tak akan makan selepas 7.00 malam.
- Kurangkan makan makanan yang berkolesterol tinggi.
- puasa bulan ramadhan.
- sibuk dengan tesis.
- risau bila nak viva.dah masuk tiga bulan dari tarikh anta tesis.
- makan hati berulam jantung.
- tensen cari keje.
- buat keje rumah yang tak abih-abih.
- terpaksa budget makan.
- sibuk dengan persiapan kawen.
- takut tak boleh pakai baju kawen.selalu kena perli.
- macam-macam lagi.
Friday, 2 October 2009
Min alif lam sin

Wednesday, 16 September 2009
Balik kampung..hoho..balik kampung..
Tuesday, 15 September 2009
Demam kuih raya episod 2
Sunday, 13 September 2009
Demam kuih raya
Jadi dengan berbekalkan ilmu yang diberikan oleh Kak Ila dan Tri...oven nor..sepanjang hayat aku..seingat akulah..aku memang tidak pernah membuat biskut raya..aku memang tak suka buat benda yang remeh...tambahan pula..alat peralatan yang tidak mencukupi membataskannya..hehehe..saja cari alasan...tapi sekarang aku harus mencuba..aku gagahi diri untuk mencuba untuk menghasilkan biskut raya..iaitu Almond London dan Mazola..sebelum memulakan aktiviti membuat kuih..aku menuntut ilmu masakan..dan inilah resipinyer...
(Terima kasih yer nor..jasamu akan kukenang selamanyer..hehe)
Wednesday, 9 September 2009
Kunjungan ke Kuala Lumpur
manakala EDA pula adalah sahabat karib aku semasa aku menuntut di USM..masa degree..mmmm dia memang baik..dan bagiku tak der sahabat yang sebaik dia...
Sekitar jam 1.30 ptg..aku dan Ayu bertolak ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas KONSORTIUM..setelah berpenat lelah selama 5 jam berada di dalam bas..aku dan ayu tiba di Puduraya sekitar jam 6.30 ptg..kami bergegas ke surau Puduraya untuk menunaikan solat jamak zohor dan asar..mujur sempat..lepas solat..kami bergegas pula untuk mencari juadah untuk berbuka...
Ayu memberi cadangan untuk berbuka di KFC..kupula..tak kisahlah mana-mana..asalkan puasaku dibuka..kita digalakkan untuk menyegerakan waktu berbuka dan melambatkan waktu bersahur..disebabkan beg kami yang agak banyak, kami buat keputusan untuk menyimpan beg di kaunter penyimpanan beg di Surau ni..kalu tak silap..nama surau ni surau al-Hidayah...ketika kami ingin menyimpan beg..penjaga kaunter tidak lokek memberi hadiah senyuman kepada kami..mmm..akupun balas dengan senyuman jugak..hehehe..setelah beg kami disimpan di loker penyimpanan..penjaga kaunter memberi kami dua bungkus makanan bersama air dan juga buah...hatiku berbisik..Alhamdulillah..murah rezeki kami hari ni...masih ada orang yang baik di Kuala Lumpur ni...walaupun mereka tidak mengenali kami..tapi masih sudi menghulurkan sedekah..dari riak wajah penjaga kaunter tersebut..kutahu..dia bukanlah berasal dari Malaysia..tapi budi bahasanya mengalahkan rakyat Malaysia sendiri...kami mengambil makanan tersebut dan kami hanya mampu mengucapkan ucapan terima kasih dan senyuman yang tidak bernilai kepada penjaga kaunter tersebut sebagai balasan terhadap pemberiannya..semoga Allah murahkan rezekinya..kami bergegas keluar menuju ke restoran KFC yang berkali-kali menjadi sebutan Ayu..kuhanya mengikutnya dari belakang..
Setelah berbuka puasa di KFC, Eda dan suaminya mengambil kami..mereka membawa berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur..aku agak teruja melihat keindahan malam di Kuala Lumpur..canteeekk..al-maklumlah..satu-satunya tempat yang aku pernah aku lawati di Kuala Lumpur ni adalah HENTIAN PUDURAYA..huhu..aku ni agak sukar untuk ke mana-mana...banyak batasan..batasan mak ayah..batasan masa..batasan duit..tambah pulak..aku ni memang bukan kaki yang suka berjalan..aku rasa..selama hampir 9 tahun aku kat Penang..aku masih belum khatam kawasan perlancongan kat sini..hehehe..
Setelah penat, akhirnya kami berhenti di TAMAN SURIA KLCC..kami melepak seketika disini..
Sunday, 6 September 2009
060609
Pada mulanyer, aku tak percaya cakap orang..yang menyatakan masa bertunanglah banyak dugaannya..tapi bila dah lalui sendiri..huhhh..memang seksa..dalam bulan pertama dan kedua..macam2 hal..nyaris-nyaris jugak lah..apa taknyer..tunang aku ni memang keje aje 25 jam..sampai tak der masa untuk aku..tapi yang aku rasa terharu..walau sesibuk manapun dia..dia mesti akan cari masa juga untuk menelefon aku..walaupun satu minit..tapi aku yang mengada-ngada..tak bersyukur dengan apa yang aku dapat..huhu..nasib baik lah tunang aku ni jenis cool..Alhamdulillah..kini dah masuk tiga bulan..hubungan kami semakin baik..mudah2an apa yang dirancangkan direstui Allah..Gambar di bawah merupakan kenangan semasa majlis pertunangan aku pada 6 Jun 2009.
sebelum berangkat balik..pihak lelaki dan pihak perempuan bergambar bersama sebagai kenang-kenanganFriday, 4 September 2009
SEBELUM DAN SELEPAS
Kalu merujuk kepada tajuk entry kali ini..mesti ada yang beranggapan bahawa entry ni menceritakan perubahan sebelum dan selepas memakai sesuatu produk kecantikan atau produk penurunan berat badan..hehehe...sebenarnya tidak...ia menceritakan perihal diri ini yang mengalami beberapa transformasi selepas berblogging...mmm tak sangka jugak...rupa-rupanyer aktiviti sebegini juga mempunyai kebaikan..Di sini diceritakan alkisah sebelum dan selepas berblogging...
- Dah pandai menyusun ayat untuk membuat karangan..kali terakhir mengarang masa sekola menengah dulu jer..sebab tu penulisan aku dalam tesis agak teruk..huhu..mujur Wo ada..adik aku yang baru lepas SPM..Dapatlah dia membaiki tahap penulisan tesis aku..(Terima kasih Wo)..
- Kearifan mengendalikan komputer..tidak pernah menghadiri mana-mana kursus komputer..semua ini dipelajari semasa penulisan tesis undergrad dan master..Hasil try n error dan dibantu oleh supervisors serta bantuan rakan2 menjadikan diri ini celik komputer cket..
- Pembacaan juga bertambah..kalu masa sekolah menengah dulu, sebuah buku novel dapat diabihkan dalam masa 1 hari jer tapi sekarang ni 1 bulan pun belum tentu dapat abihkan..Dulu, boleh dikatakan semua buku2 kat balai raya kat tempat tinggal aku abih dibaca..tapi sekarang ni, buku2 di library USM usahkan dibaca..tempat letak buku pun tak tau..heheh..sekurang2nyer apabila nak berblogging..terpaksa cari bahan2 yang menarik untuk dimuatkan dalam entry blog..
- Mengetahui pekembangan kawan2..Sejak masing2 membawa haluan sendiri..hanya blog jer yang merapatkan hubungan persahabatan kami..mula2 tu aku memang agak lokek untuk berkongsi kisah tentang diriku...iyelah buat masa ni..tiada perkembangan yang istimewa tentang diriku..kira terhadlah..takut ada yang boring baca blog DIARI HIDUPKU..huhuhu..
- Camera pun kerap digunakan...kalu sebelum ni asyik terperap jer dalam beg...tapi sekarang ni banyak digunakan untuk mengambil gambar untuk di upload dalam entry blog..
- Dapat berkongsi info berguna..
- Masa terisi dengan aktiviti..
- Pendek kata..macam2 kebaikannyer..
p/s: Terima kasih Nadiah kerana memberi saranan dan inspirasi kat Kak Yati.
Friday, 28 August 2009
Peraduan Meneka Sinar Baru

Alhamdulillah..
Akhirnyer aku mendapat suatu sinar baru..
Sesuatu yang mampu mengukir senyuman di wajahku...
Sesuatu yang mampu mengembalikan sinar hidupku...
Sesuatu yang mampu mengubah cara kehidupanku...
Sesuatu yang akan mengubah segala-galanya dalam hidupku...
Mudah2an Allah memberikan sinar baru itu kepadaku...
Dan menjadi milik aku selamanya..
Dalam entry ini, saya ingin membuat peraduan meneka "Apakah Sinar Baru yang dimaksudkan oleh penulis blog DIARI HIDUPKU?"...dengan ini saya ingin mencabar sahabat-sahabat blog untuk menjawab soalan ini...hadiahnyer...rahsia...jawab dulu yer..
Silalah menyahut cabaran saya yer...
1. Nadiah
2. Husna
3. Marina
4. Farhana
5. KAMI
6. Kak Sita
7. sape2 yang berminat
Thursday, 27 August 2009
Mencari Resipi Masakan!

Hehehehe..macam buat advertisement plak..
kepada sape2 yang ada resipi masakan yang best2..sila2 lah berkongsi dgn saya..tak kiralah masakan barat ker, timur ker, arab ker, apa-apa jer...kuih ker...lauk ker..
Setakat ni saya ada banyak tok guru masakan...
Tok guru masakan yang paling hebat bagi saya adalah Mak dan Ayah saya...
Mak dan ayahlah memperkenalkan saya dengan dunia masakan..walaupun, mak dan ayah memasak masakan yang sama..tetapi memberi rasa yang berlainan..kedua-dua pun sedap...inilah salah satu kekuasaan ALLAH...setiap orang mempunyai stail masakan yang tersendiri...mak saya pandai memasak masakan Terengganu..manakala ayah pula pandai masakan Kedah..mmmm bleh rasa kepelbagaian...
Selain itu, saya ada juga menuntut ilmu memasak dengan kawan-kawan..Di antara tok guru saya yang pernah mengajar saya :
1. Farhana (Triffle, daging masak hitam, spaggeti etc),
2. K ila (Rendang Ayam),
3. K ija (Puding roti),
4. Aini (Popia goreng),
5. Azi (Cek mek molek),
6. Nadiah (Pizza, cheese cake)-belum cuba lagi sebab tak cukup alatan..hehehe..
7. Husna (Acah buah)-masih belum lengkap.
8. Banyak lagi..tapi tak ingat..
Terima kasih kawan-kawan kerana berkongsi ilmu memasak dengan saya..mudah-mudahan Allah memberkati hidup kalian...
Wednesday, 26 August 2009
Derhakakah aku?
Pada petang hari isnin yang lalu...aku seperti biasa akan menelefon ibuku di Kampung, Pahang..aku akan menelefon ibuku selang sehari..al-maklumlah ekonomi tak berapa kukuh...tambahan pulak..tak lama lagi aku akan bergelar JOBLESS..hehe..tak kisah..yang penting merdeka...
Sejak akhir-akhir ini, hati aku selalu memberontak nak balik kampung..rindu sangat-sangat..iyer lah kali terakhir aku berjumpa ibu dan famili pada hujung bulan 6 yang lalu..itupun hanya beberapa jam jer...sebabnyer...(cerita ni dah dicerita pada entry aku iaitu Tag about 6th...) ketika rancak berbual..tiba-tiba ibuku bercerita pasal arwah nenek aku..."mak teringat masa arwah tuk ada, tuk selalu anta makanan kat mak dia"..perbualan kami berhenti seketika..perasaan sebak mula menguasai diriku..mak aku menyambung lagi, " mak tak dapat merasalah macam tu, mungkin Allah bagi anugerah kat mak cara lain kut"...
Tiba-tiba aku tak semena-mena menitiskan air mata dengan derasnyer..sebak sangat...sebab aku memang tak mampu nak hantar makanan kat mak aku..aku cuma mampu hantar suara jer...melalui phone...niat hati aku memang nak balik selalu..tapi jarak yang jauh memisahkan kami...UTARA dan SELATAN...tambahan pula aku sedang menunggu saat genting nak VIVA master...pastu aku bekerja....huhuhu..apakan daya..aku tak dapat menahan sebak dan menangis semau-maunyer...aku tau ibuku terlalu rindu kat aku...kadang-kadang aku terfikir..adakah aku anak derhaka?...
Aku selalu mendengar lagu nasyid "Anak Soleh" nyanyian kumpulan Aeman...Dan aku selalu menangis juga apabila mendengar lagu ni...
Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku wahai ayahku
Redhakan akan diriku
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin
Untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan di akhirat
Tuesday, 25 August 2009
Aku Mau MERDEKA!
8.00 pm

Salam Yati, sya x dpt dtg awl kat Penang. Mgkn hari jumaat ni kalau x ada halangan.Atau d tunda kpd minggu hadapan…
AKU MAU MERDEKA…MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Monday, 24 August 2009
Perginya tak kembali
Baru2 ini, kita dikejutkan dgn pemergian vokalis kumpulan Rabbani iaitu Allahyarham Ustaz Asri ke rahmatullah..Beliau rebah ketika ingin membuat persembahan nasyid ..akibat serangan sakit jantung...Usia beliau baru mencecah 40 tahun..begitu awal beliau dijemput Allah...bak kata ramai lelaki..life begins at 40...itu adalah takdir yang tertulis sejak azali lagi..di Loh Mahfus...sesuatu yang terjadi telah direncanakan Allah..dan apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya..Hanya Allah yang maha mengetahui...kerana Allah merencanakan sesuatu itu terhadap hamba-hambaNya adalah berdasarkan kebijaksanaanNya bukan disebabkan kezalimanNya..Umat islam disarankan bersabar apabila menghadapi kesusahan...kerana disebalik kesusahan pasti akan timbul kesenangan...dan apabila kita mendapat kesenangan..kita seharusnya bersyukur dan ingat kepada insan-insan yang memerlukan pertolongan..
Hatiku begitu tersentuh melihat rancangan yang ditayangkan di saluran TV3 iaitu ”USTAZ ASRI DALAM KENANGAN” pada petang Jumaat yang lalu.. Sedikit sebanyak aku merasa sayu dan sebak diatas pemergiannya yang takkan kembali...Aku amat mengagumi beliau..walaupun aku tidak pernah berguru atau mengenali beliau secara dekat..tetapi alunan suara beliau yang begitu lunak apabila mengalunkan lagu-lagu berunsur ketuhanan, berzikir dan mengaji al-quran..
Sikap beliau yang amat aku kagumi...beliau begitu bersemangat dalam berdakwah...beliau mempunyai cara berdakwahnya yang tersendiri...iaitu melalui nasyid...bagiku nasyid merupakan salah satu cara yang amat berkesan untuk memunasabah diri...mengembalikan aku ke landasan yang betul..sebab itulah..aku memiliki hampir kesemua koleksi lagu-lagu nasyid.. bila mendengar nasyid..memahami senikata yang disampaikan..membuatkan aku tersedar dari lamunan yang panjang..tak dinafikan...dunia memang mengkhayalkan.. terlalu indah dan mempersonakan..sehingga kita lupa kepada akhirat yang lebih abadi..
Selain itu, beliau dilihat agak open minded... beliau masih boleh menyanyi secara berduet dengan artis-artis glamour seperti Amy Search, Dato’ Siti dsb.. beliau dan ahli kumpulannya juga tidak keberatan untuk menghadiri majlis-majlis Anugerah yang glamour bagi menerima anugerah yang dikurniakan kepada kumpulan nasyid beliau..baginya tiada tembok yang menghalang ukhuwah asalkan tidak melampau batas-batasnya.....Marilah kita beramai-ramai sedekahkan al-fatihah kepadanya..Semoga rohnya dicucuri rahmat...Pemergian seorang Dae’ sepertinya merupakan suatu kehilangan yang amat besar. dan mudah-mudahan dengan pemergian seorang Dae’ ini akan melahirkan ribuan Dae’ yang baru untuk mengajak kita ke arah yang benar.. Ameen..
Friday, 21 August 2009
Jelesnyer saya..
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1430-H
Semoga puasa tahun ini menjadi puasa yang lebih baik dari tahun-tahun lepas..dikesempatan ini juga saya ingin memohon ampun dan maaf jikalau ada yang terkasar...al maklumlah manusia tidak akan lepas dari melakukan kesilapan..
p/s kpd Nadiah : Tabah2kanlah hati yer berpuasa kat perantauan tu...






