MARI BACA DOA

gif islamic

Wednesday 26 August 2009

Derhakakah aku?


Pada petang hari isnin yang lalu...aku seperti biasa akan menelefon ibuku di Kampung, Pahang..aku akan menelefon ibuku selang sehari..al-maklumlah ekonomi tak berapa kukuh...tambahan pulak..tak lama lagi aku akan bergelar JOBLESS..hehe..tak kisah..yang penting merdeka...

Sejak akhir-akhir ini, hati aku selalu memberontak nak balik kampung..rindu sangat-sangat..iyer lah kali terakhir aku berjumpa ibu dan famili pada hujung bulan 6 yang lalu..itupun hanya beberapa jam jer...sebabnyer...(cerita ni dah dicerita pada entry aku iaitu Tag about 6th...) ketika rancak berbual..tiba-tiba ibuku bercerita pasal arwah nenek aku..."mak teringat masa arwah tuk ada, tuk selalu anta makanan kat mak dia"..perbualan kami berhenti seketika..perasaan sebak mula menguasai diriku..mak aku menyambung lagi, " mak tak dapat merasalah macam tu, mungkin Allah bagi anugerah kat mak cara lain kut"...

Tiba-tiba aku tak semena-mena menitiskan air mata dengan derasnyer..sebak sangat...sebab aku memang tak mampu nak hantar makanan kat mak aku..aku cuma mampu hantar suara jer...melalui phone...niat hati aku memang nak balik selalu..tapi jarak yang jauh memisahkan kami...UTARA dan SELATAN...tambahan pula aku sedang menunggu saat genting nak VIVA master...pastu aku bekerja....huhuhu..apakan daya..aku tak dapat menahan sebak dan menangis semau-maunyer...aku tau ibuku terlalu rindu kat aku...kadang-kadang aku terfikir..adakah aku anak derhaka?...

Aku selalu mendengar lagu nasyid "Anak Soleh" nyanyian kumpulan Aeman...Dan aku selalu menangis juga apabila mendengar lagu ni...


Kami anak-anakmu
Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku wahai ayahku
Redhakan akan diriku

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku

Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin

Wahai Tuhan limpahkan hidayahMu
Untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku

Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya


Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu

Ampunkan segala keterlanjuranku
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan di akhirat


Aku ingin menjadi anak yang baik serta soleh bagi ibu dan ayahku..ingin mengembirakan mereka selagi mereka hidup...kerana redha Allah SWT bergantung kepada redha ibubapa..Mudah-mudahan Allah mengilhamku cara untuk mengambil hati dan berbakti kepada kedua ibu bapaku...


3 comments:

-NS- said...

amin.. :)

Nadiah Sidek said...

itu bkn namanya anak derhaka..cuma sedikit pengorbanan yg dibuat utk menyenangkan keluarga. lps kak yati viva nnt kak yati blk la kg..rehat2 jap..blh jumpa family skali (ehe..pandai2 je bg cdgn :p)

HuMayRah HaYatI said...

Kami: Mudah-mudahan..

Nadiah: iye ker..k yati takut jugaklah jd anak derhaka..Nauzubillah..

hehehe..betul3..k yt pun terfikir macam tu jugak...ma cih nadiah bagi cadangan..